Khamis, Mei 29, 2008

Kembara Negeri Sembilan... Dari Kenaboi ke Kuala Klawang...

Selepas singgah sebentar di Jeram Gading, timbul pula gerak untuk menyambung perjalanan melalui jalan kecil berliku-liku iaitu jalan yang digunakan untuk sampai ke Jeram Gading daripada jalan besar Hulu Langat ke Kuala Klawang. Kami tidak pasti jalan itu akan membawa ke mana tetapi rasanya ia tetap akan keluar ke Kuala Klawang juga!..

Apapun, melalui jalan inilah kami sampai ke kawasan Titi Kenaboi yang termasuk wilayah di Negeri Sembilan yang paling hampir dengan negeri Pahang. Ternyata jalan yang diambil ini bertemu kembali dengan jalan besar ke Kuala Klawang...

Sebelum kami sampai ke Kuala Klawang untuk cerita yang seterusnya, inilah sedikit klip video akan perjalanan itu. Sila lihat ia... Insyaallah esok lusa nanti akan dipaparkan pula video di Kuala Klawang berserta sedikit cerita akan asal-usul nama Jelebu. Sila! :]


5 ulasan:

  1. aku tak hafal lirik lagu lah.. tu yg hampeh tu.. heheh.. best jugek ek buat video ni, nostalgia..

    BalasPadam
  2. Hahaha....aku tahun lepas buat kembara tanpa tol dari Kota Tinggi balik ke KL....aku ikut jalan dr Mersing and jalan punye jalan sampai ke tempat nama Titi nie...memang seram ikut jalan tuh...gelap jer kiri kanan...ade jumpe pusat pemulihan akidah lagi....last2 kite sampai ke simpang antara ke kuala klawang dgn hulu langat, so kami lalu ke arah Hulu Langat....bile ikut jalan tuh memang berbukit bukau! Mase tuh lak berkabus dan jarak penglihatan hanya beberape meter ke hadapan ajer....jam dah pukul 3 pagi...huhuhu...tapi alhamdullilah akhirnya kami sampai ke KL kul 4.15 pagi!! Memang adventure btol!

    BalasPadam
  3. Kampung den kenaboi tu. Keseleruhan org kenaboi ne dr jalur panglima muda lok@samsu, anak kpd panglima mansu

    BalasPadam
  4. Apo kato tuan panglima buat research berhubung panglima muda samsu ne. Anak beliau adalah dato undang abdullah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kini tinggal seorang sahaja lagi anak Dato'Undang Abdullah bin Panglima Muda Luk yang masih ada... Umur nya sudah 81 tahun...

      Padam