Isnin, Mac 02, 2026

Umrah sekeluarga 2026 - Sehari di Istanbul

Dalam artikel Umrah sekeluarga 2026 - Berangkat di tengah konflik Amerika-Iran di Teluk Parsi yang dipersembahkan petang Jumaat 3 hari lalu ada dinyatakan kebimbangan memulakan perjalanan menurut laluan penerbangan yang bila-bila masa sahaja boleh tercetus perang. Ternyata perang akhirnya tercetus keesokannya hari Sabtu apabila Amerika dan Israel menyerang Iran lalu berlaku serang balas ke atas negara-negara sekitar yang memiliki pengkalan tentera Amerika. Sekarang biar disambung cerita. Untuk ini telah disediakan terlebih dahulu 4 artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 9 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Pagi Selasa 10 Februari 2026, jam 8.30 waktu tempatan (5 jam lewat waktu Malaysia) bersedia untuk membuat lawatan ke bandar raya Istanbul menggunakan perkhidmatan pelancongan TouristIstanbul yang disediakan khas untuk penumpang Turkish Airlines yang membuat transit atau persinggahan lebih 6 jam.



Ada beberapa pakej lawatan. Yang kami punya disenaraikan sebagai lawatan sehari penuh jam 8.30 pagi hingga 6 petang.




Setelah sejam perjalanan bas sampai ke sebuah restoran atas bukit untuk bersarapan.






Tempat ini memberikan pemandangan cantik sekeliling terutama Selat Bosphorus yang memisahkan benua Eropah dengan Asia. Lihat Views from a hilltop restaurant in Istanbul. Walaupun terletak dalam lingkungan bandar raya Istanbul masih lebih 20 km untuk sampai ke pusat bandar lama yang menjadi tarikan pelancong sedunia. Lihat Views from bus to Istanbul.




Sampai ke satu bahagian bandar lama semua turun bas lalu menyambung dengan berjalan kaki. Lihat Walking in Istanbul old town centre.



Dengan berjalan kaki itulah dapat melawat sejumlah tempat/bangunan terkenal. Ada yang bahkan telah dibina di Mesir 3,500 tahun lalu kemudian dipindahkan ke Istanbul, dahulunya bernama Constantinole, ibu negara kerajaan/empayar Rum Timur. Ini boleh diringkaskan melalui artikel-artikel berikut :-














Cuma hendak dijadikan cerita, ketika hendak keluar meninggalkan "Masjid Baru" didapati tanjak sudah hilang dari kepala. Entah bila tercicir atau terjatuh kat mana-mana. Cari keliling dalam masjid tak jumpa. Masuk ke tandas berbayar luar masjid (kerana ada singgah sebelum masuk solat) tak jumpa. Masuk kembali ke masjid mencari lagi terpinga-pinga. Tiba-tiba ternampak ada atas tabung masjid. Nampaknya ada yang terjumpa lalu meletakkannya.



Ketika itu peserta diberi ruang masa untuk berjalan sendiri, jumpa kembali di halaman hadapan masjid yang menghadap Spice Bazaar (Pasar Rempah) pada sekian-sekian waktu. Selepas itu bergerak ke bas untuk kembali ke lapangan terbang. Kalau tidak kerana memakan masa mencari tanjak tentu lebih panjang langkah saya ke mana-mana. Pun begitu sempatlah melihat perairan berdekatan sebelum naik bas. Lihat Waters east of the Galata bridge.



Dipendekkan cerita sampai kembali ke lapangan terbang hampir sejam lebih awal daripada waktu tamat yang diwar-warkan iaitu jam 6. Kami bergerak lebih awal dari pusat bandar raya kerana susah hendak menjangka kesesakan sepanjang perjalanan.



Gambar ini pula diambil jam 8.20 malam. Ketika ini saya dan tiga anak lelaki sudah bersalin memakai. Sedang menunggu penerbangan ke Jeddah jam 9.10 malam.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan