Jumaat, Mei 30, 2008

Kembara Negeri Sembilan... Masjid Kuala Dulang dan makam Moyang Salleh! (Contoh artikel yang terbengkalai setelah lebih 5 jam mencuba)

Nota: Di bawah ini saya biarkan sahaja apa yang telah saya tulis sambil cuba upload video yang berkaitan sejak petang tadi. Nampaknya ada masalah teknikal yang mengganggu kelancaran kerja... Setelah lebih 5 jam di Internet Cafe dan 2 kali mencuba upload video sepanjang 15 minit ini, ternyata ia tidak dapat betul-betul masuk melainkan membuang masa sahaja lalu saya terpaksa memberhentikannya...

Kemudian saya cuba pula program Easy Video Splitter yang di upload daripada Internet untuk memecahkan klip video ini kepada pecahan-pecahan yang lebih kecil dengan harapan supaya lebih senang video itu di upload masuk blogspot... Nasib baik menjadi walaupun turut memakan banyak masa... Lalu saya membuat keputusan agar video klip yang dipisah-pisahkan ini dijadikan sebagai isi kepada 3 posting selepas ini sementara penulisan asal untuk posting ini yang terbengkalai dipaparkan sebagai iktibar... Betapa kadangkala apa yang kita rancang itu tidak menjadi lalu saksikanlah penat lelah ini! Lagipun memang cara saya menulis di blogspot sendiri termasuk mempamirkan proses penulisan itu dan segala macam mood yang timbul seiringnya secara telus dan jujur....

Nampaknya rancangan saya agar posting ini, posting ke 321 dalam blogspot ini dapat menyelesaikan segala cerita lawatan sekitar Kuala Klawang tidak dapat ditunaikan. Cadang saya, posting seterusnya iaitu yang 322 dapat dibuat esok untuk memaparkan cerita serta klip video ziarah ke makam Sheikh Muhammad Said Linggi di Seremban . Lalu posting ke 333 pula dapat dibuat lusa iaitu hari Ahad untuk lawatan terakhir dalam siri perjalanan ke Negeri Sembilan iaitu dengan memaparkan klip video ziarah ke makam Raja Melewar... Kononnya dapatlah selesai segala cerita kembara Negeri Sembilan ini sebelum masuk bulan Jun dan dengan nombor yang cantik iaitu posting ke 333... Rupa-rupanya tidak juga...

Apapun, saya tetap percaya semuanya ada hikmah dan sebabnya. Mungkin kerana posting ke 333 itu bukan untuk Raja Melewar tetapi untuk satu personaliti yang sebenarnya lebih power? Ah... Baca sahaja posting terbengkalai di bawah ini sebelum menyaksikan klip-klip video pecahan yang berjaya di upload dalam posting selepas ini ya.. Selamats! :]

----------------------------


Ya... Tajuk ini sudah cukup untuk menerangkannya... Dua destinasi utama yang merupakan tujuan sebenar saya dan kawan baik saya Zaidi @ PerpatihTulus keluar mengeliling Negeri Sembilan melalui jalan ke Kuala Klawang, Ahad 18 Mei lalu. Kedua-duanya merupakan kesan sejarah Negeri Sembilan yang agak penting kerana wujud sebelum dan sejurus sebelum pembentukan Negeri Sembilan yang merupakan gabungan luak-luak (yang juga dipanggil negeri-negeri ketika itu) yang diperintah oleh raja-raja yang dibawa masuk daripada Pagar Ruyung di Sumatera... Bermula dengan kemunculan Raja Melewar yang ditabalkan di Kampung Penajis, Rembau sebagai Yang dipertuan atau Yam Tuan Negeri Sembilan yang pertama tahun 1773.

Masjid Kampung Dulang yang merupakan masjid pertama di luak Jelebu menandakan pembukaan penempatan terawal di daerah itu, didirikan sekitar abad ke 16 Masihi. Lebih 100 tahun, mungkin 200 tahun kemudian baru terjadi kisah Moyang Salleh, pemimpin masyarakat Jelebu ketika itu memutuskan hubungan dengan negeri Johor. Untuk makluman, sebelum itu, Jelebu dan wilayah-wilayah lain di Negeri Sembilan berada di bawah kekuasaan empayar Johor-Riau yang merupakan kesinambungan empayar lama Melayu Melaka setelah pusatnya dahulu iaitu Kota Melaka ditakluki Portugis tahun 1511.

