Sabtu, Disember 08, 2007

Nukilan Spontan Cinta


Subhanaallah. Dua tiga malam lepas, ketika sedang berehat seorang diri di sebuah rumah keluarga di Kajang, saya tergerak untuk melihat fail-fail lama di dalam komputer riba. Lalu terjumpa dengan sebuah pantun yang dicipta secara spontan dalam tahun 2006... Pantun yang dicipta ketika sedang aktif berinteraksi dengan ramai orang melalui sebuah forum di Internet.
Adapun pantun ini diberi nama "Nukilan Spontan Cinta". Hari ini timbul pula rasa untuk memaparkannya di sini dan berkongsi dengan para pembaca. Sila... (tiba-tiba teringat iklan kopi Radix ke hapa... Yang ada Mat Saleh naik kereta 4x4 lepas tu cakap "Mintak kopi secawan". Heh! :]

p/s:
Baru teringat. Nukilan spontan ini muncul apabila melihat kata-kata seseorang di forum Internet yang bertanya: "Ke mana cinta itu pergi, apakah itu cinta..." Lebih kurang begitu le...


____________________


Hmm... Terkedu aku memikirkan kata-kata di paparan,
Ke mana cinta itu pergi, Apakah itu cinta...
Kalau tanya pada aku, jawabannya bergantung pada saat bila ditanya...
Ada masanya aku tersenyum bahagia, ada kala aku menggeleng kepala...
Tunduk, sedih, kerana aku pun tak pasti ke mana hidupku mengarah,
Apalagi jika ingin bercerita tentang cinta...
Walaupun rasanya aku telah saling-menyintai ramai wanita.


Tak dapat dinafikan, semua insan mengejar cinta,
Soalnya samakah makna cinta pada setiap insan?
Ada yang melihat perempuan cantik berlenggang,
Ramping pinggangnya, mulus kulitnya...
Terus dikatakan aku sudah jatuh cinta...
Ada yang sekadar mendengar suara,
Ah... Begitu nyaman... Aku rasa aku sudah jatuh cinta...
Ada pula yang sudah kenal bertahun, tapi setelah detik demi detik berselisih pendapat,
Pada satu malam yang sunyi, baru mereka tahu sudah lama rupanya mereka saling menyintai...
Maka apakah itu cinta? Bagaimana mahu tahu ke mana cinta itu pergi jika makna sebenar cinta pun kita tak pasti lagi...

Apa yang aku tahu... Cinta bukan muncul apabila melihat tubuh gebu maka aku mahu bersamanya...
Selalu sangat nafsu itu mahu menusuk ke dalam, tapi dihalalkan dengan kalimat aku cinta padamu...
Maka itu cinta boleh dibeli dengan wang ringgit dan tipu-daya sedangkan hakikatnya,
Kalau kamu faham makna cinta, sudah tentu kamu tahu tidak ada tukar-gantinya...

Tidak!...
Cinta boleh muncul sekali pandang, atau setelah bertahun berkenalan berkahwin cerai ia datang...
Tapi bukan cinta namanya kalau boleh disogok dengan harta benda... Kecuali alasan menghalalkan cara...
Yang pasti cinta itu perlukan pengorbanan...
Di mana yang mencintai sanggup binasa dirinya sendiri demi kebahagian yang dicintai...

Satu lagi yang aku belajar setelah mengenali pelbagai ragam wanita,
Tidak ada cinta yang tulus tanpa penyerahan kepada Nya...
Kita bertemu kerana Allah, kita berpisah juga kerana Nya...
Cari lah cinta yang sebegitu,
Bagaimanakah caranya? Oh... Terlebih dahulu bagaimana mahu mengenalnya...
Bila bersama, semakin kuat semangat beragama...
Perhatikan ini, semakin kuat semangat beragama, bukan makin kuat bersenggama...
Walaupun tak salah banyak bersenggama lama-lama kerana kuatnya rasa ingin bersama... Heh!

3 ulasan:

  1. hamba Allah

    Hi,kenangan lama mengusik jiwa ker?
    Mesti dgn salah seorg forumer dulukn..tak perler yg lama jgn dikenang. Mulakan penghidupan baru dgn azam dan semangat yg baru. Saya doakan apa yg saudara MS impikan menjadi kenyataan. Betul tuh,serupa kita juga..Bertemu kerana Allah dan Akhirnya Berpisah jua kerana Dia..Kita hanya hambanya dan ada asbab kenapa terjadinya pertemuan antara kita dan hanya Allah saja yang tau. Yang lepas..lepaslah yea..k take a good care (kirim salam pada NUR u tu yea)...he he.

    BalasPadam
  2. Minta maafla sbb tetibe sy nk brpantun skali, pantun yg dh lama sy simpan, tak tau la ni tentang perasaan cinta ke apa. Hehehe.

    "Matamu bercahaya tajam manikam,
    Bicara pesona merundung kalbu,
    Inderaku kabur berbalam-balam,
    Tidak tertahan renung sukmamu."

    Hehehe, adios...
    Assalamualaikum,
    -Sahaya-

    BalasPadam
  3. Peh... Bila termasuk bab cintan ni wa cakap lu, memang boleh tangkap leleehhh... Entah apa yang meleleh, chit... Hehe!
    Apapun betul le cakap anonymous tu, berjumpa kerana Allah berpisah kerana Allah. Tapi kalau dah ditakdirkan akan bersama, seperti kata pepatah Melayu, ikan di laut, asam di darat, bertemu dalam kuali juga gitu... Masalahnya bertemu dalam kuali tu panas sebab kena masak... Camana tu? Hehe!
    Pada sahaya... Wah... Itu kira dah tangkap sastera tu... Cinta ni siapa yang kena, dia le merasa... Sebenarnya ada bermacam-macam peringkat cinta tapi sebaik-baiknya bercinta kerana Allah... Dengan asbab kita bercinta dengan seseorang itulah kita lebih tekun beragama bukan lebih tekun buat maksiat gitu...

    BalasPadam