Selasa, Disember 12, 2006

Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 3

Sudah jadi adat berforum, mesti akan termasuk bermacam jenis perbincangan yang kadang-kala membawa lari langsung sesuatu topik jauh ke arah subjek yang lain. Seringkali juga termasuk elemen gurau senda yang memakan beberapa mukasurat perbincangan sebelum ia reda lalu subjek serius dapat ditemui kembali. Adapun artikel bertajuk "Mencari Makam Raja Ahmad" bahagian 1 dan 2 disedut daripada mukasurat 59 thread "Berpetualang ke Aceh" di dalam Forum CVT... Sambungannya iaitu cerita dalam posting ini bermula daripada mukasurat 84 pula! Begitu jauh topik ini lari sebelum dapat disambung kembali... 

Apapun, teruskan membaca! Cerita ini bersambung setelah saya selesai menziarahi makam Sultan Abdullah I di Teluk Intan kemudian bersantai sebentar di warung majlis perbandaran sambil melayari Internet menggunakan line wi-fi free sampai hampir terlupa arah tujuan perjalanan hari itu! Sampai melepasi jam 6 petang lalu tidak ada lagi perkhidmatan bas menghala ke destinasi yang ingin dituju... :] Maka aku pun naik teksi pi Matang Pelandok... Sampai sana tanya orang, takda sorang pun tahu ada makam kat area tu... Rupanya kena pegi depan sikit, ada le 3 batu ke depan... Baru le jumpa signboard yang sebut ada makam Raja Ahmad dan beberapa orang Sultan kat dalam... Lupa plak nama tempat tu tapi bukan yg ini...

Signboard yg ini tu kat tempat lain, jauh sikit lagi menghala ke Kampung Gajah dari jalan Teluk Intan... Signboard yang aku jumpa petang tu, aku tak tergerak plak nak snap gambo. Masa petang tu, aku tak tahu pun ada jalan lagi elok yang ada signboard seperti yang tertera kat atas tu... Tempat yang aku sampai petang tu ada sign-board yang tak tunjuk jarak makam-makam tu berapa jauh... Setakat tulis nama Sultan-sultan dan Raja yang disemadikan... Aku pun tanya le orang kat tepi jalan... Pas tu teksi pun bawak masuk ke dalam...

Setelah masuk sekitar 1 batu lebih, jalan menjadi semakin kecil dan pecah-pecah, semak kiri-kanan... Perjalanan diteruskan dengan pemandu teksi mula gelisah... Maklumlah kawasan kampung dah tak nampak, dah mula masuk estet dan belukar sedangkan langit dah mula kelam masuk Senja... Jumpa plak simpang jalan merah macam jalan bendang tu, satu ke kiri, satu ke kanan beserta jalan terus ke hadapan yang semakin kecil dan buruk... Dah... Pemandu teksi makin tak boleh duduk diam... Betul ke jalan ni? 

Aku plak nampak macam ada bangunan rumah ke hapa warna biru ke kanan... Aku cakap, pakcik meh kita tengok sebelah kiri... Pakcik tu memang nampak risau, aku pun cakap... Tak pa le... Nanti aku tambah le bayor duit tambang ikut yang sesuai... Pakcik pun bawak teksi masuk kiri sampai ke penghujung jalan tanah merah style bendang tu... Rupanya ada bangunan loji air kecik, nasib baik ada orang mancing, boleh gak tanya direction pi makam kat mana... Rupa-rupanya kena jalan straight je tadi... Apapun, dipendekkan cite, setelah masuk lagi berbatu ke dalam dan dah nak masuk pukul 7 petang, kami pun sampai ke simpang tiga... Di depan tu dah Sungai Perak... Eh... Rasanya aku dah post sikit le cite ni... Sat, biar aku carik balik...

Hokek... Jumpa dah... Kat mana hang tau... Kat page 46 woo... Nasib baik aku terror research, dapat jugak carik kat mana... Heh! Ni, biaq aku copy n paste balik lah yek... Cite tu ditulis malam itu juga setelah aku keluo kawasan tu lalu port sehelai-sepinggang kat Kampung Gajah plak...


(Posted: 12 September 2006 at 11:48pm) A'kum! Sekali lagi, salam petualang daripada hamba yang sedang di perantauan. Adapun ketika ini, hamba sedang melepak di Kampung Gajah akibat tersangkut dalam perjalanan. Maka malam ini akan jadi kali ketiga le hamba bermalam di dewan makan Masjid Jamek Kampung Gajah, kali pertama hampir dua tahun lalu kerana perkhidmatan bas ke Teluk Intan sudah tamat, kali kedua dalam sebulan lepas, sama jugak sebabnya tapi sudah dijangkakan dan dah bersedia tido di sini. 

Bezanya, kali ini hamba datang sehelai sepinggang je... Tuala pun takda. Tu yang terpaksa pakai sejadah yang orang tinggalkan kat serambi masjid untuk mengibas-ngibas badan mengeringkan air setelah mandi malam di masjid tadi. Apapun, masih kira baik le berbanding hari Sabtu hari tu bila hamba ditinggalkan rombongan keluarga yang menuju ke Matang untuk pengkebumian jenazah Ngah Ibrahim, akibat leka berbual dengan buah-hati yang datang dari KL ke Bukit Chandan untuk menyaksikan pengkebumian jenazah Laksamana Muhammad Amin di kawasan permakamana diraja Perak. Masa tu, aku pakai baju hitam complete ngan samping n songkok... Pelik muka orang tengok aku bila ada sedara tu turunkan kat bus station Kuala... Dah nampak macam mamat mana pulak ni lari lepas nikah.... 

Nasib baik le dapat contact member lama aku kat Lenggong yang dah 8 bulan tak jumpa... Dapat le lepak sana ngan tuko pakaian yg lebih selesa, siap sempat gi Ipoh tengok Perak kalah ngan Perlis 2-1 ! Adapun hari ini, atas saranan seorang bapa saudara dahulu, hamba berhajat untuk menziarahi Makam Raja Ahmad, katanya kat area Matang Pelandok. Sebulan dulu, pakcik aku ada bagitahu, singgahlah kat makam tu... Pas tu dia kata, makam tu dijaga oleh harimau untut satu kaki atau Tok Tepok tapi aku belum tergerak lagi. La ni baru le rasa nak ke sana kerana ada cite lama yang nak dirungkai. 

Aku keluo daripada rumah pakcik kat Batak Rabit tadi jam 11 pagi gitu lalu ke Teluk Intan. Sempat le numpang wi-fi Internet kat gerai Majis Perbandaran pas tu lepas masjid sat sementara recharge laptop, bersolat dan berdoa dan tunggu hujan henti kemudian ziarah Makam Marhum Durian Sebatang (Sultan Perak ke 22). Pas tu aku masuk Internet lagi kat gerai, sedo tak sedo dah masuk pukul 6 petang. Nak ke Makam Raja Ahmad tu kena naik bas ke Kampung Gajah sedangkan bas dah takda lagi, ada pun cuma satu bas je yang dok ulang-alik dari Teluk Intan ke Kampung Gajah... Aku pun termenung sat... Camani ni? Lepak punya lepak dah masuk pukul 6.30 petang. Last-last ambik je teksi walaupun tambang kena RM20. 

Apahal pun aku musti bergerak keluar daripada Teluk Intan, sampai ke tak sampai destinasi, itu lain cite... Dipendekkan cite, orang Matang Pelandok pun tak tahu kat situ ada makam.... Rupanya depan sikit kat Pulau Beso gitu, ada sign-board beritahu kat situ ada dalam 4 makam Sultan Perak, tanya orang, masuk dalam, tersilap masuk jalan tanah merah sampai drebar teksi Melayu tu dah mula hilang sabo... Nasib baik jumpa jalan tapi sampai kat simpang tiga yang mengadap Sungai Perak, drebar tak nak masuk lagi... Nampak gaya macam takut je, ye lah dah nak masuk Maghrib masuk kat tempat jin bertendang... 

Aku plak terpaksa le bayor RM35 memandang drebar pun dah susah-payah... Pas tu menapak le dalam kesamaran senja... Jumpa satu masjid lama tinggal yang orang tak pakai. Ingat nak tido kat situ tapi bila fikir balik, eletrik takda OK lagi... Takut air takda sedangkan aku ni jenis membuang air beso malam-malam... Susah tu... Lagipun belum jumpa makam, jadi teruskan perjalanan... 

Sampai satu ketika, muncul seekor helang sebeso budak 5 tahun daripda celah pokok, duduk kat tengah jalan mengadap aku pas tu terbang naik atas pokok. Aku terus berjalan sampai le jumpa makam Sultan Perak ke 19, Sultan Abdul Malik... Singgah sat hadiah Fatihah pas tu jalan lagi... Masa tu dah pukul 7.10 pm gitu... Jauh le jugak jalan lagi, terserempak pulak dua budak muda naik moto lawan arah... Tanya depa ada tak makam kat depan lagi.. Depa keruk kepala pas tu sorang kata ada lagi sikit kat depan... 

Aku pun naik balik semangat, jalan laju sikit pas tu jumpa le makam... Tapi kali ni aku terus menyumpah... Apa taknya, kubur si celaka J.W.W. Birch siap bertanda salib lagi... Tapi aku fikir balik, mungkin ada sebab gak aku jumpa tu, so ambik gambo daripada luar je le, tak nak masuk ke dalam... Break sat...

