Sabtu, September 05, 2026

Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Siaran di Tiktok

OK. Ada lagi untuk disambung daripada artikel  Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Lawatan penutup pada Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69.



Perjalanan ke Aceh yang berlaku Jumaat hingga Isnin 28-31 Ogos 2026 telah menyaksikan sejumlah video dirakam isteri lalu dimuat naik ke Tiktok. Ia boleh dicapai melalui pautan-pautan berikut :-

1. Ziarah Aceh bersama Merah Silu 












































Jumaat, September 04, 2026

Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Lawatan penutup pada Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-69

Salam petang Jumaat 22 Rabiul Awal 1448 Hijriah. Sebelum keluar untuk menunaikan solat di masjid biar diselesaikan cerita  hari ke-4 dan terakhir perjalanan baru Aceh. Untuk itu 7 artikel sokongan telah disediakan di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART dan 4 di BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung daripada Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Makam Syiah Kuala dan hubungan Aceh-Perak.



Pagi Isnin 31 Ogos 2026. Ketika rakyat Malaysia sedang menyambut ulang tahun hari kemerdekaan Malaysia yang ke-69 kami mendaftar keluar dari hotel di Banda Aceh, setelah 3 malam menginap. 



Berpisah sebentar daripada kumpulan untuk dibawa ke pusat bandar oleh seorang rakan aktivis tempatan untuk menyelesaikan satu hal tertunggak.



Ini adalah untuk menaiki bangunan tertinggi di Banda Aceh malah bangunan tertinggi boleh dinaiki di seluruh Aceh. Setelah masuk 10 kali ke bumi "Serambi Mekah" sekarang baru dapat. Dahulu, setiap kali datang, ia sedang diperbaiki lalu ditutup kepada umum. Jadi bayangkan perasan apabali dapat naik ke atas. Lihat artikel  Up the tower in front of Masjid Baiturrahman diikuti Better views from the tower in front of Masjid Baiturrahman.



Di masjid ini pula baru berjumpa kembali dengan ahli rombongan. Lihat artikel Lawatan baru (New visit to) Masjid (Mosque of) Teungku Di Anjong diikuti Lawatan baru (New visit to) makam (tomb of) Teungku Di Anjong. Kalau ikut kehendak mahu sahaja dibawa bendera "Jalur Gemilang" bagi menyambut hari kemerdekaan Malaysia. Tetapi apabila memikirkan realiti politik setempat elok tidak. Ditakuti mengibarkan bendera boleh dituduh menyokong gerakan pemisahan Aceh. Apalagi memang ada rakyat Aceh sendiri menyatakan tanpa berselindung, lebih baik bergabung masuk ke dalam Malaysia daripada terus berada di bawah pemerintahan Republik Indonesia.



Tidak perlulah diterangkan mengapa boleh jadi begitu. Telah disebut banyak kali dalam penulisan-penulisan lama saya. Cukuplah dinyatakan baru ini timbul kontroversi apabila rakyat Aceh mengibarkan bendera sendiri yang katanya diwarisi daripada zaman kegemilangan Kesultanan Aceh. Atas sebab serupalah  perkataan "Kesultanan" harus digugurkan daripada sepanduk kumpulan kami  seperti disebut dalam artikel pertama siri, Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Pertama kali betul-betul memimpin rombongan. 

Oh, masih naik kereta rakan untuk ke tempat lawatan seterusnya. Beliau yang mengusahakan kereta-kereta sewa sejak beberapa tahun lalu pernah menjadi pemandu ketika saya dan isteri membawa beberapa orang kawan keluar mengembara. Lihat Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019.



Yang dilawat adalah sebuah muzium persendirian yang dikendalikan sejumlah anak muda Aceh.



Dikatakan koleksi artifak sebenar di sini telah mengatasi jumlah yang terdapat di muzium yang dikendalikan kerajaan. Lihat Lawatan baru (New visit to) Muzium (Museum of) MAPESA-Pedir.



Seterusnya naik kereta ke tempat ini sementara yang lain naik bas. Lupa nak cakap. Sejumlah daripada kami memakai t-shirt "Kembara Merah Silu". Isteri yang buat dan tempah lalu jual kepada ahli rombongan. Dua orang telah memakai lebih awal iaitu pada hari sebelumnya Ahad lalu tidak memakai hari Isnin.



Saya sempat melihat ke dalam masjid berdekatan sebelum mengikuti yang lain ke tarikan utama setempat berupa kapal besar yang ditolak Tsunami 26 Disember 2004 sehingga tersadai menghempap dan menghancurkan beberapa buah rumah. Lihat artikel Lawatan baru (New visit to) Masjid (Mosque of) Subulussalam, Punge Blang Cut.



Baru tahu kapal berasal dari Pontianak di Kalimantan Barat sebelum dipinjamkan ke Aceh. The Tsunami stranded ship and the muzium inside. 



Selepas itu baru kembali menaiki bas bersama rombongan.



Turun di suatu tempat di mana boleh menyewa motosikal atau membonceng ke satu tarikan.



Ia berupa kubah batu masjid yang dihanyutkan Tsunami ke tengah sawah padi. Lihat Lawatan baru (New visit to) Kubah Masjid Tsunami (Tsunami Mosque Dome).



Saya dan isteri atas motosikal/skuter yang dinaiki...



Laluan perjalanan seterusnya membawa ke tepian satu lagi tarikan. Tapi tak turun apalagi melihat ke dalam kerana hendak mengejar masa.



Di sinilah pihak saya pernah mengadakan satu acara ilmu bersama rakan-rakan aktivis Aceh. Lihat artikel Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). 
 


Kami dibawa lebih jauh ke barat sebelum menghala ke selatan.



Dari sebuah jambatan boleh kelihatan pemandangan yang katanya seperti di Switzerland.



Kami dibawa menyusur laluan tepian pantai menghadap Lautan Hindi sehingga ke tempat bernama Lhoknga.



Kemudian baru berpatah balik untuk makan tengah hari menghadap pantai. Lihat Lunch in front of the beauty that is Lampuuk beach.



Pergi pula ke masjid berdekatan, masjid yang terkenal dengan gambar menunjukkannya sebagai satu-satunya struktur masih utuh pada kala semua bangunan, rumah dan sebagainya di sekitarng habis ranap disapu Tsunami menjadi padang jarak padang terkukur. Lihat Lawatan baru (New visit to) Masjid (mosque of) Rahmatullah.



Dari situ terus bergerak ke lapangan terbang. Sejurus sebelum sampai singgah di kompleks pemakaman di tepian jalan. Lihat Lawatan baru ke (New visit to) makam (tomb of) Maharajalela Aceh.




Kami dijadualkan kembali ke Malaysia dengan penerbangan jam 5.20 petang waktu tempatan. Dipendekkan cerita hampir 2 jam kemudian baru berlepas. Saya dan isteri sampai ke rumah sekitar 90 km perjalanan selepas tengah malam.


Khamis, September 03, 2026

Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Makam Syiah Kuala dan hubungan Aceh-Perak

Pergi pada hari ke-3 perjalanan baru Aceh. Kali ini perlu menyediakan terlebih dahulu 9 artikel sokongan di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART dan 2 di BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung daripada Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Gunongan, sambutan Maulud dan macam-macam.



Dalam artikel sebelum ini ada disebut bahawa ketika sampai ke makam Sheikh Abdul Rauf Singkil, ulamak besar yang turut dikenali sebagai Syiah Kuala petang Sabtu didapati ia sudah ditutup. Oleh itu kami keluar esoknya pagi Ahad 30 Ogos 2026 dengan harapan besar dapat masuk ke dalam pagi pula.



Kami dibawa terlebih dahulu ke kawasan yang mengandungi dua buah pusat pengajian tinggi utama di Aceh.



Ini adalah Universitas Syiah Kuala (UnSyiah) dan Universitas Nurudin ArRaniri (UIAN) ke timur Banda Aceh.




Selesai itu tengok-tengok bas menuju ke barat Banda Aceh sehingga melepasi simpang ke makam Syiah Kuala.



Dimaklumkan untuk menjimatkan masa lebih elok pergi dahulu ke makam Sultan Iskandar Muda lalu turut menziarahi makam-makam berdekatan.



