Ahad, Julai 27, 2008

Bertandang ke Pulau Besar. Membuka rahsia di hadapan makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail?

Dan akhirnya, setelah puas mandi di perigi hadapan pondok lalu bersiap-sedia untuk pergi, barulah kami membuat video klip dan ulasan di hadapan makam utama di Pulau Besar, makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail. Lagipun kami akan menaiki bot kembali ke tanah besar di pantai berhadapan makam itu!

Sebenarnya ada cerita tertentu yang saya mahu buka di hadapan makam itu tetapi tak jadi... Kenapa? Sila lihat klip-klip video di bawah ini.





Hmm... Kebetulan ini adalah klip video ke 55 daripada koleksi klip-klip video yang diletakkan saudara Zaidi @ PerpatihTulus ke dalam YouTube hasil sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan kemudian ke Pulau Besar. Adapun nombor 55 adalah nombor yang selalu saya kaitkan dengan Nur gadis kesayangan saya sepertimana saya selalu mengaitkan diri sendiri dengan nombor 11. Dan sejak setahun ini, nombor 55 ini juga dikaitkan dengan gadis tersayang kini iaitu Nur kedua. Tak tahulah kenapa.



Cerita pun ditutup di Umbai di tanah besar Melaka. Dengan ini, sukacita dinyatakan, proses penceritaan perjalanan terbaru ke Pulau Besar yang terjadi setelah menyambung perjalanan ke Negeri Sembilan pun tamat. Horey!!! Sekian! :]


5 ulasan:

  1. salam..

    Ya..sebab selepas menziarahi Makam inilah saya mendapat alamat susur galur keturunan saya..

    BalasPadam
  2. sudah jumpa makam fakir mohammad?

    cuba cari di lebuh chulia di penang. mungkin ada di sana kali.

    salam.

    BalasPadam
  3. Hmm, menarik ni. Mana dapat informasi ini?

    BalasPadam
  4. salam.. Ya..sebab selepas menziarahi Makam inilah saya mendapat alamat susur galur keturunan saya..

    BalasPadam
  5. assalam
    semasa ziarah kesini, tak tau ntah kenapa air mata menitis tanpa sedar, jiwa rasa sebak

    BalasPadam