Isnin, Mac 08, 2010

Jalan-jalan anak beranak : Ronda-ronda Melaka di siang hari



Puas bermalam di rumah abang ipar, sampailah masa untuk menyambung perjalanan...


Mula-mula kita lihat Pantai Puteri yang terletak tidak sampai setengah kilometer dari rumah abang ipar...

Untuk pengetahuan inilah satu-satunya kawasan pantai terdekat di bandaraya Melaka yang boleh digunakan untuk puas bermandi-mandi dan berekreasi. Lain-lain pantai terdekat semuanya telah ditambak. Hmm... mungkin ada sedikit yang tinggal di Tanjung Keling. Tapi lebih elok terus ke Pantai Puteri yang terletak kira-kira 15 km dari pusat bandaraya.


Apapun Tanjung Keling sudah cukup dekat Pantai Puteri. Saya dan isteri pun membawa anak-anak menziarahi makam panjang yang dikatakan milik Hang Tuah. Lihat artikel A family visit to the tomb of Hang Tuah... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.

Kemudian baru kami menghala ke bandaraya lalu singgah di Masjid Tengkera...





Kami anak-beranak turut menziarahi makam Sultan Hussin Shah di perkarangan masjid. Lihat artikel Visiting the Tengkera Mosque....

Kami juga singgah di bandaraya Melaka tetapi tidak lama. Sebaliknya kami bergegas hendak keluar ke selatan lalu ke Kampung Duyung untuk melihat Perigi Hang Tuah...



Selain berehat makan kecil tengahari, kami mengambil peluang menyejukkan badan dengan basuhan air dari perigi yang katanya ada khasiatnya yang tersendiri...




Kemudian kami turun lagi ke selatan, berhenti sebentar di masjid ini di Umbai di mana saya turun untuk menziarahi makam Sultan Ali, anakanda kepada Sultan Hussin Shah (yang di Masjid Tengkera tadi)...





Seterusnya kami pergi ke Anjung Batu di mana terletaknya jeti untuk feri ke Pulau Besar. Nak pergi masuk pulau tak sempat kerana ada rancangan lain selepas itu, bergambar di jeti berlatar-belakangkan pulau pun jadilah...




Dari Anjung Batu kami mengambil jalan persisiran pantai untuk menyambung perjalanan ke selatan. Dah terlihat basikal-basikal oren tergantung ini pula!


Melalui jalan persisiran itu kita boleh sampai ke makam Tun Teja, permaisuri Sultan Melaka yang amat terkenal dalam sejarah itu. Lihat artikel On to the tomb of Tun Teja....




Namun sampai di sini Al-Rasyid setakat 'memerhati' sahaja dari dalam kereta. Maklumlah, bayi baru berumur tak sampai pun 2 bulan ketika itu. Dapat dibawa berjalan-jalan begini pun sudah cukup baik. Takkanlah tiap kali dia nak ikut kita turun keluar... masak oiiii!

Orang muda biasa yang sudah dewasa pun belum tentu larat berjalan bagaimana Al-Rasyid sudah berjalan. Dalam perut lagi sudah on the road lebih 10,000 km, sejak lahir hingga artikel ini ditulis pula rasanya dah lepas 5,000 km dalam kereta sahaja! Belum campur perjalanan dalam kapalterbang... pergi ke Aceh pun dah 2 kali, tidur di masjid dan surau pun dah merasa...

