Sabtu, Januari 05, 2008

Cerita Batu Pahat...


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, sukacita diberitahu bahawa perjalanan saya mengelingi Johor melalui 8 daerah utama iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan Segamat telah pun selesai selamat dengan kembalinya saya daripada Segamat ke rumah keluarga di Muar semalam. Kini saya ingin berehat 2-3 hari dan Insyaallah akan singgah di Gunung Ledang, Tangkak sebelum kembali ke Kuala Lumpur.
Adapun asalnya dalam posting ini saya ingin bercerita panjang sebagai pembuka siri kisah pengembaraan kali ini... Apa yang ingin diperihalkan adalah berkenaan perjalanan Muar ke Batu Pahat dan apa yang berlaku. Tetapi kesuntukan masa akibat banyak termangu sebelum dapat membuat beberapa posting untuk update blogspot-blogspot menyebabkan saya harus memendekkan cerita.
Cukuplah dikatakan perjalanan Johor ini asalnya tidak dirancang seperti yang telah diterangkan dalam posting bertajuk Salam daripada Mersing pula! yang dibuat seminggu lalu... Biar saya copy and paste bahagian yang berkenaan...

Adapun, sejak kebelakangan ini, timbul kembali rasa ingin mengembara jauh tapi tidak pasti ke mana lebih-lebih lagi setelah buku ketiga saya "Sirih Pulang ke Gagang?" atau BKA III yang melengkapkan siri buku "Berpetualang ke Aceh" selamat menemui khalayak ramai. Antara tempat-tempat yang bermain di fikiran adalah Kota Bahru di Kelantan dan Kampung Pulau Manis di Terengganu. Apapun, saya rasa perlu kembali ke kampung ibu di Muar, Johor untuk menyambut perayaan Aidil Adha. Lagipun, beberapa hari sebelum itu saya ada mendapat satu mimpi tertentu melibatkan satu tempat di daerah kelahiran saya!
Sebelum kembali ke Muar juga, seorang kawan yang duduk di Kuala Lumpur telah menalifon mengajak untuk berjumpa. Ketika itu saya sedang dalam perjalanan ke Pahang dan jadual perjalanan beberapa hari seterusnya agak penuh. Oleh kerana kawan ini selalu ke Kluang, Johor kerana ada membuat kerja di sana, saya pun mencadangkan agar kita berjumpa di bandar itu selepas Aidil Adha nanti. Lagipun saya pernah duduk lama di sana, 1983-1986 semasa menuntut di Sekolah Menengah Sains Johor... Dan kali terakhir saya di bandar itu adalah sekitar 2001, semasa melaporkan acara jelajah basikal anjuran pihak polis seperti yang disebut di atas...
Setelah selesai Aidil Adha serta melawat beberapa tempat tertentu di Muar, sampailah masa yang sesuai untuk ke Kluang. Cadang saya, selepas itu saya akan mengambil keretapi, samada untuk kembali terus ke Kuala Lumpur atau menghala ke Pantai Timur... Tengoklah, apa isyarat perjalanan yang saya dapat nanti.
Adapun hari saya hendak bergerak itu adalah hari Isnin. Memandangkan Batu Pahat terletak di antara perjalanan Muar ke Kluang (kalau mengikut jalan biasa ya, bukannya highway...), saya pun bercadang hendak ke sana. Lagipun ada orang berpesan supaya saya menziarahi Habib Ali, seorang tua berumur 90 tahun yang dikatakan bertaraf wali di sana dan saya pun telah beberapa kali menziarahinya... Orang-orang daripada Singapura pun selalu menziarahinya malah orang-orang daripada Yaman di Semenanjung Tanah Arab juga ramai orang-orang dari seluruh dunia yang menghormati dan menyanjung tinggi para Ahlul Bait anak cucu Nabi turut menziarahi orang tua ini!

Cukuplah kalau dikatakan, saya sampai ke Batu Pahat lalu sempat memanjat Gunung Banang kemudian pergi ke Pantai Minyak Beku di mana saya akhirnya dapat tahu dan melihat sendiri akan asal-usul nama Batu Pahat. Cerita-ceritanya ada dinukilkan di dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk Gunung (mount) Banang in Batu Pahat, Johor... dan The origin of Batu Pahat... . Kemudian sempat bersolat di sebuah masjid lama yang agak cantik... Ceritanya ada di dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Masjid (mosque of) Datuk Bentara Luar, Batu Pahat... .
Cukup juga dikatakan, buat pertama kali saya telah bermalam di rumah Habib Ali sebelum menyambung perjalanan seterusnya menaiki bas ke Pontian. Selamat malam ya... Wassalam! :]

5 ulasan:

  1. rumah aku baru online sejak 25 zulhijjah 1428 baru-baru ni. dah ada internet dah.. seronok sungguh. cumanya belum pasang wifi modem lagi..

    BalasPadam
  2. Hehe... Aku ada banyak gambo lagi tapi laptop aku buat hal le... Aku switch on tapi tak kluar gambo, bunyi enjin pun tak jalan. Mungkin ada something yang jadik longgar masa aku naik bas buruk daripada Mersing pegi Kluang... Kat KL nanti kot baru repair. Tapi kalau engko boleh tolong lagi le cantik, hehe!

    p/s: Dah tengok dah artikel Gunung Banang kat blogspot English aku... Gambo engkau ada le, hehe! :]

    BalasPadam
  3. kalu hardware problem, kena hantar kedai lagi elok.. kalau aku krjakan nanti jahanam terus.. hehehe.. dah aku dah baca dah yang pi gunung banang tu..

    BalasPadam
  4. Salam.

    Dapat ke jumpa Habib Ali? Adik saya ada ke sana 2 minggu lepas. Katanya kalau beliau dah masuk ke bilik memang susah nak jumpa.

    BalasPadam
  5. Wassalam. dapat le jumpa sat, itupun terpaksa redah... Dia tak mahu dikacau. Nampaknya tengah syok dalam musyahadah tu... Hmm...

    BalasPadam