Isnin, Mei 19, 2008

Mukadimah journo kembara Negeri Sembilan yang akan datang...

Hari Khamis lalu, seorang kawan baik saya, saudara Zaidi @ Perpatih Tulus telah menalifon bertanyakan khabar sambil mengajak saya berjalan hujung minggu. Oleh kerana Sabtu saya bercadang mahu menghadiri majlis hol alrmahum Ustaz Wan Saghir di Gombak, saya mengajaknya ke sana. Zaidi pun bersetuju... Tetapi Jumaat malam Sabtu pula dia terpaksa menukar rancangan kerana ada hal lain lalu kami berjanji untuk berjumpa siang Ahad. Katanya dia bebas Ahad dan Isnin... Bolehlah dia membawa saya ke mana-mana yang saya ingin lalu saya terfikir mahu berjalan-jalan di sebelah Negeri Sembilan pula!

Siang Ahad iaitu semalam kami pun berjumpa di rumah ibu saudara saya di Ampang. Secara spontan kami tergerak untuk mengambil jalan menaiki bukit memotong ke Ulu Langat... Cadang kami mahu ke Kuala Klawang kemudian berpusing mengelilingi Negeri Sembilan menurut arah jam...

Di pertengahan perjalanan ke Ulu Langat iaitu di atas bukit menghadap ke pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur yang terbentang, kami tergerak untuk singgah di tempat rehat serta menara peninjau di atas. Kami pun mula mengambil gambar-gambar, Zaidi menggunakan perakam video yang juga boleh mengambil gambar seperti kamera digital biasa, saya seperti biasa menggunakan kamera digital murah yang ada.

Dalam pada itu, tergerak secara spontan untuk bermain-main berlakon di dalam video... Daripada itu, timbul gerak untuk membuat rakaman perjalanan kami hari itu dalam bentuk seperti majalah TV di mana Zaidi bertindak sebagai cameraman dan saya pula jadi hos "rancangan" ataupun wartawan.

Hasilnya, buat pertama kali kami dapat membuat satu siri rakaman yang serupa sebuah rencana pengembaraan... Insyaallah apabila sampai masanya iaitu selepas selesai menyajikan cerita-cerita bergambar berkaitan pengembaraan terbaru saya ke Pantai Timur yang telah selesai lebih sebulan lepas, akan saya paparkan bahagian demi bahagian rencana hasil rakaman kami ini pula!

Antara tempat-tempat yang sempat kami pergi dan rakamkan ceritanya ialah Masjid Kampung Dulang dan makam Moyang Salleh di Jelebu, makam Sheikh Muhammad Said Linggi di Seremban dan makam Raja Melewar di Rembau. Sebagai mukadimah bentuk baru penceritaan di blogspot yang akan datang ini, biar disajikan 3 video "mengarut" yang berjaya mencetuskan idea baru kami ini... Video-video yang memaparkan muka sembab saya yang masih belum betul-betul bangkit daripada tidur hari itu... Jumpa lagi nanti!




"Simulasi" Rock kapak Malaya!





Menghadapi serangan Gojira @ Godzila tanpa bantuan Ultraman Taro!



Karam Singh Walia melaporkan hal alam sekitar!

1 ulasan: