Sabtu, November 29, 2025

Asbab khidmat kepada ibu bapa - Dari majlis manuskrip Jawi ke perjuangan Hamas ke teater puisi kebitaraan Melayu

Salam. Perjalanan yang membawa ke Muar secara rasminya selesai petang Rabu 26 November. Namun ada susulan-susulan berkenaan menyebabkan ada perkara-perkara seterusnya harus dikongsikan di bawah siri "Asbab khidmat kepada ibu bapa". Maka itu bersambung dari artikel Asbab khidmat kepada ibu bapa - Menyambut hari lahir ke-55 dengan 2 majlis ilmu di ISTAC.


Merujuk kembali pada artikel pertama siri iaitu Asbab khidmat kepada ibu bapa - Dari majlis tentang Islamofobia ke Tuan Tulis ke Tok Gubah yang disiarkan petang Selasa 25 November. Ada disebut pada permulaannya bahawa lusa (2 hari kemudian itu iaitu pada Khamis 27 November 2025) ada 2 majlis ilmu mahu diikuti kemudian satu majlis sastera. Di atas adalah poster bagi majlis ilmu pertama. Dianjurkan oleh ISTAC (Institut Antarabanga Pemikiran dan Tamadun Islam), ia adalah tentang kebijaksanaan Melayu dalam manuskrip Jawi. 



Majlis diadakan sepenuhnya atas talian. Saya mengikuti melalui Youtube di rumah. Sila tonton rakaman di bawah...






Selepas jam 2.30 petang baru keluar untuk hadir majlis ilmu seterusnya secara fizikal.




Yang ini diadakan di kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa) di Gombak.








Poster bagi majlis...



Ia adalah tentang memahami perjuangan Hamas di Palestin dan kenapa ia penting untuk umat Islam sejagat. Sayang, saya tidak dapat menemukan rakaman.




Mengisi perut selepas majlis di suatu tempat dalam perjalanan menghala ke pusat bandar raya Kuala Lumpur. Di situlah ditulis lalu dipersembahkan artikel ketiga siri, Asbab khidmat kepada ibu bapa - Dari kapal purba di Melaka membawa ke Merah Silu Live di Jenjarom.



Malam itu bersolat Maghrib dan Isyak di masjid sebelah bangunan PNB118.



Ini kerana cukup dekat untuk ke lokasi majlis seterusnya, satu majlis sastera.




Poster bagi majlis...






Rupa-rupanya ia adalah deklamasi puisi tentang kebitaraan (keunggulan) Melayu dan ketamadunan yang diadakan dalam bentuk persembahan dan lakonan teater.
















Jumaat, November 28, 2025

Asbab khidmat kepada ibu bapa - Menyambut hari lahir ke-55 dengan 2 majlis ilmu di ISTAC

Satu perkongsian istimewa mengambil berkat hari ini adalah hari Jumaat pertama bulan Jamadil Akhir tahun 1447 Hijriah. Pergi pada hari terakhir perjalanan baru hingga ke Muar. Bersambung daripada Asbab khidmat kepada ibu bapa - Dari kapal purba di Melaka membawa ke Merah Silu Live di Jenjarom.



Pagi Rabu 26 November 2025. Meninggalkan rumah kakak isteri di Jenjarom jam 9.




Sampai ke destinasi seterusnya iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur sejurus selepas jam 10.



Saya mahu mengikuti syarahan tentang koleksi buku tokoh sejarawan R. Roff dan penulisan beliau seperti yang terdapat di perpustakaaan ISTAC.




Jika hampir 2 minggu sebelum itu perjalanan ke arah Muar dimulakan Sabtu 15 November supaya dapat mengikuti majlis ilmu dekat pusat bandar raya Kuala Lumpur (lihat Asbab khidmat kepada ibu bapa - Dari majlis tentang Islamofobia ke Tuan Tulis ke Tok Gubah hari terakhir pula diatur sebegitu rupa supaya dapat mengikuti majlis di ISTAC.



Ini adalah setelah mendapat tahu tentang majlis seminggu dua lebih awal. Sebabnya, 26 November itu adalah hari kelahiran saya yang ke-55. Saya mahu ia diisi dengan suasana keilmuan. Terlebih istimewa di ISTAC, tempat saya mendapat ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Alam Melayu, sekarang menyambung ke peringkat PhD dalam bidang Pemikiran dan Tamadun Islam.














Tak perlulah diulas tentang pengisian majlis ya. Boleh tonton rakaman atas.




Selesai majlis lalu makan tengah hari di perpustakaan bergerak ke satu bahagian bandar raya.




Isteri ada pertemuan makan tengah hari dengan sejumlah bekas rakan sepejabat. Memandangkan kedudukannya dekat dengan Perpustakaan Negara saya pun ke sana sementara menunggu pertemuan selesai. Di situlah ditulis dan dipersembahkan artikel kedua perjalanan iaitu Asbab khidmat kepada ibu bapa - Lebih seminggu di Muar.



