Isnin, November 13, 2006

Satukan kembali dan selamatkan umat Islam!


Sabda Rasulullah SAW: "Akhir zaman nanti akan sampai masa umat Islam disembelih di mana-mana dan kamu tidak boleh berbuat apa-apa."

Tanya para sahabat: "Apakah kerana umat Islam itu sedikit ya Rasulullah?"

Jawab Nabi: "Tidak. Bahkan mereka ramai ibarat buih-buih di lautan. Tetapi mereka terkena penyakit Wahan!"

Para sahabat pun bertanya, "Apakah penyakit Wahan itu ya Rasulullah!"

Kata Nabi: "Cintakan dunia dan takutkan mati..."

Pembaca yang dihormati sekalian, sedarkah anda akan fitnah zaman yang sedang melanda umat Islam daripada seluruh penjuru sekarang? Sedarkan anda, sudah lama wujud usaha untuk memperlekehkan lalu menenggelamkan cahaya syumul Islam dan usaha yang dirintis para Zionis proksi Dajjal yang mendapat naungan Iblis ini sudah hampir sampai ke kemuncaknya?

Tidak perlulah saya panjangkan apakah maksud perkataan "hampir ke kemuncak" itu. Cukuplah diberitahu, sesekali, cubalah keluar daripada kepompong alam khayalan masyarakat ceria macamlah dunia ini tidak ada penghujungnya kecuali bersuka-ria semata dan perhatikan segala isyarat yang menunjukkan akan kemungkinan besar kemusnahan global yang akan datang sebelum penaklukan secara total dunia ini oleh golongan tertentu. Sekali-sekala, cuba buat kajian sendiri apakah itu Freemason dan Illuminati, apakah itu Protocols of the Elders of Zion... Apakah rancangan mereka? Bagaimanakah Perang Dunia Pertama dan Kedua terletus dahulu. Apakah makna sebenar Peristiwa September 11 2001 yang menyaksikan menara berkembar World Trade Centre di New York hancur menyembah bumi?

Dunia informasi ICT langit terbuka luaskan terbentang di depan mata? Dengan satu klik sahaja, segalanya mampu ditatapi dan dikaji, cuma kita sahaja yang perlu melihat dengan matahati yang terbuka... Sesungguhnya yang menutup matahati tadi tidak lain tidak bukan penyakit Wahan yang disebut baginda Rasulullah SAW... Cintakan dunia, takutkan mati! Manakan tidak, zaman sekarang ini cukup senang untuk membuat seseorang itu senyap dengan ugutan berserta insentif "hadiah" jika kita akur dan sanggup mengenepikan kebenaran. Maka jadilah seperti tawaran Dajjal... Pilihlah, kamu mahu syurga (diberi rasuah, betina dan sebagainya) atau neraka (diugut, disiksa, dibunuh kalau mendedahkan kebathilan).

Lalu jadilah manusia itu terlalu "pandai" sehingga kuman di seberang laut boleh nampak, gajah di depan mata pula yang tidak kelihatan. Ingat! Seluas-luas bumi Allah yang penuh nikmat aneka ragam warna dan flora fauna kehidupan ini akan jadi kabur hanya kerana sedikit habuk yang menutup pandangan mata... Fikir-fikirkanlah!

Di sini biar saya hidang lagi sedutan daripada buku "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti". Walaupun penceritaan sedutan ini lebih mengarah kepada perjalanan watak utama cerita untuk mengkaji sebuah lagenda lama, di sebalik semua ini terselit isyarat akan keadaan zaman yang semakin genting sehingga ada yang terpanggil untuk mengorbankan segala kesenangan demi mencari jalan penyelesaian. Bacalah!...


Rasyid mula tahu tentang kewujudan Keramat Kuala Bidor apabila tergerak untuk mengorek daripada almarhum nenek cerita-cerita lama tentang Perak. Sebelum itu, dia tidak mahu mengambil tahu cerita-cerita sebegini malah pernah dicop keluarga sebagai seorang yang westernised, terlalu keBaratan sehingga tidak mengenal budaya bangsa sendiri... Mungkin kerana pengaruh pengajian empat tahunnya di London dahulu?
Muhammad Al Aminul Rasyid juga pernah berbangga dengan kepintaran semulajadinya mengupas pengajian Barat seperti falsafah Socrates dan Plato yang ‘ditelan’ bulat-bulat. Buku-buku ideologi Mat Saleh seperti Das Kapital dan Communist Manifesto oleh Karl Marx, Wealth of Nations oleh Adam Smith juga The Prince karangan Nicolo Machiavelli, pemikir strategi politik Itali yang terkenal dengan ungkapan “The ends justifiy the means”, matlamat menghalalkan cara yang menjadi ungkapan azimat ramai orang politik pernah turut menjadi ‘makanan’ hariannya.
Pemuda itu juga memiliki sedikit ‘wajah Barat’, Jika semasa kecil dahulu, dia sering terasa malu kerana kulit putih kemerahan dan rambut keperangannya menyebabkan dia sering diejek sebagai “Mat Saleh Celup”, keadaan itu menjadi terbalik apabila memasuki zaman remaja. Rupa paras yang pernah menjadi bahan ejekan dan gurauan kawan bertukar menjadi aset pujaan remaja perempuan sedangkan ramai lelaki Melayu pula sibuk untuk memutih dan melicinkan kulit serta mewarnakan rambut supaya kelihatan seperti orang Barat yang dianggap lebih segak dan kacak.
Rasyid mula “naik syok” apabila sering dipuji memiliki rupa paras Orang Putih terutama oleh gadis-gadis cantik walaupun sejarah keluarga menunjukkan dia tidak memiliki darah Mat Saleh. Maka itu anak kelahiran Muar, Johor ini merasa tidak perlu lagi mengambil tahu cerita-cerita lama Melayu yang sering dianggap legenda dan mitos semata. Walaupun semasa kecil dahulu dia selalu terpesona dengan kisah-kisah lama seperti Hikayat Merong Mahawangsa dan Hikayat Inderaputra, di samping dongeng Barat tentang dewa-dewa rakyat Greek seperti Zeus dan Aphrodite, juga dewa-dewa Viking atau Norse Gods seperti Odin, Thor dan Loki kerana minat terhadap cerita-cerita berunsur kesaktian dan magic.
Pendiriannya cuma berubah apabila perasaan keMelayuan mula meresap kembali ke dalam dirinya, perasaan halus syahdu yang dicetus CD lagu-lagu M.Nasir nyanyian Hattan terutama “Lagu Cenderawasih” yang mempunyai semacam getaran mistik keMelayuan pada satu pagi buta semasa sedang mencuci serombong dapur di sebuah restoran Melayu. Ketika itu, tahun 1995, Rasyid sedang menuntut di tahun akhir pengajian tetapi terpaksa membuat beberapa kerja seperti menyusun buku di perpustakaan universiti, menyediakan makanan, melayan pelanggan dan mencuci periuk-belanga di kafetaria University of London Union di samping menyampaikan leaflet kepada orang-ramai di hadapan kedai buku Dillon’s bersebelahan, semuanya untuk menampung perbelanjaan hidup kerana pembiayaanya telah ditamatkan akibat melanggar kontrak penaja...
Malangnya, apabila kembali ke tanah air, dia terjebak lagi dengan suasana keBaratan yang mengenepikan nilai-nilai murni Islam dan keMelayuan. Tugas sebagai wartawan akhbar terkemuka sering membuat pemuda itu leka dengan majlis-majlis berprestij yang disertai pergaulan bebas, dihiasi wanita-wanita cantik, glamour dan mengghairahkan ditambah pula air kencing Syaitan yang mengalir tanpa batasan. Bayangkan parti eksklusif Formula One di kelab-kelab malam terkemuka ibukota yang dihadiri orang-orang terpilih. Dengan wanita bertaraf model yang selalu menghiasi acara-acara perlumbaan kereta turut serta melayani tetamu, segalanya ditaja syarikat-syarikat yang inginkan publisiti meluas. Tetapi dengan tidak disangka, selepas lama bergelumang dalam dunia hiburan langit terbuka zaman Internet penuh ‘kebebasan’, Rasyid mendapat sebuah mimpi ganjil yang memaksanya mengkaji cerita-cerita lama Perak seterusnya Aceh dan hal-hal berkaitan sehingga tertulislah buku ini...
Pada mulanya Rasyid tidak mengendahkan mimpi ini. Ketika itu, dia telah tiga tahun berkhidmat sebagai wartawan sukan, sedang sibuk membuat liputan terutama acara hoki, sukan berkuda dan permotoran. Tetapi Peristiwa 11 September 2001 yang menyaksikan dua buah kapalterbang penumpang melanggar menara berkembar World Trade Centre di New York menyentaknya kepada mimpi yang berlaku sebulan sebelum itu. Seolah-olah ia berkait rapat dengan peristiwa yang diyakininya adalah tanda bermula serangan besar-besaran Yahudi Zionis ke atas umat Islam yang bakal menyaksikan Perang Dunia keTiga meletus tidak lama lagi, ada kena-mengena pula dengan peristiwa-peristiwa akhir zaman yang pernah disebut Rasulullah SAW lebih 1,400 tahun dahulu.
Sebelum itu, dia pernah terbaca risalah Protocols of the Elders of Zion yang ditemui secara tidak sengaja semasa melayari Internet di pejabat, satu set protokol yang mengandungi rancangan terperinci untuk menakluki dunia demi menerbitkan sebuah kerajaan besar sedunia yang dikenali sebagai The New World Order. Rancangan yang diilhamkan intelektual Zionis dahulu ini turut menyenaraikan penguasaan segala bentuk media massa - suratkhabar, berita, rencana, siaran radio, program TV, hiburan dan filem-filem Hollywood untuk membentuk masyarakat leka yang mindanya senang dijajah, disertai galakan meluas terhadap sistem kewangan berasaskan riba’ yang dipelopori the international bankers juga sokongan terhadap bakal tokoh-tokoh politik yang bijak dan berkarisma seluruh dunia tetapi kurang bermoral lalu boleh dicucuk dan ditarik hidungnya oleh Yahudi.
Pemuda yang sudah mula berjinak balik dengan tikar sembahyang itu juga telah mengenali Freemason, rangkaian yang mengaku berdiri di atas prinsip persaudaraan manusia sejagat untuk menerbitkan ketamadunan insan mulia tetapi sebenarnya bergerak secara underground untuk menjayakan rancangan Protocols. Rangkaian ini disokong pula oleh Illuminati, kumpulan elit yang terdiri daripada para bijak pandai, kaya raya dan berkuasa seluruh dunia tetapi tersembunyi seperti watak bayang-bayang yang mendokong segala komplot dalam siri televisyen popular The X-Files.
Pandangan pengasas syarikat gergasi kereta Henry Ford dalam bukunya The International Jews yang memperincikan taktik Yahudi menguasai sistem kewangan Amerika awal abad ke 20 menguatkan lagi kewujudan rancangan teliti Zionis untuk menakluki dunia. Hati kecilnya pula berkata perkara ini telah dibayangkan secara tersirat dalam mimpinya dahulu...
Lebih seminggu Rasyid gelisah tertanya-tanya apakah makna semua ini. Mengapa dia merasakan Perang Dunia Ketiga yang menurut satu dokumen mengenai Illuminati adalah perang besar terakhir yang dirancang sebelum mereka dapat menakluki dunia amat dekat sekali. Malah mungkin perang itu telah pun bermula dengan peristiwa 11 September. Sepertimana Perang Dunia Pertama dan Kedua yang meragut berpuluh-puluh juta nyawa bermula dengan konflik bersenjata kecil di Eropah Timur sebelum merebak beberapa tahun kemudian ke seluruh dunia.
Akhirnya pemuda ini tidak tahan lagi. Hati kecilnya berkata cuma nenek, bonda kepada ayah sahaja yang mampu menghuraikan makna mimpi itu dan apa yang sedang berlaku terhadap dirinya. Selama ini, dia lebih rapat dengan keluarga sebelah ibu tetapi tetap akan kembali ke kampung sebelah ayah sekurang-kurangnya setahun sekali. Kecuali semasa menuntut di England dan tiga tahun kebelakangan.
Entah bagaimana, Rasyid boleh mendapat cuti seminggu tanpa banyak soal. Selalunya bukan senang hendak mendapatkan cuti lama di meja sukan lebih-lebih lagi SEA Games 2001 akan dilangsungkan di ibukota tidak sampai sebulan lagi. Maka selepas tiga tahun tidak menziarahinya, pemuda itupun bergegas balik ke rumah nenek.
Sampai sahaja di sana, nenek telah bersedia menyambut mesra. Wanita yang telah melepasi umur 70an itu tetap seperti dahulu, dengan senyuman manis tidak pernah lekang di bibir dan mata redup bercahaya, masih suka berkain batik dengan baju kurung Kedah. Walaupun cucu sulungnya sudah lama tidak menjenguknya, nenek tidak pernah berkecil hati. Malah airmukanya kelihatan lebih senang daripada dahulu, seolah-olah memang menunggu dan menjangkakan kedatangan anak muda itu.



Sila poskan pandangan anda melalui comment atau ikutilah perbincangan di
  • BERPETUALANG KE ACEH
  • 2 ulasan:

    1. Assalamualaikum wrt...

      Saya tertarik dengan cerita diatas.cuma yang saya ingin tahu apakah mimpi tersebut?kalau saudara tidak keberatan bolehkah ceritakan pada saya?saudara boleh hantar email di khalifah114@yahoo.com

      BalasPadam
    2. Wassalam. Cukuplah dikatakn mimpi tentang satu rombongan istana mencari saya kerana meminta sesuatu... :]

      BalasPadam