Selasa, April 08, 2008

Menyertai persidangan para wali di Terengganu? Hehe! :]

Lihat ini... Sebuah kunci bilik dengan kad tertera nama Hotel Wali... Siap ada tulisan VIP lagi!


Kenapa, tak percaya ke?

Bukan tidak ada bilik-bilik lain, bilik-bilik yang bernombor tetapi saya pula boleh dapat bilik VIP! Hah? Bilik VIP... Camana pulak saya boleh dapat? Apa ceritanya ini? Hehe! :]


Sebenarnya bilik "VIP" ini merupakan sebuah bilik yang sangat ringkas... Tetapi cukuplah untuk seorang pengembara budget lagi sengkek seperti saya... Lagipun itulah satu-satunya bilik yang tinggal ketika itu. Semua bilik lain di hotel ini telah disewa orang...


Tengok, punyalah simple... Perhatikan betul-betul... Maaf kerana kamera digital saya tidak dapat menangkap gambar begitu jelas apabila kekurangan cahaya...

Apa yang ingin dipaparkan di sini adalah betapa "exclusive"nya bilik VIP ini... Sungguh exclusive sehingga terdapat jamban di sebelah kepala katil!


Apapun, inilah kali pertama saya menginap di sebuah hotel dengan nama Hotel Wali... Hotel Wali wooo!!! Jangan main-main... Dalam hari pertama masuk ke negeri Terengganu, dalam perjalanan terbaru saya ke Pantai Timur yang telah dimulakan 3 minggu... Inilah hotel yang ditemui dan berjaya menggerakkan hati setelah meninggalkan Kuantan, Pahang lalu sampai di bandar Chukai, Kemaman.

Dah le duduk kat Hotel Wali, dapat pula bilik VIP! Apakah ada erti tersurat dan tersirat untuk pengembaraan terbaru saya ini? Bukankah saya selalu mengembara untuk menziarahi makam-makam para wali selain makam raja-raja? Dan memang di Terengganu ini terdapat begitu banyak makam para ulamak juga raja yang bertaraf wali!

Sebuah cerita bergambar tentang Kemaman telah dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi... Tajuknya ialah A look around Kemaman, Terengganu... . Sebuah cerita bergambar tentang masjid batu yang agak cantik di sana pula telah dbuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Masjid utama (main mosque of) Kemaman, Terengganu... .

Sekian cerita ini sebagai pembuka cerita-cerita pengembaraan di Terengganu dan hal-hal berkaitan yang akan dibuat nanti. Selamats! :]

10 ulasan:

  1. jamban sebelah kepala katil.. hahahah, yang best tu..

    hotel Wali, dapat bilik VIP lagi.. perghh tak ingat..

    BalasPadam
  2. muahahaha... hekhek...
    walawei... Hotel Wali tu... ;D

    Kan ker ari tu ada yg 'sampai' kat pusat Kraftangan M'sia. Temanya: Kraf Ke Persada Dunia...

    eheh...

    Malim AH

    BalasPadam
  3. Hehe! Jamban sebelah kepala katil tu agaknya kiasan... Ertinya kepala aku ni kepala taik agaknya, hehe! :]

    BalasPadam
  4. Hehehe! betul la radzi...

    BalasPadam
  5. jangan lah sebut tak elok, nanti jadi doa, perangai gila-gila takpe.. kira sempoi lah..

    BalasPadam
  6. tapi yelah.. banyak orang-orang yang zuhud sentiasa memandang diri sendiri hina dina, di sisi Allah..

    Allah Hu Akbar..

    BalasPadam
  7. Baguih toilet cenggitu. Emerjenci, lompat katil jer... Lega... hehehe...

    Abaikan bau2annya ketika tidur ye... atau... cuci bersih2 and then letak pewangi yg sewajarnya... eheh...

    Mahadher

    BalasPadam
  8. assalamualaikum terima kasih kerana sudi menjelajah ke kuala lipis walaupun itu cuma satu persinggahan yang sementara .teruskan tekad dan usaha saudara mencari sesuatu yang asal kerana dalam hidup ini jati diri lah yang mengawal dan membentuk perlakuan kita...selamat berkelana

    BalasPadam
  9. Ye, terimakasih MS, sebab melawat makam raja AHMAD. Ana menunggu gambar yg MS ambil kat makam tu..Jangan lupa janji tau...

    BalasPadam
  10. Hmm... Saya memang suka Kuala Lipis kerana ia bandar cute! Gambar makam Raja Ahmad tu akan keluar nanti, Insyaallah menurut giliran cerita le... Cerita-cerita Terengganu pun tak habis lagi, belum nak masuk Kelantan... Nanti le ek... :]

    BalasPadam