Saya menerima sahaja kerana melihat ada urutan sejarah dan gerak langkah yang boleh ditelusuri terlebih dahulu sebelum ke makam Syiah Kuala. Lihat artikel-artikel berikut :-








Dari situ ke kompleks makam lain yang agak berdekatan. Salah satu makam  boleh memberikan gambaran tentang keadaan sebenar makam Iskandar Muda suatu masa dahulu. Lihat Lawatan terbaru (Latest visit to) Kandang XII.



Seterusnya pergi ke kawasan yang menempatkan makam sejumlah pejuang dari Turki yang dihantar untuk membantu Aceh mengekang pengaruh Portugis di Alam Melayu hampir 500 tahun lalu. Mereka turut membina akademi pengajian perang dan Iskandar Muda pernah menimba ilmu di situ. Lihat Lawatan terbaru ke (Latest visit ke) kompleks pemakaman (tomb complex of) Bitai.



Di sini berpeluang mendengar cerita seorang keturunan yang terselamat daripada Tsunami yang melanda 26 Disember 2026 walau ditenggelami dan dihanyutkan ombak setinggi entah berapa meter. Beliau memberitahu ketika ombak besar menghampiri mendapat bisikan agar membaca nazam yang biasa diamalkan. Ia pun dinyanyikan buat kami.



Sampai masa untuk makan tengah hari singgah dahulu ke tempat ini. Lihat Bright day in Uleelheue.






Tempat makan terletak hampir bersebelahan masjid ini lalu saya pun singgah untuk menunaikan solat. Lihat Lawatan siang ke (Daytime visit to) Masjid (Mosque of) Baiturrahim, Aceh 2026.



Selesai makan kami semua diturunkan di kawasan utama membeli belah di pusat Banda Aceh.



Selepas menemani isteri dan kawan-kawan ke beberapa kedai saya  'membawa diri".



Saya mahu bersendirian di masjid utama Aceh yang terletak berdekatan. Dapatlah mengejar bacaan beberapa muka surat lagi Al-Quran untuk proses pengkhataman bulan Rabiul Awal. Lawatan siang ke (Daytime visit to) Masjid (Mosque of) Baiturrahman, Aceh 2026.



Oh. Untuk perjalanan Aceh kali ini dibawa keris Patani yang dibeli di Muzium Al-Quran pertengahan tahun lalu. Lihat artikel lama Jejak Langkasuka 2025 - Dari Padang Besar ke Narathiwat, Saiburi dan Pattani. Sebetulnya isteri yang pilihkan walau dalam hati sendiri ada terbetik untuk memilihnya, daripada beberapa bilah keris yang dimiliki kini. Terasa seperti hendak mengesahkan telahan bahawa ada moyang yang berhijrah dari Aceh ke Patani sebelum masuk ke Perak.



Selepas selesai membeli belah rombongan dibawa kembali ke hotel untuk berehat sejam dua. Apabila lawatan disambung kembali tiba-tiba dimaklumkan akan dibawa ke makam Syiah Kuala. Walhal sebelum itu ada diberitahu harus ditukar ke pagi esoknya hari Isnin menjadi semacam tawaf wida' sebelum kembali ke Malaysia...



Alhamdulillah. Ramai antara kami sebenarnya menyimpan hajat untuk ke sana. Akhirnya sampai. Lihat Lawatan terbaru (Latest visit to) makam (tomb of) Syiah Kuala.



Selepas itu ke masjid ini. Sebelum masuk masjid bersendirian meninjau jambatan pejalan kaki berdekatan. Lihat artikel Bridge near mosque of Keuchik Leumiek diikuti Lawatan terbaru (Latest visit to) Masjid (Mosque of) Keuchik Leumiek.



Sampai ke tempat makan malam bertemu dengan rakan-rakan aktivis Aceh yang terlibat dalam industri pelancongan patuh syariah di sana. Kami sama-sama sudah bertahun berjuang untuk mengangkat martabat dan nama baik Aceh sebagai pusat dakwah dan penyebaran Islam ke seluruh Alam Melayu, saya sebagai seorang anak cucu keturunan yang walaupun sudah 10 generasi berhijrah masih ada ikatan batin yang kuat.



Turut terlibat dalam perjuangan adalah cicit kepada Sultan terakhir Aceh, Sultan Muhammad Daud Syah (dimakzulkan oleh Belanda tahun 1903). Nama beliau Tuanku Warul Walidin seperti tertera dalam kad pengenalan menggambarkan kedudukan walaupun kesultanan sudah lama dimansuhkan.




Beliau yang kami panggil sebagai Warul sahaja menghadiahkan sehelai bendera perjuangan Aceh yang dikenali sebagai Alam Peudeng. 



Saya pula menghadiahkan senaskah buku "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad : Perjuangan yang Belum Selesai", buku tulisan saya yang ke-14, terbit tahun 2023. OK. Sekarang harus bersiap untuk ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) bagi menghadiri majlis ilmu.


Rabu, September 02, 2026

Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Gunongan, sambutan Maulud dan macam-macam

Ingatkan malam ini mahu mengikuti satu majlis ilmu di kampus utama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa) diikuti satu lagi di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) petang esok. Supaya fikiran lapang dan tidak diganggu hal-hal yang terasa tertunggak biar dikeluarkan terlebih dahulu cerita hari ke-2 perjalanan baru di Aceh. Untuk melengkapkan penceritaan 8 artikel sokongan telah harus disediakan terlebih dahulu 8 artikel sokongan di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART dan 3 di BERPETUALANG KE ACEH. Bila dah selesai baru dapat tahu majlis malam ini tak jadi. Apapun bersambung daripada Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Pertama kali betul-betul memimpin rombongan.



Pagi Sabtu 29 Ogos 2026 melihat keluar dari tingkap bilik hotel.



Kami 14 orang ahli rombongan "Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu" telah menginap di hotel ini.



Sekitar jam 8.20 bergeraklah untuk membuat lawatan.



Ustaz Mujiburrizal sebagai pemandu pelancong menerangkan rancangan perjalanan bagi hari itu.






Turun untuk melihat tinggalan lama 400 tahun lalu yang dikenali sebagai Gunongan.






Sempatlah naik bermain-main di atas bangunan dan menziarahi makam di sebelah. Lihat Lawatan terbaru (Latest visit to) Gunongan artikel diikuti Lawatan terbaru (Latest visit to) makam (tomb of) Iskandar Thani. Kemudian bergambar bersama sejumlah pelajar universiti tempatan yang sedang membuat lawatan. 




Perjalanan diteruskan ke Muzium Aceh...



Di situ terdapat Rumah Aceh di mana pernah diadakan acara ke-10 HIKMAH anjuran pihak saya bersama rakan-rakan aktivis tempatan. Lihat artikel Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) 




Agak lama juga di sana kerana ada beberapa tarikan. Lihat artikel-artikel berikut :-








Dari Muzium Aceh sudah dekat ke Muzium Tsunami...






Bergambar di jambatan dalam muzium. Lihat Latest visit to the Tsunami Museum in Aceh.



Perjalanan diteruskan ke masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Sheikh Abdul Rauf.



Di situ kami menyertai sambutan Maulud...


















Selepas berehat sejam dua di hotel kami ke tempat di mana Tsunami 26 November 2004 telah menolak kapal nelayan naik ke atas rumah.



Terlihat sebuah tanah perkuburan yang selama ini tak perasan pun wujud walau sudah banyak kali lalu di sebelah. Lihat artikel Makam-makam berbatu nesan Aceh di (Tombs with Aceh stones in) Lampulo.







Singgah sekali rumah Ustaz Mujib yang terletak bersebelahan kapal. Beliau adalah salah seorang daripada 50 lebih orang yang terselamat dari Tsunami setelah berlindung atas kapal.



Perjalanan diteruskan ke makam Sheikh Abdul Rauf Singkil yang turut dikenali sebagai Syiah Kuala. 



Sayang tak dapat masuk ke sudah ditutup awal. Cukuplah sekadar dapat melihat dari luar kemudian ke lautan terbuka di hadapan. Lihat Waters in front of tomb of Syiah Kuala.



Pergi pula ke barat Banda Aceh untuk ke masjid ini. Lihat Lawatan malam ke (Night visit to) Masjid (Mosque of) Baiturrahim, Aceh 2026.



Selepas solat makan laut di restoran menghadap laut berdekatan. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,866 di CATATAN SI MERAH SILU.