Selasa, November 18, 2025

Seminar Islamofobia Pencetus Genosid Menafikan Hak Asasi Kemanusiaan

Salam. Perkongsian majlis ilmu.



Seminggu lalu terlihat poster atas di media sosial tentang satu majlis menarik berserta teks berikut :-

Pembentang dan Panelis:

- SS Mufti Wilayah Persekutuan (TBC)

- Professor Dr. Mohd Mizan bin Mohammad Aslam - UPNM 

- Prof Madya Dr. Danial Mohd Yusof - IIUM

- Mr Jason Leong - Advisor ANCOM

- Prof Khadijah Hambali (CCDUM)

- Prof Dr Jatswan Singh - Taylor’s University 


🎯 Objektif

✅Menjelaskan dan menegaskan kedudukan Islam dalam isu-isu hak asasi kemanusiaan.

✅Merungkai asal usul Islamophobia, siapa di belakang mereka dan bahaya kepada umat Islam.

✅Mengemukakan syor-syor menangani isu–isu hak asasi dan Islamophobia kepada pihak berwajib.

✅Menyediakan analisa kritis perbandingan hak asasi manusia dalam bentuk buku ilmiah yang telah di terbitkan oleh ACCIN – HAK dalam Tradisi Islam dan resolusi penyelesaian untuk rujukan umum.

✅ACCIN telahpun mengeluarkan satu buku bertajuk “ HAK dalam Tradisi Islam” bagi menjelaskan secara ilmiah peranan Islam menegakkan HAK.



Sampai waktunya pagi Sabtu 15 November 2025 saya pun pergi ke lokasi majlis iaitu bangunan PERKIM di Kuala Lumpur bersama isteri.



Tengok-tengok ramai kaum wanita mengikuti.



Cuma kami sampai lewat sedikit. Ketika itu Profesor Madya Dr. Danial Mohd Yusof dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.  Singkatan dalam bahasa Inggeris adalah IIUM) sedang membentang.



Dinyatakan kesan Islamfobia (rasa takut terhadap Islam) terhadap dunia Islam...










Usaha-usaha untuk memahami lalu menangani perkara...












Rupa-rupanya Danial adalah pembentang kedua iaitu selepas pembentangan oleh Professor Dr. Mohd Mizan bin Mohammad Aslam dari UPNM (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia). Selepas itu bermula sesi forum.



Ada sedikit perbezaan berbanding senarai awal. Bagi forum, anak muda bernama Salahuddin Ismail nampaknya menggantikan Profesor Khadijah Hambali dari CCDUM (Pusat Dialog Peradaban di Universiti Malaya). Mufti wilayah yang sama ada akan memberikan ucaptama atau membentang tidak kelihatan.



Panelis pertama Profesor Dr Jatswan Singh dari Taylor’s University berkongsi dapatan dengan bantuan slaid. Oh. Penganjur iaitu ACCIN adalah satu persatuan gabungan NGO Islam.



Mengambil pendekatan sejarah, dinyatakan bahawa Islamfobia telah bermula seawal zaman agama Islam bermula abad ke-7 Masihi. Perkembangannya yang sangat cepat menyebabkan ketegangan dengan kerajaan-kerajaan dan penganut Kristian di Eropah.



Kemudian masuk zaman Perang Salib abad ke-11 hingga 13 Masihi. Sambil itu bermula usaha untuk menawan kembali Semenanjung Iberia (yang mengandungi negara Sepanyol dan Portugis sekarang) yang dikuasai Islam tahun 711-1492 Masihi oleh tentera Kristian.



Seterusnya berlaku usaha untuk menjatuhkan Empayar Islam Uthmaniyah diikuti oleh penjajahan kuasa-kuasa Eropah terhadap belahan bumi yang lain.



Tak perlu diulas lagi ya. Boleh lihat sendiri slaid.






























Panelis kedua, saudara Jason Leong dari satu persatuan Kristian bercakap tanpa slaid. Beliau menyatakan ajaran sebenar Kristian oleh Nabi Isa a.s. sangat menegaskan kasih sayang lalu penganut Kristian yang betul-betul mengamatinya tidak akan bencikan orang Islam. Malah kalau Nabi Isa a.s. ada tentu sudah bersama penduduk Islam Gaza yang sedang teruk dizalimi sekarang.



Panelis ketiga, Salahuddin juga bercakap tanpa slaid. Seperti Jaswant beliau mengambil pendekatan sejarah tetapi memulakan dengan zaman penjajahan di Tanah Melayu. Perjanjian Pangkor tahun 1874 dijadikan titik tolak penjajah mula melaksanakan rancangan mengekang pengaruh Islam.



Isnin, November 17, 2025

Antara santai outdoor bersama isteri, majlis Maulud dan melaksanakan Merah Silu Live di Tiktok

Salam. Sekadar melepaskan gerak.



Gambar ini diambil pada pagi Selasa 11 November 2025.



Saya membawa isteri beriadah sambil memanjat bukit di satu kawasan di Kampung Sungai Buaya.




Ada juga lebih 5 km berjalan kaki turun naik bukit.




Pagi Rabu 12 Nov pergi ke Tasik Widuri di Bukit Beruntung.




Berjalan kaki turun naik bukit keliling tasik masuk hutan dan ladang getah...










Ini pun lebih 5 km...

 

Pagi Khamis 13 Nov berehat di rumah kerana saya berpuasa sunat hari Khamis. Selepas berbuka dan solat Maghrib ditulis dan dipersembahkan artikel Antara Bugis dan Rumi - Dua majlis ilmu menarik di Universiti Malaya diikuti  diikuti artikel Dah 13 tahun HIKMAH rupanya di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Selepas masuk Isyak bergerak ke Sungai Penchala untuk satu majlis Maulud.






Begini saya berpakaian ke majlis.




Pagi Jumaat 14 November baru keluar lagi beriadah bersama isteri memanjat bukit.




Kali ini mengambil jalan potong dari Kampung Sungai Buaya ke Prima Beruntung. Pergi balik dalam 2 km lebih.



Kembali pada Selasa 11 November. Pada malam itu diadakan edisi ke-12 Merah Silu Live melalui Tiktok. Sepatutnya edisi tersebut diadakan seminggu sebelumnya 4 Nov. Tapi tapi terlupa langsung, mungkin kerana ketika itu isteri demam agak teruk sementara saya sendiri dilanda sakit tekak. Apapun, perjalanan lama saya yang diketengahkan adalah seperti berikut :-


21. Singapura Okt 2006 - sekitar 850 km. Lihat Mengenang lawatan spontan ke Singapura tahun 2006....