Jumaat, Jun 20, 2025

Asbab majlis di Jelai - Bukit Taisho hingga ke puncak tertinggi banjaran

Salam petang Jumaat 23 Zulhijjah. Jumaat ini harus yang terakhir buat tahun 1446 Hijriah kerana menurut kalendar Jumaat minggu hadapan satu masuk 1 Muharram 1447 Hijirah. Bersambung cerita daripada artikel Asbab majlis di Jelai - Mendaki Bukit Baginda dan batu berombak.



Pagi Ahad 15 Jun 2025 bersamaan 18 Zulhijjah 1446 Hijriah. Selepas bermalam di homestay atau inap desa berdekatan pergi ke rumah kakak isteri di Felda Jelai, Negeri Sembilan.







Ada majlis mahu dihadiri, majlis yang menjadi asbab perjalanan dibuat lalu bersempatan mendaki bukit di Batu Kikir hari sebelumnya seperti diceritakan dalam Asbab majlis di Jelai - Mendaki Bukit Baginda dan batu berombak.






Tak perlulah diceritakan majlis apa. Cukup sekadar menyatakan adik beradik isteri serta keluarga anak menantu dan cucu ramai hadir. Untuk makluman isteri saya ada 13 orang adik beradik. Campur anak, menantu dan cucu memang lebih 100 orang.



Selepas jam 3 ramai beredar untuk kembali ke rumah masing-masing. Saya pun turut beredar...




Sekali lagi, seperti separuh bahagian hari sebelumnya, bergerak berseorangan. Isteri naik kereta adik untuk ke rumah beliau di Semenyih. Ini kerana mahu melakukan lagi pendakian bukit. Singgah dahulu ke masjid ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Al-Hidayah, Rompin, Jempol di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN.



Keluar dari masjid tengok-tengok kereta kena beratur menunggu. Rupa-rupanya ada kereta api hendak lalu.



Apabila kembali berjalan sempat mengejar kereta api yang menggunakan landasan di sebelah jalan raya.



Masuk ke pekan Bahau.



Tergerak untuk singgah ke stesyen kereta apinya.




Tengok-tengok kereta api tadi sedang menunggu.




Kebetulan rupanya saya keluar petang itu selisih dengan satu antara dua kereta api harian menuju ke arah Kelantan.




Selepas singgah di sebuah lagi masjid (lihat Masjid (Mosque of) India Muslim, Bahau) menuju ke bukit yang hendak didaki petang itu.



Dipendekkan cerita, tidak berapa lama kemudian sampailah ke puncak bukit. Bukan satu malah lapan puncak. Ini termasuk dua yang terkeluar daripada laluan awam, kerana kedua-dua itu lebih tinggi daripada puncak-puncak yang menjadi tarikan umum. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH :-




Namun sepanjang pendakian yang bermula jam 5 petang agak terkejar-kejar kerana mahu mencapai semua puncak yang disasarkan sementara ada cahaya siang. Ketika azan Maghrib kedengaran berkemundang baru keluar dari puncak tertinggi merangkap paling jauh dalam sistem bukit yang merupakan satu banjaran. Jam 8.15, di salah satu puncak baru ada kelapangan untuk membaca Al Quran lalu menamatkan juz ke-18.




Kembali ke kereta sudah jam 9.




Dalam perjalanan ke masjid terdekat ternampak jalan ada nama Tasik Bahau.




Rupanya nama taman pun Tasik Bahau. Teringat satu mimpi tentang tasik luas di sekitar. Cerita akan dipanjangkan dalam artikel seterusnya, tentang pendakian ke satu lagi bukit.




Untuk cerita ini biar ditamatkan dengan persinggahan ke masjid Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Bahau.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan