Selasa, Februari 26, 2008

Jalan-jalan Kedah: Apa ada sekitar Sungai Petani...

Setelah tamat cerita-cerita Johor, bolehlah kita pergi kepada pengkisahan seterusnya iaitu cerita-cerita di Kedah. Apa ceritanya, tengok le...



Sebelum cerita pergi jauh, lihat gambar ini dahulu... Agak-agak apa ceritanya ya?


Lihat pula gambar ini... Ait? Apahal pula ini? Kalau nak tahu, inilah dia SD-card untuk kamera digital saya yang rosak akibat short-circuit ketika melawat ke Makam Daeng Parani sebelum itu. Akibatnya, saya kehilangan semua gambar yang telah diambil menggunakannya lalu terpaksa membeli SD-card baru. Tu yang saya tunjuk gambar di atas tu... Bukan apa, setakat mahu menunjukkan betapa selepas penat lelah berjalan jauh pagi itu, terpaksa pula bergegas ke kedai barangan eletrik di sebuah shopping complex di Sungai Petani agar usaha saya merekod gambar-gambar di perjalanan dapat diteruskan... Tu yang keluar cerita bertajuk Kamera short-curcuit di Makam Daeng Parani dan 2 insan bernama Badrul... yang dibuat sebulan lalu...


Kemudian menapaklah saya di tengah bandar Sungai Petani untuk menyambung perjalanan seterusnya. Jadi apakah ceritanya yang menyebabkan saya datang ke Kedah pula... Beginilah, saya copy and paste sedikit daripada Kamera short-curcuit di Makam Daeng Parani dan 2 insan bernama Badrul...

Adapun seperti yang ramai pembaca blogspot ini sedia maklum, saya baru sahaja kembali daripada satu pengembaraan mengelilingi Johor meliputi daerah-daerah utama di negeri selatan ini iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan Segamat. Kemudian sempat bersantai di lereng Gunung Ledang sebelum bermalam di Tangkak seterusnya singgah di Pengkalan Kempas, Linggi, Negeri Sembilan.
Selepas beberapa hari kembali ke Kuala Lumpur, saya telah bertemu seorang rakan daripada Ipoh. Rakan ini menyatakan mahu ke Kedah tidak lama lagi dan mengajak saya turut serta. Walaupun saya sebenarnya masih kepenatan, gerak hati ini menyuruh agar turut ke sana. Dipendekkan cerita, pada hari Sabtu saya telah bergegas menaiki keretapi ke Ipoh dan keesokannya baru menurut rakan in ke Kampung Ruat, Yan, Kedah.
Rakan ini sebenarnya mempunyai tugasan di beberapa lokasi di utara. Sementara dia bekerja, bolehlah saya berjalan ke mana-mana saya suka dan dirasakan perlu. Apabila mendapat tahu saya ingin berjalan-jalan, seorang rakan lain yang lebih tua, pemilik rumah tempat kami bermalam di Kampung Ruat menghubungi rakannya di Sungai Petani memintanya tolong membawa ke mana-mana yang saya kehendaki.
Biasanya saya lebih selesa berjalan sendiri, samada menaiki bas, berjalan kaki ataupun hitchiking menumpang kenderaan orang. Tetapi apabila rakan di Ruat ini beriya-iya mahu menyuruh rakan di Sungai Petani menolong, saya anggap ia sebagai sebahagian "arahan" dan gerak daripada Allah Ta'ala akan arah perjalanan saya untuk hari seterusnya iaitu hari Isnin.
Memandangkan rakan dari Ipoh perlu membuat tugasan di Seberang Perai dan Pulau Pinang, saya pun menumpang sampai ke Sungai Petani untuk bertemu rakan baru (baru bagi saya, lama bagi rakan-rakan lain ini) di sana.

Rakan baru yang dimaksudkan inilah yang membawa saya berjalan-jalan ke Makam Tok Soh dan Makam Daeng Parani. Tetapi gambar-gambar yang diambil semuanya hilang akibat kerosakan kamera lalu dia menghantar dan meninggalkan saya di sebuah shopping complex...



Di stesyen bus Sungai Petani, kelihatan 2 buah bas ekspress yang katanya terbakar malam sebelumnya...


Saya pula menaiki bas ke Pantai Merdeka melalui Kota Kuala Muda...



Di sana, kelihatanlah pemandangan Gunung Jerai ini yang sangat menarik. Untuk melihat beberapa lagi pemandangan di sekitar Pantai Merdeka, sila masuk A look at Pantai Merdeka, Kedah... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH ...

Biar saya beri sedikit cerita berkenaan daripada posting bertajuk Kamera short-curcuit di Makam Daeng Parani dan 2 insan bernama Badrul...

OK... Kembali kepada rancangan perjalanan hari itu... Sekitar setahun lepas, dalam lawatan kali pertama saya ke daerah Yan yang terletak di kaki barat Gunung Jerai, saya sempat melawat pekan Tanjung Dawai yang terletak di sebelah utara muara Sungai Merbok yang agak luas. Ceritanya ada di Incursion to Tanjung Dawai... Daripada sana, saya dapat melihat perkhidmatan bot menyeberang sungai ke Pantai Merdeka, maka saya ada menyimpan hajat untuk ke sana, seeloknya dengan menaiki bot.
Dalam pengembaraan dahulu yang turut meliputi Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan Perlis selain mendaki Gunung Jerai seorang diri pada malam Jumaat, saya juga sempat singgah ke Kuala Muda atau Kuala Sungai Muda. Cuma ketika itulah baru saya tersedar bahawa Kuala Muda yang saya pergi adalah yang di dalam Seberang Perai, bukan di dalam Kedah. Maka kalau boleh saya teringin untuk ke Kuala Muda yang di Kedah juga.
Lalu dalam fikiran saya ada memikirkan ingin pergi ke Kuala Muda di Seberang Perai lalu menyeberang ke Kuala Muda di Kedah menaiki bot. Kemudian pergi ke Kota Kuala Muda (yang ini saya sempat pergi tahun lepas) sebelum melalui Bukit Meriam menghala ke Pantai Merdeka lalu menaiki bot ke Tanjung Dawai. Kemudian baru akan mendapatkan apa-apa pengangkutan untuk kembali ke tempat menginap di rumah Pak Chak di Kampung Ruat, Yan. Tetapi rancangan itu sudah sedikit kacau dan masa menjadi suntuk akibat masalah kerosakan kamera tadi. Selain mengganggu mood dan tumpuan, saya terpaksa meluangkan banyak masa untuk mencari ganti memory card yang sesuai (murah tapi cukup berkesan)...

Selepas itu, baru saya kembali ke Sungai Petani... Seterusnya sedutan lagi daripada Kamera short-curcuit di Makam Daeng Parani dan 2 insan bernama Badrul...

Setelah selamat berjumpa Bad, timbul rasa untuk mengajaknya pergi ke Makam Tok Soh dan Makam Daeng Parani. Lagipun sekarang saya sudah tahu jalan untuk ke sana dan Alhamdulillah Bad bersetuju... Saya pula senang hati kerana dapat peluang kedua mengambil gambar setelah gambar-gambar yang diambil pagi tadi langsung hilang.
Agaknya inilah hikmah berlakunya kamera short-circut di Makam Daeng Parani tadi diikuti masalah tidak dapat bot mahu menyeberangi Sungai Merbuk. Lalu saya perlu kembali ke SP seterusnya berjumpa dengan Bad. Maka hari itu saya 2 kali pergi ke Makam Tok Soh, Makam Daeng Parani juga masjid unik tadi, dua-dua kali dengan orang bernama Bad... Jika pagi saya ke sana dengan Badrul daripada Sungai Petani, di sebelah petang pula saya pergi bersama Badrul Ipoh!

Ah! Sebenarnya cerita dalam Kamera short-curcuit di Makam Daeng Parani dan 2 insan bernama Badrul... sudah cukup untuk menerangkan segala yang berlaku hari itu. Cuma ketika itu, gambar-gambar yang diambil belum dimasukkan ke dalam pen-drive dan disusun atur untuk dijadikan bahan cerita. Maka itu elok ditimbulkan kembali sebagai satu kesinambungan... Selepas membaca Kamera short-curcuit di Makam Daeng Parani dan 2 insan bernama Badrul... daripada mula sampai habis, akan teranglah susun-atur akan apa yang berlaku lalu boleh ditelaah kembali dengan gambar-gambar yang sesuai...


Ziarah ke Makam Tok Soh yang sudah lama ingin saya lakukan. Ceritanya baru dibuat tadi dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Makam Tok Soh di Kedah dan kaitannya dengan Merong Mahawangsa (The tomb of Tok Soh in Kedah and its relation to Merong Mahawangsa)...

Sedar tak sedar, dalam cerita itu juga saya telah cuba menghuraikan akan identiti sebenar Merong Mahawangsa serta kaitan baginda dengan Raja Iskandar Zulkarnain dan Nabi Sulaiman AS! Entah betul entah tidak tetapi itulah cerita yang terkeluar...



Ini diikuti ziarah ke Makam Daeng Parani... Ceritanya telah dibuat sebulan lalu dengan tajuk Makam (tomb of) Daeng Parani



Ini pula adalah sebuah masjid dengan rekabentuk yang agak unik, ditemui setelah terlajak perjalanan ketika mencari Makam Daeng Parani. Ceritanya juga telah dinukilkan sebulan lalu. Tajuknya Masjid unik di (Unique mosque at) Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah...

Rasanya apa yang telah dipaparkan ini cukup ya untuk menceritakan hari pertama berjalan-jalan di Kedah dalam perjalanan terbaru ini. Nanti bila ada masa, akan saya sertakan pula perjalanan hari kedua yang akan memaparkan gambar-gambar sekitar Alor Setar diambil daripada atas Menara Alor Setar juga gambar di Makam Maharaja Khadi Abdul Jalil di Jitra dan Makam Sheikh Abdul Qadir Alirah di Langgar yang dikatakan pernah menyebar Islam di Kedah 1,100 tahun lalu! Sekian... :]

1 ulasan: