Jumaat, Jun 07, 2024

Musafir ilmu dan buku - Antara ISTAC dan PBAKL

Salam petang Jumaat 29 Zulkaedah 1445 Hijriah. Masuk Maghrib karang kita akan memasuki bulan Islam Zulhijjah, bulan yang sering dikaitkan dengan ibadah Haji di Mekah. Adapun Selasa malam Rabu lalu saya baru sahaja menghabiskan satu sesi permusafiran yang meliputi tempoh 6 hari 6 malam. Sekarang, setelah kebah sedikit rasa penat amat biar dimulakan penceritaan berkenaan.




Tengah hari Khamis 30 Mei 2024, selepas selesai beberapa urusan di sekitar bandar Rawang saya bergegas menghala ke Lembah Klang.



Singgah di kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa) di Gombak untuk satu urusan.



Alang-alang sudah berada di sana singgahlah juga melihat satu pameran. Lihat artikel "The Rise and Fall of the Malacca Sultanate" at IIUM Integrity Week 2024  di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Dekat jam 3 baru bergerak dari Gombak menghala ke barat bandar raya Kuala Lumpur.




Pergi ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku. Kelihatan adalah poster bersaiz A3, bagi mempromosikan buku terbaru saya "Adam (a.s.) and the Origin of Man", yang dicetak di Rawang. Rujuk cerita berkenaan dalam artikel Flyer promosi buku"Adam (a.s.) and the Origin of Man" dan Cara mendapatkan buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man".




Sejak mempersembahkan artikel-artikel tersebut pada pagi, kemudian petang Rabu 29 Mei saya belum mengemaskinikan CATATAN SI MERAH SILU. Ini kerana kesibukan dan kepenatan yang muncul akibat musafir 6 hari 6 malam yang bermula tengah hari Khamis 30 Mei itu.




Secara rasminya, permusafiran bermula kerana mahu mengikuti majlis ilmu di ISTAC seperti tertera dalam poster.




Alang-alang dah keluar dilakukanlah banyak perkara terlebih dahulu termasuk di Rawang dan Gombak itu.




Majlis boleh diikuti melalui rakaman video atas.




Selesai majlis pergi ke Pesta Buku Antarangbangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di WTC (World Trade Centre, dahulunya PWTC iaitu Putra World Trade Centre).




Pesta telah bermula Jumaat 24 Mei. Saya telah berkongsi sedikit hal berkenaan serta penglibatan melalui artikel-artikel berikut :-







Kali ini saya datang lagi dengan tujuan utama untuk meletakkan poster di 2 buah reruai berkenaan. Rujuk Coming - Diskusi buku "Adam(a.s) and the Origin on Man" di 2 tempat petang Sabtu 1 Jun di PBAKL 2024.







Dah alang-alang berada di sana melepak melihat pelbagai ragam termasuk persembahan di pentas sehingga lewat malam.




Selepas itu beriktikaf lalu bermalam di sebuah masjid dekat pinggir pusat bandar raya.




Pagi Jumaat 31 Mei. Menuju ke pusat bandar raya.




Pekena lontong di Chow Kit.




Kemudian pergi ke tanah perkuburan ini di mana saya menyambung rehat barang sejam dua. Hehe... (macam Dracula pulak berehat di kuburan).




Pekena nasi beringin dekat pejabat lama saya The New Straits Times di Jalan Riong, Bangsar...




Selepas itu baru ke masjid ISTAC untuk menunaikan solat Jumaat.








Ada lagi majlis ilmu mahu diikuti di ISTAC.



Mengenengahkan syarahan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar, ia adalah kesinambungan daripada syarahan berkenaan dalam siri sama, pada penghujung bulan April. Lihat Jurang antara akal dan wahyu tidaklah sejauh yang kamu sangka.




Namun untuk syarahan kali ini tidak perlulah dikupas atau diulas. Cukuplah dinyatakan ia memang kesinambungan daripada syarahan terdahulu. Cuma lebih ditekankan hal wahyu dan kenabian berbanding penggunaan akal sebelum dinyatakan bagaimana junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. menzahirkan segala itu dalam mentadbir masyarakat majmuk yang mengisi kota Madinah. Lalu ilmu dan cara pentadbiran itu boleh dinyatakan dalam bentuk falsafah politik atau falsafah siasah.




Oh. Isteri saya datang mengikuti separuh penghujung syarahan. Sebenarnya tujuan beliau datang adalah supaya dapat mewancara Osman selepas itu.




Ini kerana guru saya di ISTAC itu telah memberikan kata-kata aluan bagi buku terbaru saya yang masuk ke PBAKL 2024. Sila ikuti wawancara melalui video atas.




Selesai itu isteri kembali ke rumah. Saya pula meneruskan musafir dengan pergi lagi ke Pesta Buku KL.







Melepak lagi sehingga lewat malam. Selepas itu beriktikaf dan menginap sedikit jauh di luar Lembah Klang. Nantikan sambungan cerita...