Saja nak beritahu. Batuk, selsema, demam-demam saya sejak hari terakhir di Mekah hampir 3 minggu lalu belum baik lagi. Cuma ada kurang sedikit 2 hari kebelakangan. Dalam keadaan itu ada dibuat perjalanan ke kampung isteri di Tanjung Sepat lalu menginap satu malam, kemudian ke rumah bapa di Muar 3 malam kemudian di rumah milik saya di Hulu Langat satu malam. Khamis petang 5 Mac baru kembali ke rumah.
Pun begitu mendapat sedikit kekuatan untuk mempersembahkan artikel Umrah sekeluarga 2026 - Dari Jabal Thur ke Jabal Nur dan Gua Hira' malam Jumaat selepas itu malam Jumaat diikuti Umrah sekeluarga 2026 - Jumaat di Masjidil Haram semalam petang Jumaat. Sekarang, walaupun masih belum sihat biar diteruskan gerak dengan mempersembahkan cerita hari ke-6 perjalanan.
Pagi Sabtu 14 Februari 2026 bersiap untuk keluar berjalan lagi di persekitaran Mekah.
Kali ini ke Hudaibiyah, salah satu tempat miqat untuk menunaikan umrah. Singgah di satu ladang haiwan milik orang Malaysia sebelum ke masjid lalu masuk ihram. Lihat artikel Visit to Wadi D'Fajr di blogspot BERPETUALANG KE ACEH diikuti Masjid (Mosque of) Hudaibiyah, 2026 dan Masjid lama (Old mosque of) Hudaibiyah, 2026 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.
Kembali ke hotel berehat sebentar sebelum mengambil bas ke Masjidil Haram.
Ketika itu sedang menunggu masuk waktu Asar.
Seperti biasa laluan-laluan yang boleh membawa terus ke halaman Ka'abah sudah ditutup.
Kena masuk melalui pintu utama masjid.
Menunggu solat Asar dekat penghadang laluan situ ke halaman Ka'abah.
Selesai solat baru boleh masuk.
Bermulalah tawaf bagi umrah ke-2 kami anak beranak. Oh. Makcik berumur 76 tahun dan sepupu yang duduk sebilik tak ikut. Mereka masih kepenatan juga tidak sihat setelah mendaki Jabal Nur dan masuk Gua Hira' malam Jumaat.
Kami memulakan sa'e sekitar jam 5.30 petang.
Alhamdulillah dapat menyelesaikan umrah sejurus sebelum waktu Maghrib lalu berehat menunggu waktu solat di atas batuan bukit Marwah.
Malam selepas Isyak saya dan isteri pergi ke menara jam Mekkah untuk satu urusan.
Lepak sejenak di restoran serambi tingkat 11 menikmati pemandangan. Lihat Masjidil Haram from a terrace restaurant at the Mecca clock tower.
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan