Rabu, Februari 03, 2010

Aura misteri di Aceh?

OK. Asalnya saya ingin memulakan sesi postings terbaru dengan artikel-artikel yang mengumpul siri pengembaraan lalu. Kemudian barulah saya akan membuat sedikit kata-kata aluan tentang perjalanan terbaru ke Aceh yang baru ditamatkan semalam. Oh. Sudahkah saya memberitahu bahawa baru-baru ini saya ke Aceh lagi bersama isteri malah turut membawa bayi kami Muhammad Al-Aminul Rasyid yang baru berumur tiga setengah bulan? Kami pergi Rabu minggu lepas, kelmarin Isnin baru kembali ke Malaysia.

Apapun itu cerita yang akan datang. Oleh kerana proses pengumpulan link-link artikel pengembaraan lalu memakan masa dan masih belum tamat sedangkan awal siang tadi saya telahpun memasukkan satu klip video perjalanan di Aceh ke dalam Youtube, eloklah diwar-warkan klip itu di sini terlebih dahulu. Adapun klip video ini terhasil secara tidak sengaja setelah berlaku beberapa perkara yang tak disangka-sangka. Saksikan sendiri dan katakanlah apa yang anda rasa. Ini dia... :]


12 ulasan:

  1. wasiat baginda Sultan Acheh Darussalam

    ......., dan lagi Raja-raja hendaklah mengamalkan 8 perkara. Pertama, hendaklah selalu ingat akan Allah dan meneguhi janji dengan sekalian Wazir-wazir dan Menteri Hulubalang dan sekalian pegawai dan dengan sekalian rakyat. Kedua, janganlah Raja-raja menghinakan Alim-Ulama dan yang ahli akal bijaksana.

    Ketiga, segala yang datang dari pihak musuh daripada seterunya jangan sekali-kali raja percaya. Keempat, hendaklah raja memperbanyak alat senjata dan membeli kesayangan rakyat dan wazir Sipahi (tentera), supaya jauhlah musuh raja, sebab ada yang menghalaukan dengan sayang.

    Kelima, hendaklah raja menurun tangan, yakni murah. Hendaklah mengingat kesetiaan rakyat, wazir dan Alim-Ulama dan sekalian Sipahi dengan membalas jasanya masing-masing dengan tertib. Keenam, hendaklah raja menjalankan hukum dengan hukum Kitab Allah dan Sunnah Rasul. Iaitu seperti yang telah tetap di dalam Qanun Al-Asyi Darussalam; Pertama Al-Qur'an, Kedua Al-Hadis, ketiga Ijma', keempat Qias, maka....... keluar daripada itu pun empat perkara: Pertama hukum, kedua adat, ketiga qanun, keempat resam.

    Ketujuh, janganlah raja-raja itu duduk dengan orang yang jahat budi dan jahil. Kedelapan, hendaklah raja-raja itu memeliharakan hati orang yang berbuat baik kepada raja dan kepada negeri dan kepada rakyat. Maka hendaklah raja memandang kepadanya serta memaniskan muka raja memandang mereka itu senantiasa senang hati, kerana ia banyak kebaktian kepada raja.

    Hendaklah raja itu memeriksa sekalian wazir-wazir dan Hulubalang dan segala orang yang jahat dan durhaka dan tiada ia mengikut Qanun kerajaan. Dan tiap-tiap yang salah itu hendaklah dihukum dengan tertib menurut kesalahan dosa yang diperbuat, sesudah diperiksa dengan sehalus-halusnya, supaya jangan zalim menjatuhkan hukum.

    Dan demikian lagi raja-raja hendaklah senantiasa ia memandang sekalian ulama dan bermesyuarat dengan Alim-Ulama dan mendengar nasihat ulama. Dan hendaklah raja-raja itu menjauhkan diri dari bersahabat dengan ulama jahat dan ulama jahil dan ulama tamak, iaitu ulama-ulama yang suka memuji-muji raja dan maghzul*kan dia dan mengharap minta keridhaan raja. maka ulama itu tamak, yakni tamak kepada dunia. Maka ulama itulah yang membikin huru-hara negeri dan yang memecah-belah rakyat, seperti dajjal...............

    * Maghzul = kata-kata lucah-cabul tentang perempuan, yang diucapkan ketika senda gurau

    Kutipan dari

    "Qanun Asyih Darussalam"

    (Peraturan Pemerintahan Acheh) di zaman Iskandar Muda Mahkota Alam (1606-1637)

    BalasPadam
  2. Yeop, aku tak rasa apa apa. sepatutnya aku kena rasa apa apa atau nampak aura kat mana mana ke?

    BalasPadam
  3. Salam MS...
    Anggun ke? tapi macam tinggi... aih... mistik? mohon penjelasan...

    BalasPadam
  4. macam mane boleh ade sharifah nur haslinda dalam video clip ni...pelik btul...tah2 dia ikut pi aceh...boleh jadik...

    BalasPadam
  5. Wassalam semua. Ini kira teaser le... untuk cerita Aceh yang akan datang nanti.

    p/s: Nampaknya cuma Anonymous pertama sahaja yang mungkin dapat menangkap sedikit rasa di sebalik video klip ini. Untuk yang lain-lain, cuba fikirkan kenapa. Kata kuncinya, perjuangan Laksamana Kemalahayati menentang pencerobohan Barat di Aceh... ;]

    BalasPadam
  6. Suaranya Sharifah Haslinda terang dan jelas. Beliau punya ciri2 untuk jadi pengacara rancangan berbentuk sejarah. Jadi pengacara Majalah 3 pun ok gak.

    Bagus kalau, buat permulaan di ambil menjadi pengacara ruangan blog ini.

    BalasPadam
  7. Salam MS,

    Sharifah Haslinda and family ada kuar dalam majalah HARMONI..very gorgeous and pretty...

    BalasPadam
  8. Rasanay ape yg abg MS nak ialah bayang2 yg seakan mengekori S. Haslinda ni.. Betol ke??
    Maaf r kalu sy salah mentafsir.. Baru nak berjinak2 dgn penulisan abg MS ni..

    BalasPadam
  9. Hmm. Begitu le. Memang ada satu macam kehadiran lain ketika kami berada di situ. Nanti akan saya ceritakan lebih lanjut pada siri "Petualang Al-Rasyid ke Aceh", mungkin bermula bulan Mac... :]

    BalasPadam
  10. Yg pertama semasa S. Haslinda duduk di sebelah makam semasa memegang nisan laksamana. Kemudian ia mengekori apabila S. Haslinda berjalan membelakangi kamera.
    Semua ni telah ditakdirkan utk abg MS mentafsir ape yg berlaka. Mungkin ade sesuatu yg hendak disampaikan atau ia gembira terdapat anak cucu yg dtg melawat.
    Yg ghaib itu sentiasa ada cuma kita je lom 'kasyaf' utk melihat semua rahsia Allah. Hanya yg terpilih saja yg di izinkan Allah..
    mm, lambatnya nak menunggu..

    BalasPadam
  11. Itu seperti aura pada Sharifah Haslinda atau sebenarnya benda itu yg membuat akan berlaku sesuatu seperti yang disebut akan diceritakan selanjutnya.

    Gambar berdiri tegak S. Haslinda agak pelik, seperti gaya Sheila Rusly membawa watak berbaju hitam dalam siri Anak Betong.

    BalasPadam
  12. Salaam...
    Kelihatan imej aneh yg mendekati dan seolah2 mengekori S. Haslinda semasa berada di makam dan semasa bergerak keluar dari kawasan makam.

    Apakah S. Haslinda punya kaitan dgn susurgalur Kesultanan Acheh?

    p/s: Secara jujurnya, saya amat menyenangi S. Haslinda walaupun pertama kali berjumpa. Terkenang pertemuan kali pertama semasa bergelar wartawan pada tahun 2002 yang mana kami berbual mesra saat sesi temubual dijalankan untuk artikel Majalah SURI. Teringat juga bilamana kerongsang tudung saya dipinjam beliau semasa mengenakan kebaya moden untuk sesi fotografi kulit majalah SURI. Agaknya keserasian yang wujud ada kaitan dengan pertalian susurgalur jurai keturunan.. =)

    Salaam buat S. Haslinda sekeluarga

    BalasPadam