Salam awal bulan Syawal. Baru hendak berkongsi sedikit gambar dan cerita sekitar raya.
Artikel Iktikaf 29 Ramadan di masjid jamek Muar - Namun dipanggil untuk bergegas ke Tanjung Sepat yang diterbitkan petang Ahad 30 Mac ada menyatakan bagaimana kami anak beranak sepatutnya beraya hari pertama di kampung saya di Muar tetapi bertukar ke kampung isteri di Tanjung Sepat akibat abang isteri meninggal dunia pagi itu. Esoknya pagi Isnin 31 Mac 2025 bersamaan 1 Syawal 1446 Hijriah pergilah saya bersama anak-anak lelaki ke masjid sana untuk bersolat sunat Aidil Fitri.
Tengah hari baru keluar untuk menziarahi sanak saudara.
Ada juga lima buah rumah diziarahi. Tapi cukuplah dua keping gambar di satu rumah ini untuk menunjukkan kemeriahan bersama sanak saudara.
Ini pula suasana di rumah pusaka keluarga isteri pada pagi raya kedua, 1 April...
Isteri ada 13 orang adik beradik. Rata-rata abang dan kakaknya sudah bercucu. Kami bahkan ada cucu saudara berumur hampir 20 tahun...
Bergambar di tangga rumah pusaka.
Berlegar dalam rumah buat suatu masa.
Selepas itu baru keluar lagi beraya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan