Ahad, November 12, 2006

Apa-apa aje le...


Lima perkara asas yang perlu diperhatikan wartawan dalam mengarang berita - apa, bila, di mana, mengapa, bagaimana... Apakah yang berlaku, rumah terbakarkah apa? Bila berlaku, semalamkah, sejam lepaskah? Di manakah peristiwa itu berlaku. Kemudian barulah dipanjangkan mengapa dan bagaimana ia berlaku... Atau kita mungkin tidak tahu langsung mengapa dan bagaimana sesuatu itu berlaku lalu kita berteka-teki atau membiarkan sahaja ia terus menjadi misteri. Apapun, rasanya tidak akan ada orang yang bertanya mengapa sesebuah rumah itu terbakar. Kerana "mengapa" selalu dikaitkan dengan sesuatu perbuatan yang disengajakan. Mana ada orang sengaja membakar rumah? Kalau berlaku pun selalunya ia terjadi kerana perbuatan khianat, misalnya kerja samseng yang inginkan tuan rumah meninggalkan tanah... Atau kerja orang gila?Maka itu soalan yang lebih sesuai adalah bagaimana rumah itu boleh terbakar... Apakah ada suis yang short-curcuit, mungkin?


Adapun saya timbulkan lima perkara asas ini bukan apa... Sahaja suka-suka mahu mengajak pembaca santai bersama meneroka dunia pemikiran seorang insan yang baru dikenali sebagai MerahSilu dalam dunia cyber sejak 5 bulan kebelakangan... He! He! Siapa lagi kalau bukan saya sendiri... He! He!. Walaupun insan ini sudah mengenali dunia cyber lebih 24 tahun lalu, semasa berumur 12 tahun pun pernah mencipta perisian komputer sendiri, cuma baru tahun inilah tergerak untuk aktif terutama melalui wadah perbincangan bernama Forum CVT. Oleh kerana forum ini menghendaki setiap peserta mendaftarkan satu nick-name, maka nama MerahSilu pun dipilih. Begitulah ceritanya...

Kenapa MerahSilu? Apakah maknanya? Bila dan di mana sudah terjawab di atas. Yang lain Insyaallah akan diceritakan sedikit demi sedikit.

Secara ringkas, Merah Silu (ejaan sebenarnya tidak ada space ya....) adalah nama seorang raja yang hidup lebih 700 tahun dahulu di Aceh, seorang raja yang paling awal memeluk agama Islam di bumi Melayu ini... Dan nama ini juga digunakan sebagai nama syarikat penerbitan kecil iaitu Wasilah Merah Silu Enterprise. Syarikat ini pula didaftarkan sebagai wadah persendirian untuk menerbitkan buku bertajuk "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti." sebuah buku yang mungkin sedikit kontroversi kerana tafsiran tersendirinya terhadap sejarah Melayu dan Islam yang meliputi tempoh tidak kurang 1,200 tahun.

Saya terpaksa berbuat begini kerana tidak mahu terikat dengan apa-apa syarat seperti yang terpaksa diakuri jika buku itu diterbitkan syarikat lain, salah satunya terpaksa membuang perkataan "Berpetualang" dalam tajuk buku kerana menurut mereka ia tidak sesuai dengan sentimen masyarakat tempatan Malaysia. Dan syarikat penerbitan yang established secara rata tidak berani mengambil risiko mengeluarkan buku yang melawan arus pemikiran zaman... Maka jika ia diterbitkan di tangan orang lain, kemungkinan besar banyak isinya terpaksa dihilangkan, paling kurang pun ditawarkan sehingga hilanglah kesan penghayatan yang diharapkan.

Nanti saya akan panjangkan cerita ini juga cerita-cerita berkaitan dengan meletakkan sedutan-sedutan daripada buku "Berpetualang ke Aceh" OK! Buku yang dinukilkan dalam bentuk novel sejarah Melayu Islam setebal 300 mukasurat dengan saiz A5 (seperti kertas A4 dilipat dua) ini telah berada di pasaran sejak Jun dan boleh didapati di kedai-kedai buku terpilih seluruh Malaysia terutama MPH dan Popular Bookstores. Harganya cuma RM24.90, cukup murah berbanding dengan isi yang terkandung di dalamnya... Kalau tak percaya, tengoklah sendiri!

Apapun, tulisan ini sekadar pengenalan sahaja.... Kalau ikut bahasa muda-mudi sekarang ni kira seperti ucapan hi! aje le... Selepas ini saya akan berikan sedikit mukadimah pengenalan buku tersebut. Semoga ia memberi faedah kepada kita semua, Insyaallah!

14 ulasan:

  1. best.. best.. tahniah bro...

    Teruskan usaha-usaha murni ini... Moga akan ada jemaah bersama-sama.. InsyaAllah... Usaha yang baik akan mendapat respons yang baik....
    Alhamdulillah... salawat dan salam buat junjungan besar rasul s.a.w. "Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la aali Muhammad"

    -deArcher

    BalasPadam
  2. Sure bro... Banyak benda kita boleh kongsi bersama. Semoga apa yang dibincang selama ini di forum dan sekarang akan dibawa atau dipanjangkan di blogspot ini memberi faedah kepada semua... Biar kembali Mim dalam Melayu itu lalu kita semua boleh melangkah dengan belikat kukuh yang disi zat besi kursani... Insyaallah!

    BalasPadam
  3. iskh... congratulation beb... atas blog tuan yg sedia tercipta. mungkin ini satu lagi langkah berterusan dari saudara yg bakal dapat menyampaikan apa yg terpendam dalam zahir dan batin... teruskan perjuang saudara

    albuyong...'kakitido'

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah....teruskan perjuangan ini, genggam bara api biar sampai jadi arang.

    AbuMukmin.

    BalasPadam
  5. hu yey yey!!

    gua support lu beb!!

    Kerapu

    BalasPadam
  6. Salam...

    Tahniah bro MS.Lu melangkah lebih jauh lagi...Teruskan!!!

    Jangan lupa lagu sifu M.Nasir "Tinggalkan satu peluru"

    Semoga terus berjaya...
    amin

    KEMBOJA

    BalasPadam
  7. Salam bro... hamba lebih tenang melayari blog bro ini dari melayari dunia 'sangkal-menyangkal' dalam CVT. Mungkin forumer di sana kurang perasan, ada di kalangan para Sufi-Sufi Allah sekadar melayari forum memerhati tingkah laku manusia.
    Maka benarlah pesan guru... 'hendak mencari iman harus ada ilmu, namun untuk beriman itu sendiri haruslah ilmu dinafikan'..

    Dan sesungguhnya......
    ''Mati itu jalan, ketenangan itu kekal, diri itu arahtuju,menyempurnakanya itu amanah besar''…..

    Teruskan dgn blog saudara ini...

    Salamzzz

    BalasPadam
  8. Terimakasih saudara... Tidak ada yang lebih berharga dalam dunia ini kecuali ketenangan, salam sejahtera. Maka apakah gunanya ilmu berjela kalau ia sekadar mendatangkan sengketa serta kecelaruan fikiran? Bukankah Iblis sendiri berasal daripada makhluk bernama Azazil yang paling tinggi ilmunya? Tetapi apa sudah jadi?
    Maka ingatlah kata-kata Rasulullah SAW sendiri, bukan amal yang mengangkat kamu naik ke syurga tapi rahmat Allah jua... Maka carilah jalan mendapatkan rahmatnya... Kalau ilmu itu menghalang perjalanan ini, maka pedulikan ia, buang semuanya ke tepi...
    Kadang-kadang, bila kita dah betul-betul jauh dan penat berjalan, baru kita sedar apa yang benar-benar penting dalam kehidupan ini... Maka itu banyak pahlawan tersohor sanggup menggantung pedang, raja-raja meninggalkan istana lalu hidup seperti fakir miskin hina-dina semata-mata untuk mencapai ketenangan sejati, salam sejahtera yang merupakan anugerah Allah semata... Fikirkan!

    BalasPadam
  9. hmmm..sedar tak sedar telah jauh kita berjalan..dan pengalaman membawa kita kesini..ada satu pertanyaan dr hamba kepada tuan ..apakah MIM yang Tuan maksudkan dalam sepanjang tulisan Tuan itu?

    BalasPadam
  10. Hmm... Bab Mim tu saya pernah terangkan dalam Forum CVT.
    Tak apa, nanti saya cerita lagi bila dapat gerak, insyaallah dalam posting seterusnya kat sini yek...

    BalasPadam
  11. orait tima kacih..ada bbrapa pertanyaan sebenarnya tp ini yg kuat ..dr sisi tuan ( dr kajian Tuan ) adakah mim yg dimaksudkan telah menepati/sampai/melengkapi/sempurna sesuai apa yg dikehendaki Allah sendiri ..maksud hamba dr proses yg telah brjln dr sejak zaman kembalinya Yang Terpuji ke sisiNya?

    BalasPadam
  12. bismillahirrahmanirrahim...

    alhamdulillah...ketemu juga aku dgn lamanmu...aper2 pon tahniah aku ucapkan kerana sanggup mengembalikan/menyedarkan mim yg semakin pudar......aku skang nie sedang berusaha mengumpulkan informasi ko dan kawan2 diforum utk dijadikan koleksi aku...semoga anak cucu aku x gelap hati.....
    wassalam

    BalasPadam
  13. Dah 15 tahun blog dan pemiliknya ini berjasa

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah. Sekadar perkongsian pengalaman dan luahan rasa. Sedar tak sedar ini menjadi kesinambungan usaha dan idealisma saya daripada zaman bekerja sebagai wartawan tahun 1995-2001 sebelum dirosakkan oleh pihak tertentu.

    BalasPadam