Jam 3 petang sampai kembali di ISTAC.



Ada majlis ilmu tentang kitab Muqaddimah tulisan Ibnu Khaldun.







Untuk mengikuti majlis sila tonton rakaman atas.




Apabila sampai kembali ke rumah selepas jam 6 didapati saya telah memandu hampir 1,000 km.


Nota : Artikel ini mula ditulis di rumah ibu saudara di Petaling Jaya tadi pagi Jumaat setelah mengikuti satu majlis sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka malam tadi. Petang sebelum itu ada mengikuti majlis ilmu di UIA (Universiti Islam Antarabangsa), tentang perjuangan Hamas dan nasib orang Palestin di Gaza. Sebelum itu pula mengikuti majlis ilmu tentang manuskrip Melayu yang dipancarkan atas talian dari ISTAC. Tengah hari, selepas menunaikan  solat Jumaat di Masjid Setia Alam pergi ke Pesta Buku Selangor 2025. Kebetulan ada majlis pelancaran buku oleh  Sultan Selangor. Artikel ini disunting kemudian ditambah nota lalu dipersembahkan sementara menunggu baginda tiba. Semua ini akan dikongsikan cerita sebagai kesinambungan perjalanan hingga ke Muar.


Khamis, November 27, 2025

Asbab khidmat kepada ibu bapa - Dari kapal purba di Melaka membawa ke Merah Silu Live di Jenjarom

Salam.  Merujuk pada perjalanan yang diceritakan dalam artikel Asbab khidmat kepada ibu bapa - Dari majlis tentang Islamofobia ke Tuan Tulis ke Tok Gubah diikuti Asbab khidmat kepada ibu bapa - Lebih seminggu di Muar. Sukacita dimaklumkan ia baru sahaja selesai petang semalam, setelah 12 hari berada di luar kawasan. Sekarang biar disambung cerita berkenaan.



Selepas meninggalkan Muar petang Isnin 24 November 2025 masuk ke pusat bandar raya Melaka.



Tujuannya adalah untuk mencari tapak penggalian kapal purba yang telah membuat ramai di media sosial sangat teruja lebih sebulan kebelakangan. Adik saya yang duduk di Melaka menyarankan agar kami mencari dan menjejaki, ketika ditemui di rumah ibu bapa di Muar petang Ahad 23 November.



Dibantu maklum balas dari seorang rakan yang merupakan pegawai tinggi muzium Melaka kami dapat mencari lokasi tepat yang sekarang merupakan kawasan larangan sementara.






Cuma tidak kelihatan bangkai kapal yang disebut-sebut orang kerana kawasan ditakungi air.



Namun dapat ditemui, dilihat dan dipegang kepingan-kepingan papan lama yang apabila dihantar gambar kepada rakan disahkan adalah dari kapal. Oh. Ini sekadar posing 'hiasan', hehe... :]




Perjalanan diteruskan menghala ke utara menyusur jalan pantai.



Berhenti untuk mengisi perut di Pantai Puteri.






Melepak sampai malam.



Gambar ini pula diambil pagi Selasa 25 November, selepas bermalam di rumah pusaka keluarga isteri di Tanjung Sepat.



Jam 11 baru hendak keluar berjalan-jalan juga mengisi perut di pekan.
















Hampir jam 5.30 petang, setelah beberapa jam menyambung rehat di rumah baru betul-betul hendak meninggalkan kawasan. Oh. Sebelum itu sempat menulis dan mempersembahkan artikel pertama perjalanan iaitu Asbab khidmat kepada ibu bapa - Dari majlis tentang Islamofobia ke Tuan Tulis ke Tok Gubah.



Singgah dahulu ke kampung berjiran ke arah utara. Isteri yang ada membuat kerja-kerja mengurut diminta mengurut seorang saudara. Sambil menunggu menyambung bacaan Al-Quran bagi bulan Jamadil Akhir.  Ketika itu sudah selesai setengah Juz 5.



Perjalanan disambung hampir masuk Maghrib. Gambar ini diambil di pekan Banting di mana kami singgah makan malam. Kemudian menginap di rumah kakak isteri yang baru sebulan kemalangan motosikal besar bersama suami. Rumahnya di Jenjarom  sepatutnya adalah yang terakhir disinggahi dalam perjalanan kami dahulu pertengahan Oktober. Tetapi apabila sampai hampir ke Tanjung Sepat mendapat berita mereka kemalangan lalu dimasukkan ke hospital di Seremban. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel 'Beraya' ke selatan penghujung 2025 diikuti Menyahut panggilan Tuanku Tambusai @ Sheikh Abdul Wahab di Seremban?.



Selepas berehat seketika dalam bilik tidur diadakan edisi ke-14 Merah Siru Live dari ruang tamu rumah. Kali ini diulas sedikit isi buku kedua saya "Berpetualang ke Aceh : Membela Syiar yang Asal" yang terbit Mei 2007. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,747 di CATATAN SI MERAH SILU.