Pergi pada hari kedua perjalanan baru utara. Bersambung daripada artikel Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Memulakan perjalanan jauh terbaru 1 Zulhijjah.
Awal pagi Jumaat 30 Mei 2025 bersamaan 2 Zulhijjah 1446 Hijriah. Keadaan sebelum menunaikan solat Subuh di masjid tempat kami menginap malam itu. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Khairul Jariah, Segari di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Masjid sangat selesa dengan permaidani tebal memenuhi hingga ke serambi. Dari situ sudah tidak jauh ke satu tempat yang memiliki makna tersendiri dalam pencarian saya mengenal salasilah dan asal usul keluarga.
Cerita berkenaan ada dikongsikan panjang lebar dalam artikel Beruas, kaitan dengan Aceh dan melihat bulan... Antara mimpi dan realiti kehidupan lebih 17 tahun lalu.
Saya cuma mengimbau kembali apa yang berlaku, baik dalam mimpi mahupun apa yang disusuli secara realiti.
Selepas itu mencari tempat yang mana ada orang pernah memberitahu ada kota ghaib seperti Atlantis di perairan hadapan pantainya.
Dua kali tersalah mengambil simpang. Patutlah ada palang menghadang laluan. Setelah beberapa lama baru tersedar manakah laluan yang betul lalu mengambilnya.
Ada satu perkara agak pelik pernah berlaku ketika bertandang ke tempat sama 15 tahun lalu. Tapi kali ini tidak dapat menemukan 'kepelikan' itu. Lihat artikel lama Jalan-jalan Perak sebelah barat : Atlantis Gangganegara?.
Selesai urusan di sekitar itu meneruskan perjalanan ke utara melalui Pantai Remis.
Singgah di sebuah warung kerana isteri mahu bermesyuarat secara atas talian jam 9.30 pagi.
Saya pula menyambung kajian dan penulisan tesis PhD di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam).
Perjalanan diteruskan melepasi pinggir bandar Taiping ke arah Gunung Semanggol melalui jalan kampung.
Di pekan sana sempat menunaikan solat Jumaat kemudian terus menuju ke Pulau Pinang
Sebetulnya ada sejumlah masjid disinggahi selepas Pantai Remis membawa ke Gunung Semanggol. Lihat artikel-artikel berikut :-
Masuk ke bahagian pulau Pulau Pinang melalui jambatan kedua yang sangat panjang itu.
Sampai ke tempat penginapan di bandar raya tengok-tengok dekat dengan kedai nasi kandar Line Clear. Tengok-tengok pemilik kedai cam saya. Rupa-rupanya selalu mengikuti penulisan di CATATAN SI MERAH SILU, sejak awal lagi hampir 20 tahun lalu. Berbuallah panjang lebar macam-macam. Lepas tu apa lagi? Layanlah makan... :]
Nota : Adapun artikel sebelum ini iaitu Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Memulakan perjalanan jauh terbaru 1 Zulhijjah ditulis tengah hari semalam Hari Raya Haji di rumah ibu bapa saya di Muar. Artikel ini pula ditulis di luar perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur, selepas kembali dari Muar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan