Melengkapkan gerak penulisan malam Jumaat. Bersambung daripada Persenjataan Melayu : Citra budaya bangsa.
Dari auditorium di mana diadakan majlis turun pula ke ruang legar bangunan utama Perpustakaan Negara di mana sedang berlangsung satu acara selari iaitu Pameran Persenjataan Melayu : Citra Budaya Bangsa.
Sebetulnya sudah lama saya tidak ke bangunan utama perpustakaan. Ini disebabkan ia dalam proses penambahbaikan yang makan masa bertahun.
Sejak beberapa tahun kebelakangan kalau ke situ cuma ke bangunan baru yang beberapa kali ganda lebih tinggi tapi 'kurus' berbanding bangunan utama, bangunan asal Perpustakaan Negara yang besar melebar tetapi kurang tinggi.
Difahamkan majlis syarahan persenjataan dan pameran adalah yang pertama di bangunan utama sejak dibuka semula kepada awam.
Ada sejumlah buku dan manuskrip dipamerkan...
Ada sejumlah senjata tradisional Melayu.
Puas melihat saya mengambil satu sudut selesa. Di situlah dipersembahkan artikel Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Perkongsian dalam Tiktok kemudian menyambung sedikit kajian tesis PhD di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Selepas itu bergerak ke KLCC (Kuala Lumpur City Centre) di mana disambung kerja di medan selera walau sedang berpuasa sunat hari Khamis juga puasa putih 15 Zulhijjah. Latar belakang pemandangan taman rekreasi dan tasik buatan melalui cermin tingkap besar membantu mengabaikan rasa mengantuk dan penat. Lalu di situlah ditulis pula artikel Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar yang merangkumi seluruh perjalanan dari Khamis 29 Mei hingga Selasa 2 Jun. Sekian gerak penulisan buat malam ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan