Salam. Sekadar melepaskan gerak.
Gambar ini diambil pada pagi Selasa 11 November 2025.
Saya membawa isteri beriadah sambil memanjat bukit di satu kawasan di Kampung Sungai Buaya.
Ada juga lebih 5 km berjalan kaki turun naik bukit.
Pagi Rabu 12 Nov pergi ke Tasik Widuri di Bukit Beruntung.
Berjalan kaki turun naik bukit keliling tasik masuk hutan dan ladang getah...
Ini pun lebih 5 km...
Pagi Khamis 13 Nov berehat di rumah kerana saya berpuasa sunat hari Khamis. Selepas berbuka dan solat Maghrib ditulis dan dipersembahkan artikel Antara Bugis dan Rumi - Dua majlis ilmu menarik di Universiti Malaya diikuti diikuti artikel Dah 13 tahun HIKMAH rupanya di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Selepas masuk Isyak bergerak ke Sungai Penchala untuk satu majlis Maulud.
Begini saya berpakaian ke majlis.
Kembali pada Selasa 11 November. Pada malam itu diadakan edisi ke-12 Merah Silu Live melalui Tiktok. Sepatutnya edisi tersebut diadakan seminggu sebelumnya 4 Nov. Tapi tapi terlupa langsung, mungkin kerana ketika itu isteri demam agak teruk sementara saya sendiri dilanda sakit tekak. Apapun, perjalanan lama saya yang diketengahkan adalah seperti berikut :-
21. Singapura Okt 2006 - sekitar 850 km. Lihat Mengenang lawatan spontan ke Singapura tahun 2006....













Tiada ulasan:
Catat Ulasan