Ahad, April 28, 2024

Pusing Putraya atas asbab rumah terbuka raya

Salam malam 20 Syawal 1445 Hijriah. Adapun selepas mempersembahkan artikel Sepintas lalu Seminar Antarabangsa Pembaharuan Pemikiran dan Tamadun Islam di ISTAC pada petang Rabu 24/04/24 saya bercadang untuk berkongsi cerita majlis ilmu seterusnya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) yang berlangsung petang Jumaat 26 April. Tetapi ketika hendak menyediakan gambar-gambar didapati banyak belum dikongsikan daripada fail gambar bulan April. Ini pun dilepaskan dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Sambil itu ada cerita yang elok dilepaskan di sini sebelum masuk bab perkongsian terbaru ilmu.



Petang Sabtu 20 April 2024 bersamaan 11 Syawal 1445 Hijriah saya dan keluarga pergi ke rumah terbuka akak isteri yang diadakan bersama majlis aqiqah cucu beliau di Kampung Jenjarom. Malam itu bermalam di rumah arwah abang isteri di Bukit Changgang. Dari situ menuju ke Cyberjaya esoknya pagi Ahad.



Singgah beraya ke rumah guru saya di ISTAC, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar. Dari laman rumah ada pemandangan menarik tasik Putrajaya. Lihat Putrajaya lake from the back lawn of a house in Cyberjaya.



Dah alang-alang dekat dengan Putrajaya pergi melihat pemandangan belah sana. Lihat PICC and its nice views.




Pergi ke satu bahagian Presint 4 yang sampai sekarang tidak dapat dimajukan kerana ada halangan bersifat ghaib.




Cerita tentang kawasan ini pernah dikongsikan beberapa kali di CATATAN SI MERAH SILU.






Kali terakhir berjalan-jalan begini di Putrajaya rasanya adalah lebih 2 tahun lalu.



















Asbabnya persinggahan kali ini adalah ia terletak di antara laluan dari rumah akak isteri di Jenjarom ke rumah adik isteri di Rinching di mana diadakan rumah terbuka pada petang Ahad pula. Oh. Gambar ini menunjukkan saya menyambung kerja mengumpul bahan untuk cadangan di tesis di ISTAC sambil berhari raya dengan keluarga besar isteri.



Selepas itu mengambil kesempatan berhari raya di rumah bapa saudara saya di Kajang. Apabila sampai kembali ke rumah didapati saya sudah memandu sejauh 283 km.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan