Jumaat, Ogos 28, 2026

"Merah Silu Live", Maulidur Rasul dan Aceh

Salam awal pagi Jumaat 15 Jamadil Awal 1448 Hijriah. Satu pelepasan gerak. 



Selasa malam Rabu minggu lalu, 18 Ogos 2026 telah diadakan "Merah Silu Live" edisi ke-38, Mula-mula diulas buku ke-4 saya iaitu "Kereta Api Menuju Destinasi" yang terbit Januari 2011. Kemudian baru ke perjalanan lama dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021  seperti halnya pada setiap "Merah Silu Live", seperti berikut :-


57. Ke selatan sempena cuti Hari Buruh tahun 2011 - lebih 1,100 km. Lihat Ke selatan sempena cuti Hari Buruh tahun 2011.

58. Sekitar raya 2011 (Sept)- 2,240 km. Lihat Sekitar raya 2011.

59. Naik Gunung Ledang Okt 2011 - menghampiri 540 km. Lihat Membawa isteri dan anak ke puncak Gunung Ledang.




Rakaman video bagi sesi tersebut. Ia berjalan lebih 2 jam kerana ramai bertanyakan soalan selepas perjalanan-perjalanan lama diulas. 




Kemudian baru tersedar rupa-rupanya perjalanan dalam artikel kompilasi Membawa isteri dan anak ke puncak Gunung Ledang sebenarnya belum habis diulas. Terlupa untuk masuk pada bab ketika betul-betul sudah mendaki lalu sampai ke puncak seperti ditunjukkan dalam dalam artikel Ke puncak Gunung Ledang bersama anak dan isteri sebelum menutup hari di Alor Gajah. Dengan itu ditetapkanlah edisi seterusnya "Merah Silu Live" iaitu yang ke-39 akan dimulakan dengan itu.




Namun apabila bahagian tersebut mula diulas apabila berlaku "Merah Silu Live" ke-39 itu Selasa malam Rabu baru ini 25 Ogos didapati bahawa buku ke-5 saya "Jejak Keluarga Yakin" sebenarnya harus diulas terlebih dahulu kerana terbit September 2011. Sedangkan pendakian Gunung Ledang dilakukan awal Oktober. Selepas itu baru diselesaikan cerita mendaki gunung. Baru diikuti dengan perjalanan lama dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021,  iaitu seperti berikut :-


60. Pusing Perak Okt 2011 - lebih 800 km. Lihat Membawa 'batu bersurat Gangga Negara' keliling Perak?.

61. Medan-Aceh November 2011 - lebih 1,100 km. Lihat Koleksi "Jejak 'Berpetualang ke Aceh'".





Rakaman video sesi. Kali ini bersungguh-sungguh mahu memastikan cerita perjalanan Aceh tahun 2011 itu diulas sampai habis kerana petang Jumaat karang 28 Ogos mahu ke Aceh lagi. Kali ini memimpin satu rombongan dari Malaysia.



Gambar lama daripada perjalanan 2011. Saya sudah 9 kali ke Aceh. Selepas ini akan jadi yang ke-10. Lihat artikel-artikel kompilasi berikut :-













Untuk makluman, siang sebelum "Merah Silu" ke-39 dibuat adalah Hari Maulidur Rasul. Kami akan pergi ke Aceh dalam keadaan sambutan masih hangat apatah lagi di sana ia disambut selama 100 hari. Pun begitu, sebetulnya sejak 2 minggu kebelakangan fikiran saya lebih tertumpu pada mengatur satu perjalanan besar pertengahan bersama isteri tahun hadapan yang dijangka akan meliputi 21 buah negara dengan jarak perjalanan darat lebih 10,000 km. Sebelum itu iaitu awal bulan 10 pula mahu dibuat satu perjalanan lebih dekat di luar negara, dengan jarak perjalanan darat boleh melepasi 2,000 km. 

Kembali kepada hal di hadapan mata iaitu perjalanan terbaru ke Aceh. Insyaallah cerita akan dikongsikan secepat mungkin. Sesungguhnya begitu banyak perkara sedang bermain dalam kepala. Sekembali dari Aceh mahu mengikuti majlis ilmu di UIA (Universiti Islam Antarabangsa)  kemudian esoknya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Sambil itu harus memikirkan tentang pengajian PhD yang sedang dibuat di ISTAC. Semoga diberikan kekuatan, kesihatan, semangat, kelapangan dan rezeki untuk melaksanan semua yang terbuku sehingga selesai dengan jayanya. Doakan kami sekeluarga ya.