Khamis, Mac 20, 2008

Sedikit kata-kata aluan sempena Maulud Nabi...

Cyber-Cafe tempat saya menulis sebenarnya telah tutup kerana sudah lepas jam 3 pagi... Tetapi sementara ada sedikit masa yang diberi, biar saya puaskan hati...

Gambar Menara Berkembar Petronas ini adalah gambar terakhir daripada 87 gambar-gambar dalam kamera digital yang mahu dilupuskan daripada kamera itu supaya saya dapat memulakan pengembaraan baru dengan kamera yang kosong... Saya terasa ia perlu dipaparkan supaya rasa puas, segalanya siap sebelum dapat melangkah menghala ke Pantai Timur mungkin tengahari nanti...


Ini pula gambar yang diambil sekitar 2 minggu lepas ketika jalan kaki di Ampang...


Tengok... Begitu bangga sekali lagaknya. Tetapi kita pun sudah tahu apa keputusannya bukan?

Assalamualaikum semua... Subhanallah dan Alhamdulillah, saya rasa bersyukur yang amat sangat kerana berjaya melepaskan dan meluahkan beberapa perkara sebelum memulakan langkah pengembaraan terbaru... Lebih menarik lagi kerana posting-posting terbaru saya (5 semuanya, 2 di sini, 2 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 1 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) ) telah dapat disiapkan pada malam Maulidur Rasul.

Dengan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul untuk semua... Oh, minta maaf... Biarlah di tajuk atas itu disebut Maulud Nabi kerana mengingatkan begitulah ia dipanggil sejak saya kecil lagi. Saya bersyukur, walaupun gambar-gambar di atas mungkin kelihatan tidak relevan, saya dapat memuaskan hati dalam menurut naluri saya yang sedikit pelik ini supaya melepaskan mana-mana gambar dalam kamera digital yang terasa patut digunakan dalam postings malam ini.

Sekarang, buat pertama kali dalam tempoh 2 atau 3 tahun ini di mana saya mula rajin mengembara dengan membawa kamera, baru saya dapat keluar dengan tidak membawa apa-apa lagi cerita-cerita tertunda iaitu gambar-gambar yang belum digunakan atau diceritakan. Memanglah saya tidak dapat menggunakan setiap gambar... Kalau pembaca merasakan di blogspots saya sudah terdapat begitu banyak gambar, percayalah saya ada menyimpan sekurang-kurangnya 5 kali ganda lagi gambar yang tidak disiarkan... Saya cuma siarkan mana yang dirasakan relevan dalam gerak penceritaan...

Hmm... Cukuplah ya.. Nampaknya penjaga Cyber-Cafe sudah tidak sabar hendak menutup Cafe. Selamat malam! :]

4 ulasan:

  1. salam...
    abang radzi klu pegi pantai timur nanti,tlg lah pantau kump tasawuf sesat spt yang abg radzi cterkan dlam buku BKA tu.sebab pengaruh ustaz makin mnjadi di kedah.di a.setar n jitra.dulu da kena tangkap.terlepas g2 jer.smpai sy pun hampir jd pengikut.lgu dendang yg mereka bawakan memang merdu.tp syg,ternyata mereka sesat.ader ke plak malaikat2 dtg jauh dr mesir nun,msuk dalam jasad manusia,pas 2 marah2.fyi,putri gunung ledang da dapat kt org len.yg lama da insaf kot.

    BalasPadam
  2. Wassalam. Insyaallah tentang kumpulan tersebut nanti saya lihat.
    Susah jugak sebab ramai yang percaya kat diaorang ni termasuk pihak keselamatan Malaysia sendiri. Takpa... Tentunya ada hikmah di sebalik semua ini. Apabila sampai masanya, yang haq tetap akan muncul dan yang bathil akan gugur dengan sendirinya... Ada masanya, dengan hikmah Allah, dibenarkan dahulu kumpulan sebegini bertapak dan membina pengaruh. Sekurang-kurangnya dapat juga mengembleng dan menyatukan ramai anak Melayu bermasalah di bawah satu bendera walaupun ketuanya sebenarnya mahu menggunakan mereka.
    Apabila anak-anak muda ini sudah biasa dengan adab Melayu lama yang tahu menjunjung tinggi hakikat sebenar seorang Sultan sebagai wakil Allah yang mengatur kehidupan bermasyarakat di muka bumi ini, barulah kepala sebenar muncul untuk mengembalikan arah. Insyaallah! :]

    BalasPadam
  3. salam... abang radzi klu pegi pantai timur nanti,tlg lah pantau kump tasawuf sesat spt yang abg radzi cterkan dlam buku BKA tu.sebab pengaruh ustaz makin mnjadi di kedah.di a.setar n jitra.dulu da kena tangkap.terlepas g2 jer.smpai sy pun hampir jd pengikut.lgu dendang yg mereka bawakan memang merdu.tp syg,ternyata mereka sesat.ader ke plak malaikat2 dtg jauh dr mesir nun,msuk dalam jasad manusia,pas 2 marah2.fyi,putri gunung ledang da dapat kt org len.yg lama da insaf kot.

    BalasPadam