Isnin, Ogos 24, 2009

Salam Ramadhan... semoga berkat bulan mulia menghilangkan H1N1 dan segala macam kekalutan...

Assalamualaikum semua. Ini adalah gambar dari lawatan terbaru saya ke makam Sultan Alauddin Riayat Shah (memerintah Melaka 1477-1488 Masihi) di Pagoh, Muar, Johor. Untuk makluman gambar ini diambil petang Ahad iaitu semalam.

Ini pula gambar di hadapan makam Sultan Malikus Salih (pengasas kerajaan Samudera dan Pasai yang dikatakan mangkat 1297 Masihi), diambil dalam perjalanan saya di Aceh pertengahan bulan Jun. Bandingkan dengan gambar yang terdapat pada artikel Ole-ole dari Aceh... coming! yang dibuat 2 bulan lepas. Setelah duduk beberapa lama di tepian makam, timbul gerak untuk meletakkan selempang merah saya pada batu nesan. Dan gerak yang sama timbul semalam di makam Sultan Alauddin.

Adapun gambar-gambar ini diletakkan di sini sebagai hiasan untuk ucapan selamat menyambut Ramadhan. Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkannya untuk semua rakan-rakan, kenalan dan para pembaca setia blogspots saya.

Seharusnya saya mengucapkan selamat Ramadhan ini lebih awal tetapi perjalanan yang dibuat hujung minggu 'menjauhkan' saya dari Internet untuk beberapa hari. Alhamdulillah, dalam perjalanan kembali ke kampung di Muar petang Jumaat dengan niat untuk berpuasa hari pertama Ramadhan dan berbuka bersama keluarga, saya dan isteri sempat singgah ke beberapa tempat sekitar Linggi sebelum bersolat Tarawikh dan beriktikaf sebentar di Masjid Kampung Hulu, Melaka selain menziarahi makam Sheikh Shamsuddin Pasai yang terletak berdekatan. Semalam Ahad, dalam perjalanan pulang ke Lembah Kelang pula kami sempat singgah ke makam Sultan Alauddin Riayat Shah sebelum ke Linggi lagi terutama Kuala Linggi untuk melihat tempat-tempat tertentu ketika waktu terang.

OK. Apa yang menarik perhatian saya sejak bermula Ramadhan ini ialah betapa kes H1N1 kelihatan agak reda. Laporan berita hari Ahad pula menyebut, tidak ada kes kematian langsung pada hari sebelumnya iaitu hari Sabtu. Walaupun laporan itu tidak mengaitkannya dengan apa-apa perkara tertentu, saya rasa sebagai orang Islam, tidak salah untuk kita mengaitkan ketiadaan kematian itu dengan berkat bulan Ramadhan. Bayangkan, setelah beberapa hari setiap hari kebelakangan ini kita asyik terdengar kes orang mati akibat H1N1, tiba-tiba Sabtu, hari pertama Ramadhan tahun ini tiada apa-apa kematian...

Satu lagi perkara yang menarik... lihatlah keadaan langit yang amat terang dan cantik. Jika sebulan dua ini langit terutama sekitar Lembah Kelang sentiasa sahaja berjerebu walaupun sudah beberapa kali hujan lebat, masuk sahaja Ramadhan tiba-tiba langit menjadi terang. Teringat pula ayat berulang-ulang daripada Surah Ar-Rahman. Fabi ayyi ala irobbikuma tukazziban... nikmat Tuhan yang manakah hendak kamu dustakan?

Semoga bulan Ramadhan ini juga dapat menghilangkan segala kekalutan mahupun kekusutan, dari peringkat diri peribadi masing-masing sampai ke peringkat masyarakat terbesar baik di Malaysia mahupun seluruh dunia Islam. Sekian... :]

5 ulasan:

  1. yohteh Kuala Terengganu...Isnin, Ogos 24, 2009 11:34:00 PTG

    Assalamualaikum MS dan Anggun..
    Saya mengucapkan Salam Romadon...

    ...sekaligus sedikit pembetulan kepada Al-Ayat...

    ﻔﺑﺄﯼﺀﺍﻻﺀﺭﺒﮑﻤﺎﺘﮑﺬﺒﺎﻦ

    (Fabi ayyi aalaaaa irobbikumaa tukazzibaan...)

    saya mohon maaf jua atas teguran ini... Wallahuaklam..!

    BalasPadam
  2. Wassalam. Terimakasih atas teguran tu. Betul le tu. Cuma untuk rujukan dalam penulisan, tak perlulah terlalu mengikut harakat. Yang penting semua boleh faham ayat manakah yang dimaksudkan. Selain dari itu saya akan buat pembetulan. Sekali lagi, terimakasih kerana sudi memperbetulkan...

    BalasPadam
  3. Waalaikumsalam yohteh..

    Salam Ramadhan untuk anda juga..
    InsyaAllah jika tiada aral,pada hujung minggu ini akan kami menjejaki bumi Terengganu..

    BalasPadam
  4. Selamat...!

    WELKANG TU TGANUNG...

    BalasPadam
  5. assalamualaikum wrt...

    Maha Suci Allah..biler terpandang nesan tersebut teringat pada mimpi 4 tahun lalu..dalam mimpi tue ada seorang tua baring dimakam tue..kemudian dia berkata pada saya iaitu kau adalah kerabat JIM,WAU,HA,RA (jauhar)..sy sampai sekarang tidak faham apa yang dimaksudkan dengan kata2 tersebut..

    BalasPadam