Khamis, Julai 26, 2007

Mengambil berkat di Teluk Intan?

Sukacita dimaklumkan, tadi saya baru sahaja menyiapkan artikel ke 88 untuk blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan artikel ke 44 untuk SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Pengumuman ini pula bermakna, saya telah membuat artikel ke 155 di sini... Mereka yang mengenali saya tentu faham bagaimana saya mempunyai perkiraan dan gerak rasa tersendiri melibatkan nombor.
Sebenarnya saya masih mahu berkongsi beberapa buah artikel lagi di blogspot-blogspot saya, ada banyak lagi... Cuma masa serta keadaan kesihatan yang sering berubah-rubah ditambah faktor penat berjalan (dah lebih 3 minggu on the road tak balik rumah woo...) sahaja yang tidak mengizinkan sedangkan saya perlu juga meluahkan apa yang terbuku daripada pengembaraan yang lepas-lepas.
Apapun, ini bermakna saya boleh berehat sebentar daripada menulis... Tetapi belum dapat berehat daripada berjalan kerana selepas ini saya perlu menziarahi Makam Raja Ahmad dan Makam Keramat Kuala Bidor sebelum selesai kerja-kerja di Teluk Intan...
Oh... Biar saya berikan link untuk artikel-artikel baru yang dibuat dalam tempoh masa 24 jam ini berserta gambar hiasan... Bacalah... Banyak message yang tersurat dan tersirat hasil gerak hati dan ilham yang muncul tiba-tiba semasa menulis... Sila... :]



The ruins of Pengkalan Bujang




The ancient valley of Bujang in Merbok



Cukuplah ya... Saya perlu bergerak sekarang, makan tengahari pun belum, begitu juga solat... Nasib baik saya boleh buat jamak. Doakan kejayaan saya ya kawan-kawan... Kalau ikutkan, tubuh badan dan jiwa saya sudah sangat berat menanggung sakit serta bebanan zahir dan batin untuk membuat apa yang patut... Memang ada pihak-pihak tertentu melalui cara-cara tertentu yang cuba menghalang. Apapun, saya anggap sudah tersurat inilah perjalanan hidup saya... Semoga segala yang diusahakan terutama untuk mencungkil sejarah Melayu Islam yang digelapkan dapat memberikan manfaat kepada semua. Wassalam...

3 ulasan:

  1. assalamualaikum saudara MS. ptg td dlm perjalanan dr ktm midvalley ke bndr tasik selatan, sy ada perasan seseorg yg dlm hati sy kuat katakn yg itu saudara. sy betul2 ditepi org itu yg duduk penuh selamba sambil bersila sementara mnuggu keretapi. tapi berat hati nk menegur krn sy bknlah org yg pandai bicara lagi malu2 (hehehe). smpi sy folo org tuh naik gerabak yg sama. sy ckp dlm hati klulah org nih trun kt tasik selatan gerenti sy tegur sbb dlm keretapi penuh sgt. tp dia tak trun pun kt situ. klu saudarala sy rasa mesti akn turun kt kajang kn? org tuh saudara ke?? atau hnya prassan sy je. panjang plak komen nih. hehehe

    -sahaya-

    BalasPadam
  2. Hmm... Petang Isnin naik ktm ya... Memang saya ada ambik Komuter daripada Mid-Valley sampai Kajang dalam pukul 6 petang gitu...
    Kalau pakai baju ngan seluar cerut biru gelap serta rucksack kecik biru gelap gak dengan jaket hijau terikat kat pinggang, sah lah saya tu! :]

    BalasPadam
  3. allahuakbar, betullah tu saudara MS. hati berdebar2 gak, nak tegur ke taknak. cm jmpa artis la plak. hehe. dh la hari ahd 29hb tuh nk sgt jmpa faisal tehrani di pesta buku pkns shahalam tapi x dpt jmpa, ni dh jmpa MS depan mata tapi takut2 nk tegur. mugkin belum masa yg sesuai lagi kut.

    -sahaya-

    BalasPadam