Sabtu, Disember 09, 2006

Queens dan sumbang mahram

Yang ini pula sepatutnya bab yang ketiga dibuat untuk buku mengenai konspirasi Zionis memerintah dunia serta kaitannya dengan Peristiwa September 11, 2001 di New York yang pernah saya usahakan lebih 4 tahun lalu tetapi sejak kepala "tersangkut" ketika menulisnya, ia terbengkalai begitu sahaja.
 
Di sini saya sajikan cerita yang tidak siap ini sebagai kenang-kenangan yang mungkin boleh menjadi iktibar untuk orang lain. Iktibar dari segi isi cerita yang ada menyebut tentang sumbang mahram dan mungkin boleh dijadikan renungan bagaimana susahnya hendak menulis buku sampai boleh terbengkalai begitu sahaja. Maka biarkan ia dipaparkan sepertimana ia ditinggalkan dahulu setelah mula ditulis pada 3 Mei 2002. Walaupun ada perkataan "Lepas tu" tergantung di bawah menunjukkan bagaimana penulisan ini tersangkut begitu teruk... Silakan... Insyaallah ada pelajaran untuk semua.


--------------


Lagu-lagu kumpulan "Queen" berkumandang di udara. Ketika ini pagi Jumaat 3 Mei dan saya sedang berehat seketika setelah membuat sedikit senaman badan menghilangkan sisa-sisa mengantuk semalam. Sambil bersenam, saya memasang telinga mengamati sedikit lirik lagu-lagu "Queen" yang dinyanyikan mendiang Freddie Mercury yang meninggal dunia kerana penyakit Aids 10 tahun yang lalu. Sebenarnya jika kita amati sesetengah lagu nyanyiannya, rupanya dia banyak bercakap mengenai perjalanan hidup, apa ertinya dan apa peranan kita sebagai manusia di muka bumi ini. Contohnya lagu “The Show Must Go On”...

Ya, siapa sangka orang dikenali ramai sebagai seorang penyanyi terkenal yang mengamalkan cara hidup gay ini rupa-rupanya seorang "pencari" dan perindu kebenaran. 

Sebenarnya kalau kita amati sesetengah lagu-lagu yang berkumandang di mana-mana tak kira nyanyian siapa, kita akan terjumpa tema yang sama samada secara tersurat atau tersirat. Saya berkata begini kerana saya mula sedar betapa ramainya orang yang sedang mencari kebenaran dan kemudian menukilkan perjalanan mereka melalui lirik lagu, puisi, cerpen dan sebagainya. Cuma orang yang tak buka mata atau tak pasang telinga betul-betul yang tak dapat menangkapnya. 

Saya sendiri termasuk orang yang mencari kebenaran, iaitu kebenaran hakiki. Saya pernah cuba melalui bermacam-macam cabang sains, ilmu falsafah, ilmu ugama peringkat fekah dan sebagainya tetapi akhirnya saya yakin kebenaran itu hanya boleh dicari melalu jalan tasauf mengikut syariat nabi Muhammad S.A.W. Dan dengan inilah saya tergerak menyambung balik penulisan buku ini setelah tiga minggu menghabiskan waktu bertafakur dan mendalami ilmu hakikat disamping memahami hakikat taubat yang sebenar seperti yang dihuraikan Imam Ghazali. Saya juga telah menggunakan waktu itu untuk meminta ampun dan maaf kepada beberapa orang yang pernah saya susahkan disamping merapatkan silaturrahim yang telah renggang. Memang semua ini penting dalam perjalanan mendekatkan diri kepada Tuhan lebih-lebih lagi bagi orang seperti saya yang pernah membuat banyak aniaya. 

Sebenarnya banyak benda yang berlaku dalam tempoh tiga minggu saya meninggalkan penulisan ini. Dari segi berita tempatan, akhbar-akhbar harian dan media-media tempatan telah banyak mempersoalkan masalah inses atau sumbang mahram sementara ruangan berita luar banyak bercerita tentang apa yang serangan ganas Yahudi di Palestin. 

Cakap pasal sumbang mahram ni saya teringat ketika saya bertandang di rumah seorang kenalan, Haji Man di Sungai Congkak, Ulu Langat sebulan yang lepas. Dia ni asalnya seorang rakyat Britain yang pernah menjadi wartawan peringkat antarabangsa tapi Mat Salih ni dah boring jadi orang putih agaknya sampai dia terus meninggalkan negara kelahirannya untuk duduk ni negara-negara Arab. Dia telah memeluk agama Islam dan duduk di Morokko selama beberapa tahun sebelum datang menetap di Malaysia. Di sini, dia menyewa sebuah rumah kampung yang telah diubah suai dengan taman dan hiasan yang indah hasil kerja tangannya sendiri. Budak-budak kampung rajin pula bertandang termasuk dua orang adik-beradik yang masih di sekolah rendah. Entah macam-mana, agaknya budak-budak ni suka tengok saya datang dengan motor besar boleh terbuka cerita pasal kakak mereka. 

"Kakak kita cun bang, kalau abang tengok mesti suka punya," kata yang tua antara dua adik beradik itu. Entah macam-mana dia boleh sambung "Kalau abang kawan dengan kakak kita mesti best." 

Saya cuma tersenyum. Tapi budak ni terus melalut. Kecik-kecik dah tanya pasal benda XXX. Siapa yang ajar entah. Adiknya yang jauh lebih innocent cuma tersengih. Walaupun saya sebenarnya kurang selesa kerana budak ni mula bertanya yang bukan-bukan, tentang saya dah berkahwin ke belum (pasal saya nampak rugged agaknya), lepas tu apa saya buat dengan bini saya, saya cuba juga melayan mereka lebih-lebih lagi kerana mereka telah lama kematian ibu dan nampaknya kurang mendapat kasih-sayang. 

Dari situ terbuka cerita pasal ayah dan kakak mereka buat kerja yang bukan-bukan. Si abang menceritakan pada suatu hari dia dan adiknya telah ternampak ayahnya memandikan kakaknya di sungai. Katanya, ayahnya mengusap-usap badan kakak dan si kakak pula membalas balik. Lama jugak perkara ini berlaku dan mungkin si ayah tahu yang anak-anaknya yang lain nampak tapi buat-buat tak tahu. Kata si abang, dia pernah bertanya nenek mereka mengenai perbuatan ayah dan kakaknya dan si nenek kata tak ada salahnya. 

"Betul ke bang," tanya si budak kepada saya. "Boleh ke bapak saya buat macam tu kat kakak?".

Saya terdiam sebentar. Lepas tu saya kata kalau kakaknya masih budak, sebaya dengan mereka mungkin boleh tapi kalau dah besar tak elok. Lepas tu saya cuba ubah topik. Kebetulan di meja rumah Haji Man ada beberapa rantai tasbih dan budak-budak ni tergerak nak bermain dengannya, saya pun mengajar mereka menggunakan tasbih sambil berzikir. Saya kata kalau selalu baca macam ni nanti Tuhan sayang kat kita. Saya tak nampak cara lain macam-mana nak tolong budak-budak ni. Kecik-kecik lagi fikiran mereka telah dirosakkan oleh orang tua yang tidak bertanggung-jawab. 

Sebenarnya masalah inses atau sumbang mahram ini telah lama berleluasa di Malaysia di kalangan masyarakat berpendapatan rendah. Ini bukanlah bermakna mereka lebih jahat dari golongan atasan tapi pucuk pangkalnya ialah gelora syahwat yang tidak dapat dikawal di zaman VCD lucah boleh didapati dengan mudah di merata tempat ditambah dengan sajian filem-filem termasuk dari Bollywood yang memperdagangkan gerakan dan susuk-badan perempuan yang menggoda disamping majalah-majalah yang mengagungkan pakaian yang singkat dan potongan badan yang mencabar keimanan. Golongan yang lebih berduit mampu melampiaskan nafsu dengan mencari perempuan di luar lingkungan keluarga menggunakan modal yang ada sementara golongan berpendapatan rendah (kecuali mereka yang mempunyai bakat kasanova yang terserlah) terpaksa menelan air liur sebelum terperasaan anak yang meningkat remaja juga mampu memberi kepuasan yang diidam-idamkan. Kebetulan pula masyarakat berpendapatan rendah atau golongan marhain merupakan golongan terbesar dari segi jumlah penduduk. Jadi masalah ni nampak begitu besar sekali. 

Memang masalah ini masalah besar lebih-lebih lagi ia dikerjakan orang yang mengaku Islam. Tapi orang yang mengkritik nampaknya kurang memperhatikan akar yang menyebabkan perkara ini berlaku. Kalau nak diulas memang banyak. Salah satunya ialah bila keluarga yang besar terpaksa berkongsi bilik akibat tidak mampu duduk di rumah yang lebih selesa. Ini selalu berlaku di kawasan flat murah. Dalam keadaan adik-beradik lelaki perempuan tidur bersebelahan, tidak dapat tidak syaitan akan mencucuk jarum supaya mereka mula meneroka dan membibitkan maksiat. 

Lepas tu


Nota : Penulisan terhenti setakat perkataan "Lepas tu".


Tiada ulasan:

Catat Ulasan