Jumaat, November 23, 2007

Perkhabaran ghaib melalui mimpi dalam kisah Nabi Yusuf AS

Assalamualaikum semua. Hari ini saya tergerak membuka kata-kata dengan sedikit cerita Nabi Yusuf AS seperti yang terpapar di dalam buku "Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?" atau BKA III... Daripada bab bertajuk "Mukadimah: Sedikit catatan mengenai tarikh dan peristiwa yang bercanggah". Ini dia...

-------------------------

Sebagai seorang Islam, kita harus yakin akan kewujudan perkara-perkara ghaib termasuk perkhabaran melalui mimpi. Maka itu Surah Yusuf, Surah ke 12 Al-Quran memulakan kisah Nabi paling tampan itu dengan bercerita mengenai mimpi. Surah yang mengandungi 111 ayat yang diwahyukan di Mekah itu menyatakan, Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab supaya kita memikirkannya... Kemudian menyebut kisah Nabi Yusuf sebagai sebaik-baik kisah lalu menceritakan perbualan baginda dengan bapanya Nabi Ya’aqub berkenaan sebuah mimpi. Ayat 4-6 menyatakan:

Ketika Yusuf berkata kepada bapanya: Hai bapaku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan semuanya kulihat sujud kepadaku.
Berkata bapanya: Hai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, nanti mereka akan memperdayakanmu dengan segala tipu-daya. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi manusia.
Demikianlah Tuhanmu memilihmu dan mengajarkan takwil mimpi kepadamu dan kepada keluarga Ya’aqub, sebagaimana Dia telah menyempurnakan nikmatNya kepada dua orang bapamu sebelumnya, Ibrahim dan Ishaq…

Kemudian baru ia menceritakan bagaimana 10 orang abang Nabi Yusuf yang cemburu terhadap perhatian lebih yang diberikan terhadap si adik telah merancang untuk menghapuskannya supaya Nabi Ya’aqub lebih sayang kepada mereka pula. Terjadilah peristiwa baginda dibuang ke dalam telaga lalu ditemui sebuah kabilah yang menjualnya sebagai hamba abdi kepada seorang pembesar negara Mesir. Maka Ayat 21 menyebut:

Berkata orang yang membelinya di Mesir kepada perempuannya (isterinya Zulaikha): Muliakanlah kedudukannya, mudah-mudahan dia bermanfaat kepada kita atau kita ambil dia menjadi anak angkat. Demikianlah Kami tempat Yusuf di bumi (Mesir) dan supaya kami ajarkan kepadanya takwil mimpi…

Ayat 22 menyatakan: "Setelah Yusuf sampai dewasa, Kami berikan kepadanya hikmah dan ilmu" Ini diikuti kisah baginda digoda majikannya Zulaikha, peristiwa yang menyebabkannya disumbat ke dalam penjara. Baginda sempat memberikan takwil mimpi yang ternyata menjadi kenyataan kepada dua orang pekerja istana yang telah dipenjarakan. Beberapa tahun kemudian Nabi Yusuf dipanggil untuk menafsirkan mimpi Raja Mesir pula!
Tafsiran Nabi Yusuf berjaya menyelesaikan masalah negara. Zulaikha pula mengaku Nabi Yusuf sebenarnya difitnahnya. Raja Mesir menjadi semakin yakin akan kelebihan Nabi Yusuf. Pesuruh Allah itupun diberi kedudukan tinggi dalam kerajaan... Lalu Ayat 54 menyebut raja berkata:

Bawalah Yusuf itu ke mari supaya kujadikan dia khusus bagi diriku. Seterusnya Raja Mesir mengumumkan "Sesungguhnya engkau pada hari ini mempunyai kedudukan dan kepercayaan di sisi kami".

Nabi Yusuf dijadikan penjaga perbendaharaan negara. Kedudukan inilah yang digunakan nanti untuk menarik 10 orang abang-abangnya datang ke Mesir bersama adik bongsunya Benjamin, juga bapanya Nabi Ya’aqub dan ibunya. Dipendekkan cerita, mereka dapat tahu bagindalah Yusuf yang pernah dianiaya lalu dikhuatiri mati dahulu. Lalu Ayat 100 menyebut:

Kemudian Yusuf mendudukkan ibu-bapanya di atas singgahsana lalu mereka sujud kepada Yusuf. Berkata Yusuf: Ya ayahanda! Inilah takwil mimpiku dahulu…

Rupa-rupanya 11 bintang dan matahari serta bulan yang dilihat sujud kepadanya dalam mimpi pada awal cerita dahulu adalah 11 orang adik-beradik bersama bapa dan ibunya… Ini diikuti Ayat 101 yang menyatakan:

Ya Tuhanku! Sungguh Engkau telah menganugerahkan kerajaan kepadaku dan Engkau telah mengajarkan kepadaku dari hal takwil mimpi… Ayat 102 menyebut: Demikian itu perkhabaran ghaib, Kami wahyukan kepada engkau (hai Muhammad) padahal engkau tidak ada di sisi mereka…

Kesahihan kisah ini dan mimpi-mimpi yang terkandung di dalamnya diperkuatkan dengan Ayat 111, ayat terakhir surah yang bermaksud:

Sesungguhnya dalam kisah mereka ada ibarat (pengajaran) bagi orang-orang yang berakal. Bukanlah Quran ini perkhabaran yang diada-adakan sahaja bahkan ia membenarkan yang di hadapannya dan menerangkan tiap-tiap sesuatu, lagi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Nah! Bukankah ini bukti akan peri-pentingnya perkhabaran ghaib?

5 ulasan:

  1. Surah Al Baqarah, ayat 1-3:
    "Alif laam miim, AlQuran, tidak ada kerguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa iaitu mereka yang BERIMAN kepada yang GHAIB, mendidrikan Shalat dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka"

    BalasPadam
  2. Dalam BKA3, lepas cerita tentang perkhabaran ghaib, masuk pula cerita tentang perkara-perkara yg mencarik adat. Saya pun tertanya2 juga masa baca tu. Apasal banyak sangat cerita pasal tu. Tapi bila dah masuk bab 'Impian Seorang Petualang' tu barulah saya faham. Berderau darah saya bacanya. Apa perasaannya lepas alami pengembaraan dengan nenek abg tu? Nampak jelas semuanya ye? Banyak beza x dengan jawapan2 yg abg dapat melalui kajian sendiri. Lelaki kat Kota Baghdad yg nenek bawa jumpa tu siapa? Nakhoda Khalifah ke? Sorry le banyak tanya.

    Lagi satu adakah semua watak2 dalam BKA seperti rakan2, pakcik, orang tua di Perak dan lain2 serta semuanya adalah yg sebenar & mengikut perjalanan pencarian abg tu @ diolah semula?

    BalasPadam
  3. Wassalam. Baru nak jawab... Beginilah... Memang semuanya diolah daripada pengalaman sebenar termasuk watak-wataknya. Apapun anggap ia semua cerita yang berguna. Itu saje! :]

    BalasPadam
  4. I'm impressed, I have to admit. Seldom do I come across a blog that's both educative and interesting, and without a doubt, you've hit the nail
    on the head. The issue is something too few people are speaking intelligently about.

    Now i'm very happy I stumbled across this during my hunt for something concerning this.

    BalasPadam
  5. I'm impressed, I have to admit. Seldom do I come across a blog that's both educative and interesting, and without a doubt, you've hit the nail on the head.
    The issue is something too few people are speaking intelligently about.
    Now i'm very happy I stumbled across this during my hunt for something
    concerning this.

    BalasPadam