Salam semua. Dalam artikel terakhir dipersembahkan di CATATAN SI MERAH SILU iaitu Antara dunia Melayu dan pemikiran ketamadunan Islam sejagat pada 3 November 10 hari lalu ada disebut telah berlaku kerosakan kereta ketika berada di kampung ibu bapa di Muar hujung minggu sebelum itu. Pada petang sama Sabtu 28 Oktober berlaku pula kerosakan pada kamera digital kesayangan. Apa yang tidak disebut adalah ia nampaknya berlaku kerana terkena tempias hujan lebat. Hari itu, ketika keluar hendak berjalan-jalan dengan ibu bapa menaiki kereta yang kemudian rosak itu saya ada mahu mengambil gambar. Tengok-tengok kamera tiada dalam pouchbag. Bila kembali ke rumah ibu bapa ternampak ia tersangkut di pintu pagar terkena air hujan. Nampaknya terlupa ada meletakkan ketika hendak mengalihkan sesuatu di pintu pagar sebelum keluar.
Kerosakan kereta menyebabkan tidak dapat balik ke rumah seperti dirancang untuk petang Ahad 29 Oktober. Walaupun ada bengkel betul-betul di hadapan rumah lalu boleh terus dihantar petang Sabtu barang ganti pula cuma boleh didapatkan apabila kedai-kedai di bandar Muar dibuka hari Isnin 30 Oktober. Petang Isnin itu, sementara menunggu kereta siap diperbaiki, keluar berjalan-jalan dengan isteri menaiki skuter milik bapa. Singgahlah minum kopi di restoran terkenal Kopi 434. Ambil gambar menggunakan kamera rosak.
Yang sebenarnya rosak adalah paparan digital kamera. Masih boleh mengambil gambar, cuma tak tahu rupa akibat paparan menjadi gelap lalu pandai-pandailah agak bagaimanakah rupa. Kenapa boleh tahu ini? Kerana selepas mengambil gambar didapati ia masih boleh dimuat naik ke dalam komputer riba. Itu yang apabila singgah di Melaka selepas kereta siap diperbaiki lewat malam dapat mengambil gambar atas ini walau tidak kelihatan dalam paparan digital. Dapatlah mengambil beberapa keping gambar satu tempat menarik yang seingat saya tidak pernah disinggahi sebelum ini walaupun sudah entah berapa banyak kali lalu jalan di hadapannya. Lihat artikel
Perigi (Well of) Hang Li Po di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Gambar ini pula diambil jam 1.11 petang Selasa 31 Oktober di sekitar taman perumahan iaitu Bandar Sungai Buaya. Melihat pada waktu ia harus selepas mengambil anak kembali dari sekolah pagi di kampung berdekatan.
Bagaimana boleh tahu waktu tepat gambar-gambar diambil? Kerana ia boleh disemak setelah dimuat naik ke dalam komputer riba. Gambar atas ini pula diambil jam 7.15 pagi Sabtu 4. Ketika itu saya sedang membawa anak dan isteri bergegas ke Janda Baik untuk mengambil seorang lagi anak keluar bercuti dari ma'ahad tahfiz.
Anak-anak tahfiz dibenarkan keluar balik bercuti setiap Sabtu awal bulan lalu dikembalikan ke asrama sebelum jam 7 petang Ahad. Oleh kerana pagi itu juga ada mesyuarat keluarga melibatkan urusan hartanah Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Mekah (dan juga di Singapura) kami ke tempat mesyuarat di Selayang dahulu sebaik sahaja dapat membawa anak keluar.
Gambar ini pula diambil jam 7.13 petang di surau berdekatan selepas menghantar anak kembali masuk tahfiz. Saya pergi tanpa membawa isteri dan anak seorang lagi. Kalau bawa, malam itu juga harus kembali ke Sungai Buaya. Ini kerana isteri bekerja sementara anak bersekolah esok harinya. Tanpa saya isteri masih boleh menghantar anak ke sekolah pagi sebelum ke tempat kerja. Cuma saya perlu mengambil petang sebelum menghantar ke sekolah agama...
Malam itu saya menginap seorang diri di surau. Pagi Isnin 6 November, sebelum kembali ke Sungai Buaya, singgah bermandi manda di satu kawasan sungai yang sudah agak lama tidak dijejaki di Janda Baik. Ada satu cerita menarik tentang kawasan melibatkan seorang gadis yang dahulu beriya-iya mahu menjadi isteri saya. Tetapi beberapa lama kemudian, atas pengaruh siapa entah (rasanya tahu siapa sebenarnya), saya pula dituduh telah mengguna-gunakanya. Lihat
Cerita An-Nur yang membawa kepada Umrah 2005 dan seterusnya....
Jumaat malam Sabtu 10 November, saya membawa isteri dan anak ke Sarang Art Hub di Tanjung Malim. Ini adalah untuk membuat beberapa persediaan akhir bagi menjayakan satu acara keesokannya. Lihat artikel-artikel berikut di
blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) :-
Gambar ini pula diambil awal pagi Sabtu 11 November di hadapan home stay atau inap desa tempat kami menginap.
Letaknya di tepian jalan besar seberang kampus utama UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris).
Bergerak ke pekan lama Tanjung Malim.
Alhamdulillah dapat menjayakan acara yang berlangsung pagi hingga lewat malam. Lihat artikel-artikel berikut :-