OK... Sambung balik... Budak-budak tu ada sebut, kalo jalan terus bole keluo balik jalan beso... Aku pun terus jalan, sempat lalu beberapa buah rumah tinggal... Rupa-rupanya lebih 100 tahun dulu, kawasan tu sebenonya agak pesat ngan penduduk, namanya pun Bandar Baru walaupun sekarang tinggal hutan ngan estet kelapa sawit je... Jalan punya jalan, dekat pukul 8pm terserempak pulak lori ngan tiga orang muda tengah punggah kelapa sawit... Tu yang aku dapat tumpang, asalnya mintak sampai keluo ke jalan beso sebab nak cari kedai makan... Depa kata kedai makan kat area dekat-dekat dah tutup, yang ada cuma kat Kampung Gajah dekat 10km lagi sedangkan depa nak pegi Pulau Juar dalam 4-5 km gitu... 

Alhamdulillah, depa tu baik hati, hanto aku terus sampai Kampung Gajah sebab kesian aku tak dapat nak makan agaknya... Itu le sebab malam ni aku ada kat sini... Ni aku cite ni daripada Internet Cafe kat Kampung Gajah le ni... OK... Kita biar cite ni tergantung dulu yek... Besok aku kena pegi Pulau Beso balik sebab tak sampai lagi Makam Raja Ahmad. A'kum!


4 ulasan:

  1. salamssss .. .. menarik sgt artikel nie .. .. intipatinya memang menarik .. .. tambah pula dengan pelbagai keadaan yang diolah menjadi ayat yang membuatkan sy terhibur dan bosan untuk membacanya .. .. menarik bab helang .. .. bab kubur yang kena sumpah tu .. .. ahah .. .. selamat mengembara merah silu!! .. ..

    BalasPadam
  2. maaf .. .. maksud sy sebenarnya tak bosan untuk membacanya .. .. typing error .. .. ahah .. ..

    BalasPadam
  3. satu sketsa sejarah kesultanan melayu perak yang hebat sekali....memang patut utk dibanggakan....terutama sekali tentang betin beras basah yg menjadi tempat penentuan seorang raja yg hendak menjadi Sultan. Betin yg berada ditengah laut hanya boleh dipergi pd bulan penuh sewaktu air pasang besar,,,,waktunya ialah sewaktu matahari mula condong(asar) hinggalah ia terbenam (maghrib).
    Upacara dimulakan oleh pawang diraja....kalau naik bot mesti ada sampan supaya senang utk menghampiri betin....takut enjin bot sangkut pada dasar bila betin timbul.
    Betin adalah istilah sebagai pasir,manakala Beras semua org tahu warnanya putih,lebih2 lg jika dibasuh....itulah gambaran Betin Beras Basah yg hanya akan timbul dari tengah laut bila diperlukan utk pertabalan seorang Sultan....bayangkan pasir yg duduk didasar timbul dgn warna yg putih bersih....
    HANYA.........
    akan timbul jika anda adalah orang yang terpilih untuk menjawat jawatan itu.
    Jika tidak
    lebih baik jgn pergi utk kebaikan....tepi pantai bolehle buat main2.......tengah laut jgn cari pasal.
    Tips..
    sebelum pergi seorang raja hendak merasa air laut dalam laluannya itu....jika rasanya masin
    Baik patah je balik
    Tapi
    kalau rasa payau/tawar, beerti kedatangan anda dialu alukan oleh
    Kerajaan Jin Daulat.
    Inilah tanda setuju dari pihak alam ghaib dengan pemilihan manusia alam nyata yg dipilih untuk menjadi pemimpin/khalifah ataupun Sultan....dengan menimbulkan Betin Beras Basah yg dapat dilihat jika org itu layak utk dipilih.
    Hanya sekali shj dlm badan ada nyawa dapat melihat tempat ini....
    Dalam Al quran firman Allah
    SESUNGGUHNYA SELEPAS NABI MUHAMMAD,TIADA LAGI NABI YANG AKAN DIUTUSKAN UNTUK KAMU
    TETAPI AKAN AKU PILIH SALAH SEORANG DARI KAMU UNTUK DIJADIKAN KHALIFAH UNTUK MEMIMPIN KAMU SEMUA.
    .
    ..
    ...
    ....
    bukan pakai undi ye/undi pos ke atau ikut pusingan ke atau sebab dia nama raja ke atau sebab dia billionare ke....
    semua itu tidak boleh untuk membuat Betin Beras Basah timbul
    Tempat yg sesuai dgn firman Allah
    Maka jika timbullah Betin....beerti alam ghaib setuju dgn pemilihan anda sebagai pemimpin dan kerajaan mereka akan bernaung dibawah pimpinan anda
    Secara tak langsung menjadikan anda/pemimpin/sultan seorang yang berdaulat dimukabumi ini,barulah tugas anda akan menjadi lancar serta negeri pimpinan anda akan aman,makmur,sentosa dan tiada bencana atau malapetaka yg menimpa
    Timbulnya Betin adalah bukan sekadar untuk menabalkan seorang Khalifah Allah........
    Tapi ianya juga sebagai tanda masih ada lg orang yang ber IMAN kepada Allah untuk mahluk alam ghaib bernaung....akan bersambung jika ada 9 permintaan

    BalasPadam
  4. https://donovanhkki58148.blogars.com/3042275/
    продвижение интернет магазина в топ


    @kkk

    BalasPadam