Anak muda zaman sekarang ini banyak setakat 'berjalan' dalam dunia Internet je. Tapi ceritanya berjela-jela hebat-hebat belaka macam le dah melancung secara fizikal satu dunia. Kalau berdebat silap-silap boleh kalah cendekiawan ternama. Bahasanya banyak yang biadap, tak tahu beza bercakap dengan budak-budak atau orang lebih tua. Maklumlah, bila nak maklumat main Google je... kemudian copy and paste macam le semua yang diutarakan tu hasil kajian sendiri, kepandaian dan pengalaman sebenar hidup mereka. Jangan mare! :]

3 ulasan:

  1. Salam, memang benar ada kebenarannya.. berjalan secara fizikal dan meta (copy paste) ada bezanya. Meta banyak membebel dlm blog syok sendiri. Yang menempuh secara fizikal lebih menghayati dalam sesuatu perjalanan. Zaman sekarang perlu fakta yang nyata baru boleh menentang yg sedia ada.tetapi.. meta dan fizik x boleh diasingkan. apa pendapat Tuan.

    BalasPadam
  2. Wassalam. Yep, banyak bezanya. Ia sebenarnya lebih daripada soal menghayati... dalam perjalanan sebenar ada risiko hilang nyawa yang tak mungkin menyerang mereka yang cuma pandai bermain di dalam dunia Internet sahaja.

    Selain penat lelah berpeluh-peluh dan mungkin jatuh sakit selain harus mengeluarkan wang ringgit untuk perjalanan fizikal ke sana ke mari, kita harus berdepan dengan tahap penerimaan masyarakat tempatan juga gangguan orang-orang seperti gangster dan sebagainya. Maklumlah masuk ke kampung orang. Saya rasa ini satu perkara yang ramai muda-mudi sekarang tak mengenalinya kerana terlalu banyak menghadap TV dan komputer berbanding berhadapan cabaran realiti di dunia sebenar.

    Dalam dunia Internet tidak ada risiko sepertimana melangkah ke gelanggang luar... paling teruk pun mungkin penat mata dan kepala menggeledah segala macam Website. Tapi dalam perjalanan physical kita boleh tersesat jalan, boleh accident, jatuh gaung, sesat dalam hutan, dihadang oleh orang kampung yang tidak senang, diganggu oleh gangster jalanan dan sebagainya. Kalau tak cukup ilmu di dada atau tiada perlindungan daripada Allah, sudah lama bungkus, boleh mati wooo...

    Dalam dunia Internet, anak muda dengan senangnya boleh memaki-hamun sesuka hati dan berkokok bagaikan pendekar lepas tu menyorok atas nama Anonymous atau apa-apa yang sewaktunya apabila perbincangan menjadi getir dan suasana tegang. Cuba buat perkara yang sama secara fizikal di luar sana, ketika pengembaraan di rantau orang. Besar kemungkinan anda akan disembelih atau ditikam lalu terkubur begitu sahaja.

    Kalau dah lalui semua ini dengan selamat, barulah bab meta iaitu menulis di Internet itu jadi bermakna. Kalau tidak ia ibarat bercerita tentang gula tetapi sepenuh hidup tak pernah merasa.

    Atau biasa yang saya lihat di Internet terutama dalam perbincangan di forum... sekumpulan anak muda bercerita mahu mendaki Gunung Jerai atau Gunung Ledang. Lalu masing-masing mengemukakan apa yang pernah mereka dengar tentang gunung-gunung ini, juga pengalaman orang lain melalui kaedah copy and paste dan sebagainya. Ala... Google sahaja di Intenet.

    3 tahun kemudian saya lihat mereka masih rancak bercerita, malah masuk lagi muda-mudi baru menambah rencah aneka ragam. Namun sehingga sekarang tak seorang pun pernah sampai ke puncak Gunung Jerai mahupun Gunung Ledang! Maka apakah sama mereka yang bercerita melalui pengalaman dengan mereka yang berborak berdasarkan angan-angan?

    BalasPadam
  3. Saya bersetuju dengan pendapat saudara tetapi tak semua orang dapat lakukan seperi yang saudara lakukan.Mungkin mereka tidak ada gerak atau seruan untuk melakukan semua itu.Ada juga yang suka berjalan-jalan mengembara sekadar hobi ingin cari pengalaman melihat tempat orang yakni melancong.

    BalasPadam