Salam petang Selasa 17 Ramadan hari Nuzul Quran. Menurut rancangan asal kami suami isteri sepatutnya berada di masjid warisan keluarga di Batak Rabit, Teluk Intan hingga tengah hari kemudian kembali ke rumah. Sebaliknya kami sedang berada di kampung isteri di Tanjung Sepat, asbab apa yang diselitkan cerita dalam artikel sebelum ini iaitu Pantai Timur Ramadan 2025 - Mencari jejak Puteri Saadong hingga ke puncak Bukit Marak. Pada ketika ini sudah memandu hampir 1,550 km. Asbab perubahan rancangan insyaallah Rabu malam Khamis baru kembali ke rumah, setelah memandu lebih 160 km lagi tambahan. Sekarang biarlah disambung cerita. Pergi pada hari keempat perjalanan.
Pagi Ahad 16 Mac 2025 bersamaan 15 Ramadan 1446 Hijriah kami keluar awal setelah menginap di rumah saudara di Perol, Kota Bahru, Kelantan.
Menuju ke Kubang Kerian lalu di masjid besar ini. Teringat pernah memberikan ceramah sejarah dalam dewan utama solat . Lihat artikel-artikel lama berikut (tahun 2012) :-
Kami ke Kubang Kerian untuk menziarahi makam wali terkenal Kelantan awal abad ke-20, Tok Kenali.
Sudah menjadi kebiasaan kalau ke Kota Bahru mesti singgah ke makam dan masjid almarhum.
Selepas beriktikaf pergi ke Pasar Khadijah untuk mencari juadah istimewa tempatan.
Selepas itu beriktikaf di Masjid Muhammadi.
Perjalanan diteruskan ke masjid Kampung Laut yang baru 2-3 tahun dikembalikan berdekatan lokasi asal. Lihat artikel Masjid Kampung Laut berdekatan lokasi asal (Kampung Laut mosque near original location) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Lokasi asal telah terhakis tenggelam ke dalam Sungai Kelantan. Lihat artikel Kelantan river from the relocated again mosque of Kampung Laut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Seterusnya ke makam Tok Selehor yang hidup sezaman dengan Tok Kenali. Almarhum juga dikatakan bertaraf wali, ada tempat suluk dalam lubang kubur yang menurut ceritanya boleh memberikan pengalaman alam kubur termasuk disoal malaikat Munkar dan Nakir.
Perjalanan diteruskan ke arah Pasir Mas. Terlihat masjid ini terasa hendak singgah. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Gelang Mas, Pasir Mas.
Selepas itu baru ke masjid putih yang memiliki tarikan dan makna tersendiri. Lihat Lawatan baru ke Masjid Brunei (New visit to Brunei mosque), Rong Chenok diikuti New visit to Brunei mosque and Danau Tok Uban.
Puas menjejak tempat-tempat yang ada kena mengena dengan legasi wali-wali di Kelantan sejak zaman berzaman bergerak menuju ke Perak melalui jalan Jeli ke Grik.
Sempat menunaikan solat Tarawikh berjemaah di masjid Grik.
Menziarahi makam Tun Saban di Lawin...
Dekat tengah malam mengambil jambatan klasik ini menyeberangi Sungai Perak ke tempat bermalam dan iktikaf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan