Selasa, September 18, 2007

Jerusalem, Perang Salib, Gerakan Zionis dan kebangkitan Islam daripada Timur...

Assalamualaikum semua... Di atas atas sebuah ilustrasi lama menunjukkan peta bandaraya Jerusalem dan berlakunya Perang Salib...
Beberapa hari kebelakangan saya sibuk menyiapkan proses suntingan buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh: Sirih pulang ke Gagang?" atau BKA III. Alhamdulillah, sudah sampai mukasurat 280 sedangkan buku itu akan mencakupi sekitar 320 mukasurat cerita.
Adapun beberapa mukasurat yang disunting semalam bercerita tentang Perang Salib, juga kaitannya dengan penjajahan Barat di Tanah Melayu... Saya tak mahu cerita panjang kerana kepala kurang sedap dan Cyber-cafe akan tutup sebentar lagi... Cukuplah dinyatakan, Insyaallah apabila sampai gerak, saya akan post kan di sini mana yang patut menurut sukatan yang perlu.
Dalam pada itu, saya terfikir apakan Iran akan diserang tidak lama lagi? Kalau Iran diserang, kemungkinan besar perang akan merebak seluruh dunia... Maka bersedialah kita untuk menghadapi serangan Dajjal dan semoga kebangkitan Islam daripada Timur akan menyusul cepat...
Sementara itu, baca apa yang saya tulis sedikit tadi di blogspot-blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Tajuk-tajuknya ialah A thought on the Crusade War dan Sesuatu untuk difikirkan (Food for thought) . Sekian...

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum, aku ada, ada sekali tu (6 sept 07)pernah juga pergi zawiyah sorang-sorang sebelum puasa haritu, jumpa dengan Ansari. Ansari baru baik dari masydub dia tu. yang kali ke 4. hmm pening kepala di bueknyo.. nanti lah kalau ada masa kita jumpa. Char kuew teow.. entahlah.. kau pergilah makan mana tahu ada idea baru,.. tapi cari char kuew teow udang punya.. pergghh sedap beb.. (tapi bukan maksud aku Char kuew teow tu suruh kahwin ke, apa ke.. heheh .. jangan marah hah).. mengenai akhir zaman ni.. lagi satu aku pening kepala nak bagitahu kau ni.. bab member aku yg berkecimpung dengan rufaqa tu, dah contact aku balik, jumpa dengan aku sekali tu (29 aug 07 rabu). bukannya apa dia ada bagi aku satu buku baru tajuknya Ustaz Ashaari ialah Pemuda bani Tamim. dalam tu cite pasal mujadidlah, orang tuhanlah, dan macam-macam lagilah.. aku dah cakap terang-terang dengan dia, aku tak yakin dengan ashaari ni.. tapi aku malas nak berhujah dengan dia, sebab dia ni orang yang baik (lagipun dia bekas GM aku dulu). sebelum ni memang aku ada follow diorang kejap, tengok apa diorang buat. ahli-ahli diorang memang bagus-bagus, baik-baik. lepas tu bila keluar citer kat paper aku , aku tahulah mana salah , mana betul.. dan yang paling buat aku frust bila dia keluar kenyataan menafikan dengan selamba (sepatutnya protect).. bila aku bangkitkan isu ni, dengan member aku ni, dia kata itu tipu muslihat.. simple aje.. sebenarnya aku ada hujah-hujah yang lain lagi.. tapi aku taknak tulis kat sini. kalau kita jumpa nanti insyaAllah kita borak panjang.. wassalam.

    BalasPadam
  2. Wassalam bro... Tu le masalah, banyak sangat orang mengaku ketua akhir zaman... Aku dah jumpa bukan satu dua, aku ingat dah dekat 20 jemaah daripada tariqat sampaile persilatan bathin yang ada pengikut sekurang-kurangnya beratus sampai beribu, semua mengaku ketua masing-masing sebagai khalifah yang akan bawa kebangkitan Islam daripada Timur.... Kira semua mengaku Pemuda Bani Tamim le tu...
    Tu le masalah... Pada aku, kalau betul pun diaorang pemimpin Islam yang perihatan maka buat aje le kerja ngan dakwah senyap-senyap naikkan martabat orang Islam dan bina balik keyakinan ummah... Tak payah nak ngaku itu ini... Tuhan lagi tahu...
    Sedangkan Imam Mahdi pun setahu aku dia tak tahu dia Imam Mahdi malah dia keturunan Nabi pun dia tak tahu sampai le satu peringkat hidup... Lepas tu Allah tarbiyahkan DALAM SATU MALAM SAHAJA! Tiba-tiba je daripada tak tahu macamana nak handle masalah ummah, besok dah tahu dah camana dan apa nak buat sebab Tuhan sendiri ajar...
    Kalau Imam Mahdi pun macam tu, apalagi Pemuda Bani Tamim... Kalau le dah confirm siapa PBT ni, engkau ingat US ngan Zionis duduk peluk tubuh aje ke... Sekurang-kurang mesti port 'PBT' dah kena attack ngan assassin...
    Hmm... Elok gak ramai orang mengaku jadi khalifah akhir zaman... Bagi musuh pening sikit, sapa le diaorang nak cekup... Banyak sangat nak jadi ketua. Allah! :}

    BalasPadam
  3. http://www.kavkazcenter.com/eng/

    BalasPadam
  4. Asslamu'alaikum bro,

    Sesekali terjenguk gak blog ko nih kira ok gaklaa kan walaupun ko posting dah lama. Kita pernah berdating sekali kat Puduraya 4 tahun dulu, keep up the good work.

    Masalah mengaku Khalifah ker Imam ketua ker segala tok nenek ayah abang ker yang kononnya menggunakan Islam sebagai medium sangat meletihkan bro. Brapa ramai yang mengaku seperti di atas tu yang bila sampai waktu mengajak anak buah mereka berjemaah/ ke masjid? Yang banyak berjemaah ke kedai mamak banyak laa aKoo tengok. So .. tepuk dada tanya seleralaa kan.

    Semoga Allah permudahkan apa yang bro cari .. wassalam

    BalasPadam