Salam petang Jumaat 13 Jun bersamaan 16 Zulhijjah. Perkongsian ringkas daripada perjalanan balik kampung ke Muar untuk menyambut Hari Raya Haji seminggu lalu.
Jumaat, Jun 13, 2025
Ringkasan balik Raya Haji ke Muar 1446 Hijriah
Khamis, Jun 12, 2025
Pameran Persenjataan Melayu : Citra budaya bangsa
Melengkapkan gerak penulisan malam Jumaat. Bersambung daripada Persenjataan Melayu : Citra budaya bangsa.
Persenjataan Melayu : Citra budaya bangsa
Salam malam Jumaat. Perkongsian daripada majlis ilmu siang tadi, kali ini di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar
OK. Masih mengambil kesempatan atas hari in tarikh Hijriahnya adalah 15 Zulhijjah. Dipersembahkan artikel kompilasi bagi perjalanan ke utara baru ini.
Perjalanan bermula pagi Khamis 29 Mei 2025 bersamaan 1 Zulhijjah 1446 Hijriah iaitu tepat 2 minggu lalu, atas asbab mahu menghantar isteri ke Kuala Selangor kerana ada urusan kesatuan sekerja di pejabat-pejabat syarikat belah sana. Selepas itu mengambil laluan pantai ke arah utara menuju ke Alor Setar, untuk menghadiri mesyuarat keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak pada pagi Isnin 2 Jun bersamaan 1 Zulhijjah. Dibuatlah persinggahan ke beberapa tempat termasuk beriktikaf dari masjid ke masjid di celah-celah itu. Isteri menetapkan sasaran 20 buah masjid tetapi akhir meliputi 24 buah masjid dan 2 buah surau. Saya pula tambah lagi 6 masjid. Apabila kembali ke rumah didapati saya sudah memandu sejauh 1,080 km.
37. Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Dari masjid ke masjid hingga ke Langgar
38. Rumah kelahiran (House of birth of) Dr Mahathir
Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,676 di CATATAN SI MERAH SILU.
Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Perkongsian dalam Tiktok
Sebagai melengkapkan penceritaan, masih pada tarikh Hijriah 15 Zulhijjah tetapi pada siangnya. Bersambung gerak daripada Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Mesyuarat keluarga Laksamana membawa ke Bukit Gantang.
Rabu, Jun 11, 2025
Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Mesyuarat keluarga Laksamana membawa ke Bukit Gantang
Salam semua. Untuk cerita hari ke-5 dan terakhir perjalanan baru utara ini sengaja dibuat Rabu malam Khamis supaya dapat tarikh 15 Zulhijjah. Bersambung daripada Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Dari masjid ke masjid hingga ke Langgar.