Khamis, Mac 20, 2008

Berjalan di Kuala Selangor... Ketika seluruh Malaysia sedang sibuk mengundi!

Ya... Biarlah tajuk ini sendiri memberi sedikit rasa akan keadaannya...
Dalam posting bertajuk Satu renungan sementara menunggu saat dan ketika yang sesuai... yang dibuat hari Selasa, saya ada memberitahu, atas sebab-sebab tertentu saya harus menundakan perjalanan terbaru ke Pantai Timur ke hari Khamis iaitu hari ini... Antara yang mungkin menjadi sebab adalah ada lagi perkara yang harus diluahkan di blogspot-blogspot saya sebelum dapat keluar mengembara dengan tenang tanpa apa-apa lagi "hutang". Maka kita mulakan cerita...

Ini adalah sebuah masjid di Jeram, 15 km di tenggara Kuala Selangor, tempat seorang rakan yang juga boleh dipanggil adik iaitu saudara Azmi bernikah baru-baru ini iaitu pada 8 Mac 2008. Sepatutnya saya telah memulakan pengembaraan ke Pantai Timur seminggu sebelum itu lagi tetapi atas saranan seorang rakan lain, perjalanan itu ditunda demi untuk menghadiri majlis pernikahan Azmi. Takut jika saya dah mula mengembara, takkan sempat untuk menghadiri baik majlis nikah, juga majlis-majlis kenduri yang akan diadakan kemudian...


Alang-alang sudah sampai ke sana, elok juga pergi ke Kuala Selangor. Rasanya sudah hampir 2 tahun tidak ke sana...


Mula-mula pergi tempat ini... Maaf ya, jika saya terpaksa menulis secara ringkas... Ketika menulis ini jam sudah pun masuk pukul 2.50 pagi sedangkan Cyber-Cafe tempat saya menulis ini akan tutup jam 3...


Di sini terdapat "Makam Anak Dara"... Baca sendiri apa yang tertera...


Kemudian naik bukit di belakang di mana terdapat bekas Kota Tanjung Keramat. Cerita bergambar tentangnya termasuk gambar-gambar Makam Anak Dara telah diletakkan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tadi, dalam artikel bertajuk The hills at Tanjung Keramat, Kuala Selangor...


Kemudian baru ke Bukit Melawati yang terletak lebih hampir ke bandar Kuala Selangor...


Ternyata di sini terdapat ramai juga pengunjung... Maklumlah hujung minggu. Oh, dan hari itu, 8 Mac juga adalah hari mengundi untuk Pilihanraya Malaysia yang ke 12...


Yang seronok pada saya adalah melihat monyet-monyet jenis ini, kalau tak salah, jenis lotong... Jarang nak jumpa jenis ni... Yang banyak biasanya kera...


Di atas ini ada banyak meriam...


Perhatikan betul-betul dan anda boleh melihat kuala Sungai Selangor...


Muzium Sejarah Selangor... Banyak juga yang menarik di dalamnya, antaranya pameran senjata-senjata Melayu lama... Gambar-gambarnya telah diletakkan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) , dalam artikel Senjata Melayu lama di Bukit Melawati (Old Malay weapons at Bukit Melawati) lebih awal tadi...


Ada rumah api di atas ini...


Juga menara untuk melihat anak bulan...


Tetapi bagi para pengunjung, lebih seronok bermain-main dengan lotong!


Kemudian pergi ke kawasan batu hampar...


Letaknya bersebelahan menara telekomunikasi...


Inilah batu hampar yang dimaksudkan...


Di sini juga ada meriam...


Dalam perjalanan turun, sempat singgah di Makam Diraja Bukit Melawati... Ceritanya telah dibuat malam ini juga, dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk The Selangor royal tomb at Bukit Melawati... And my fetish for numbers!


Pemandangan masjid dan bandar Kuala Selangor daripada kawasan makam. Sekian! :]

2 ulasan:

  1. abg raDZI,nanti kalu pergi trengganu,tlg la pantau kegiatan kump tasawuf sesat tue.skang nie,pengaruh ustaz da sampai dkat a.star n jtra kedah dah.sy pun hampir2 jadi pengikut.sy risau pengaruh dia akan bertambah kuat lagi.ramai yg x sedar mereka da sesat.sape yg x tertarik dgar lagu2 kump dendang anak tue.tp syang mereka cuma diperalatkan.ader ke patut ustaz wat kaabah dalam bilik.konon tempat suci.pergi padang tok syeikh dok bertapa kat c2.last2 betul2 nek syeikh ler.

    BalasPadam