Salam petang Jumaat 22 Rabiul Awal 1448 Hijriah. Sebelum keluar untuk menunaikan solat di masjid biar diselesaikan cerita hari ke-4 dan terakhir perjalanan baru Aceh. Untuk itu 7 artikel sokongan telah disediakan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART dan 4 di BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung daripada Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Makam Syiah Kuala dan hubungan Aceh-Perak.
Pagi Isnin 31 Ogos 2026. Ketika rakyat Malaysia sedang menyambut ulang tahun hari kemerdekaan Malaysia yang ke-69 kami mendaftar keluar dari hotel di Banda Aceh, setelah 3 malam menginap.
Berpisah sebentar daripada kumpulan untuk dibawa ke pusat bandar oleh seorang rakan aktivis tempatan untuk menyelesaikan satu hal tertunggak.
Ini adalah untuk menaiki bangunan tertinggi di Banda Aceh malah bangunan tertinggi boleh dinaiki di seluruh Aceh. Setelah masuk 10 kali ke bumi "Serambi Mekah" sekarang baru dapat. Dahulu, setiap kali datang, ia sedang diperbaiki lalu ditutup kepada umum. Jadi bayangkan perasan apabali dapat naik ke atas. Lihat artikel Up the tower in front of Masjid Baiturrahman diikuti Better views from the tower in front of Masjid Baiturrahman.
Di masjid ini pula baru berjumpa kembali dengan ahli rombongan. Lihat artikel Lawatan baru (New visit to) Masjid (Mosque of) Teungku Di Anjong diikuti Lawatan baru (New visit to) makam (tomb of) Teungku Di Anjong. Kalau ikut kehendak mahu sahaja dibawa bendera "Jalur Gemilang" bagi menyambut hari kemerdekaan Malaysia. Tetapi apabila memikirkan realiti politik setempat elok tidak. Ditakuti mengibarkan bendera boleh dituduh menyokong gerakan pemisahan Aceh. Apalagi memang ada rakyat Aceh sendiri menyatakan tanpa berselindung, lebih baik bergabung masuk ke dalam Malaysia daripada terus berada di bawah pemerintahan Republik Indonesia.
Tidak perlulah diterangkan mengapa boleh jadi begitu. Telah disebut banyak kali dalam penulisan-penulisan lama saya. Cukuplah dinyatakan baru ini timbul kontroversi apabila rakyat Aceh mengibarkan bendera sendiri yang katanya diwarisi daripada zaman kegemilangan Kesultanan Aceh. Atas sebab serupalah perkataan "Kesultanan" harus digugurkan daripada sepanduk kumpulan kami seperti disebut dalam artikel pertama siri, Ziarah KeSultanan Aceh bersama Merah Silu - Pertama kali betul-betul memimpin rombongan.
Oh, masih naik kereta rakan untuk ke tempat lawatan seterusnya. Beliau yang mengusahakan kereta-kereta sewa sejak beberapa tahun lalu pernah menjadi pemandu ketika saya dan isteri membawa beberapa orang kawan keluar mengembara. Lihat Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019.
Yang dilawat adalah sebuah muzium persendirian yang dikendalikan sejumlah anak muda Aceh.
Dikatakan koleksi artifak sebenar di sini telah mengatasi jumlah yang terdapat di muzium yang dikendalikan kerajaan. Lihat Lawatan baru (New visit to) Muzium (Museum of) MAPESA-Pedir.
Seterusnya naik kereta ke tempat ini sementara yang lain naik bas. Lupa nak cakap. Sejumlah daripada kami memakai t-shirt "Kembara Merah Silu". Isteri yang buat dan tempah lalu jual kepada ahli rombongan. Dua orang telah memakai lebih awal iaitu pada hari sebelumnya Ahad lalu tidak memakai hari Isnin.
Saya sempat melihat ke dalam masjid berdekatan sebelum mengikuti yang lain ke tarikan utama setempat berupa kapal besar yang ditolak Tsunami 26 Disember 2004 sebelum tersadai menghempap dan menghancurkan beberapa buah rumah. Lihat artikel Lawatan baru (New visit to) Masjid (Mosque of) Subulussalam, Punge Blang Cut diikuti The Tsunami stranded ship and the muzium inside.
Selepas itu baru kembali menaiki bas bersama rombongan.
Turun di suatu tempat di mana boleh menyewa motosikal atau membonceng ke satu tarikan.
Ia berupa kubah batu masjid yang dihanyutkan Tsunami ke tengah sawah padi. Lihat Lawatan baru (New visit to) Kubah Masjid Tsunami (Tsunami Mosque Dome).
Saya dan isteri atas motosikal/skuter yang dinaiki...
Laluan perjalanan seterusnya membawa ke tepian satu lagi tarikan. Tapi tak turun apalagi melihat ke dalam kerana hendak mengejar masa.
Di sinilah pihak saya pernah mengadakan satu acara ilmu bersama rakan-rakan aktivis Aceh. Lihat artikel Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Kami dibawa lebih jauh ke barat sebelum menghala ke selatan.
Dari sebuah jambatan boleh kelihatan pemandangan yang katanya seperti di Switzerland.
Kami dibawa menyusur laluan tepian pantai menghadap Lautan Hindi sehingga ke tempat bernama Lhoknga.
Kemudian baru berpatah balik untuk makan tengah hari menghadap pantai. Lihat Lunch in front of the beauty that is Lampuuk beach.
Pergi pula ke masjid berdekatan, masjid yang terkenal dengan gambar menunjukkannya sebagai satu-satunya struktur masih utuh pada kala semua bangunan, rumah dan sebagainya di sekitarng habis ranap disapu Tsunami menjadi padang jarak padang terkukur. Lihat Lawatan baru (New visit to) Masjid (mosque of) Rahmatullah.
Dari situ terus bergerak ke lapangan terbang. Sejurus sebelum sampai singgah di kompleks pemakaman di tepian jalan. Lihat Lawatan baru ke (New visit to) makam (tomb of) Maharajalela Aceh.
Kami dijadualkan kembali ke Malaysia dengan penerbangan jam 5.20 petang waktu tempatan. Dipendekkan cerita hampir 2 jam kemudian baru berlepas. Saya dan isteri sampai ke rumah sekitar 90 km perjalanan selepas tengah malam.






















Tiada ulasan:
Catat Ulasan