Peristiwa memutuskan hubungan dengan Johor ini ada lagendanya yang tersendiri. Dalam video di bawah ini saya cuba nyatakan ceritanya secara spontan tanpa apa-apa skrip menurut apa yang saya ingat ketika itu. Jadi apa yang kurang, sila tampung dengan bacaan sendiri ya... Mungkin posting bertajuk KISAH DATO' MOYANG SALLEH yang saya temui baru tadi di Internet boleh menolong... Hmm... Elok juga dibaca terus blogspot nya yang didirikan oleh Persatuan Sejarah Jelebu. Ada cerita-cerita yang sangat berkaitan dengan posting kali ini... Sila masuk ke http://psbjelebu.blogspot.com/

Kebanyakan catatan yang saya temui menyatakan peristiwa memutuskan hubungan dengan Johor, juga dikenali sebagai peristiwa memutuskan tali ke Johor oleh Moyang Salleh ini berlaku tahun 1757 tetapi catatan yang terdapat di makam beliau pula menyatakan ia berlaku tahun 1725. Atau mungkin catatan di hadapan makam yang didirikan pihak tertentu itu yang keliru? Mungkin tahun 1725 itu sebenarnya adalah tahun kelahiran Moyang Salleh atau tahun beliau diangkat sebagai pemimpin Jelebu?

Apapun, peristiwa inilah yang menandakan Jelebu dan wilayah-wilayah sekitarnya merdeka daripada pengaruh Johor. Inilah yang akhirnya akan membawa kepada pembentukan Negeri Sembilan seperti yang kita ketahui sekarang. Apa lagi, sila lihat videonya... Sila! :]

-------------------------------

(Di sini sepatutnya ada video panjang 15 minit seperti yang diterangkan di bawah...)

-------------------------------

Oh... Seperti disebut dalam posting Kembara Negeri Sembilan: Asal usul nama Jelebu? Serta lawatan ke Muzium Adat di Kuala Klawang! semalam video kamera yang digunakan untuk membuat segala rakaman serta ulasan perjalanan ke Negeri Sembilan ini secara automatik menghimpun rakaman-rakaman yang dibuat dalam aturan yang saya tak pasti bagaimana. Hendak memotongnya jadi bahagian-bahagian tertentu pula jadi bertambah kerja... Bukan tidak pernah cuba tetapi dah letih le mencuba... Ada sahaja masalahnya! Mungkin selepas ini kami akan bertemu software , seeloknya percuma yang sesuai untuk membuat kerja?

Apapun, hasilnya di atas ini adalah himpuan video klip dalam satu file MPEG DVD yang paling panjang dihasilkan oleh kamera video tersebut. Panjangnya sekitar 15 minit kerana menghimpunkan cerita Masjid Kuala Dulang dan makam Moyang Salleh dalam satu file. Malah di celah-celah itu ada sekali cerita makam Tok Pawang Jelebu di sebelah Masjid Kuala Dulang dan meriam Datuk Undang Abdullah di sebelah makam Moyang Salleh... Siap ada sekali rakaman seorang tua bertemu kembali dengan kambingnya yang sudah 2 hari hilang, tidak jauh daripada masjid itu!

Untuk makluman file asal klip ini menelan ruang memory lebih 900 Megabyte! Tetapi setelah diubah format kepada AVI sambil size video dikecilkan daripada lebih 700 x 400 kepada 320 x 200 gitu (saya lupa nombor sebenarnya) jadilah size nya sedikit lebih 90 MB... Cukuplah untuk dimasukkan dalam blogspot yang meletakkan batasan paling besar pun 100 MB untuk setiap kali upload video... Itupun semasa menulis ayat ini, setelah masuk 2 jam setengah duduk di Internet Cafe, proses loading file video ini masih belum siap!



-------------------------------


(sepatutnya ada satu klip video di sini tetapi tidak dapat dipaparkan di sini akibat gangguan teknikal yang berlaku, mungkin sepanjang hari...)

-------------------------------

Ini pula sebuah klip video pendek tentang destinasi-destinasi yang ingin dituju sebaik sahaja selesai lawatan di sekitar Kuala Klawang ini. Untuk pengetahuan beberapa gambar-gambar di Masjid Kampung Dulang, Makam Moyang Salleh dan Meriam Datuk Undang Abdullah telah diletakkan di dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ... Di bawah tajuk-tajuk Masjid (mosque of) Kuala Dulang, Negeri Sembilan , Makam (tomb) of Moyang Salleh... dan Meriam (the cannon of) Datuk Undang Abdullah... . Sebuah cerita wrap-up tentang perjalanan sejak dari Jeram Gading hingga ke Kuala Klawang dan sekitar pula telah diletakkan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH , di bawah tajuk Journey to Negeri Sembilan. On to Kuala Klawang and what's around... Sekian buat masa ini! :]





(Contoh video sedang upload tapi belum siap. Saja je sebagai hiasan...)

1 ulasan:

  1. Adakah Sultan Johor ketika peristiwa memutus tali ke Johor ialah Sultan sulaiman badrul Alam Shah yang memerintah pada tahun 1722 - 1760.

    BalasPadam