Sabtu, November 30, 2024

Sedikit daripada Festival Idea Putrajaya

Masih lagi tentang majlis ilmu tetapi bukan di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Bersambung gerak penulisan daripada artikel Aku adalah aku cuma kerana engkau adalah engkau - Apa cerita ni?.



Merujuk pada artikel Epistemologi tauhid dan cabaran universiti Islam abad ke-21 - Cabaran dan implikasi yang dipersembahkan semalam petang Jumaat. Sekitar sama waktu terlihat poster tentang majlis "Epistemologi Tauhid" itu iaitu lebih seminggu lalu terlihat juga poster atas ini dalam grup WhatsApp ISTAC. Ini kerana Profesor Dato' Dr Ahmad Murad Merican yang mengetuai unit kajian ketamadunan Melayu di ISTAC adalah salah seorang pembentang. Sayang tidak dapat hadir kerana isteri harus ke pejabat di Shah Alam lalu saya perlu menguruskan anak pergi balik sekolah. 

Apapun sampai waktunya dapat menonton melalui Facebook Live. Rupa-rupanya ini adalah forum pertama dalam majlis lebih besar Festival Idea Putrajaya yang berlangsung Rabu hingga Jumaat 27-29 November 2024. Ada banyak lagi komponen majlis sedangkan forum pertama itu sendiri mengemukakan banyak perkongsian menarik.




Ini pula poster bagi forum keempat majlis pagi Khamis 28 November. Yang ini melibatkan penyelia tesis saya di ISTAC, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. Sebetulnya beliau ada memberitahu tentang penglibatannya ketika bertemu dalam satu majlis tertutup di Petaling Jaya Sabtu malam Ahad 23 November lalu mengajak hadir. Poster pula didapati baru muncul dalam grup WhatsApp ISTAC sehari dua kemudian.

Sama juga halnya seperti pada hari Rabu saya tidak dapat hadir kerana isteri perlu ke pejabat, kali ini di Rawang. Nasib baik boleh ke majlis "Epistemologi Tauhid" di ISTAC selepas itu kerana Rawang tidak sejauh Shah Alam lalu isteri sempat mengambil anak kembali dari sekolah petang. Tak perlulah diulas isi forum ini mahupun forum sebelumnya. Cukuplah dikongsikan pautan-pautan berikut tonton pembaca :-



1. Forum 1 - Sejarah Perkembangan Idea - Mengandungi sesi pelancaran festival sekali. Untuk terus ke forum pergi ke jam 1 minit 6.



4. Forum 4 - Idea Masyarakat Madani



Selain itu ada sidang-sidang yang dijalankan secara selari bagi membincangkan perkara-perkara seperti kelestarian dan perubahan iklim juga transformasi digital. Ada perkongsian pemikiran daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin dan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim.   Untuk melihat lebih banyak perkongsian sila masuk Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi. Boleh klik sini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan