Jumaat, Mei 05, 2023

Perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023 - Faktor Negeri Sembilan sebagai penutup

Salam petang Jumaat 5/5/2023 bersamaan 14 Syawal 1444 Hijriah. Pergi pada hari terakhir perjalanan baru ke selatan yang selesai seminggu lalu. Bersambung daripada artikel Perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023 - Mengimbau kenangan lama di Kluang.



Pagi Jumaat 28 April bersamaan 7 Syawal. Selepas bermalam di rumah kakak ipar di Felda Jelai kami pun bersedia untuk menyambung perjalanan.




Esoknya anak sulung harus kembali masuk kerja. Jadi harus hantar ke Kuala Lumpur selewatnya tengah malam. Sementara ada masa kami berjalan-jalan. Antaranya di tempat ini di Kampung Jambu Lapan dekat Bahau. Lihat artikel A look again at the Muar-Jempol rivers meet area di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Selepas berhari raya di rumah sepupu isteri di Kuala Jemapoh singgah pula di masjid ini di Tanjung Ipoh untuk menziarahi makam Tuan Tulis...






Kemudian masuk ke bandar diraja Seri Menanti.






Kemudian ke istana lama yang sudah menjadi muzium...



Perjalanan diteruskan ke Seremban di mana kami berhari raya di rumah seorang lagi sepupu isteri kemudian ke Semenyih untuk berhari raya di rumah adik ipar.




Secara rata perjalanan hari itu dibuat dalam Negeri Sembilan. Ini kerana walaupun Semenyih terletak di dalam negeri Selangor ia pernah berada di dalam Negeri Sembilan sebelum berlaku pertukaran wilayah penghujung abad ke-19 iaitu Semenyih dan kawasan selatannya Beranang diserahkan kepada Negeri Sembilan sebagai  ganti Selangor melepaskan kawasan ke selatan Sepang yang mengandungi Lukut termasuk Port Dickson yang dahulu dikuasai Selangor.

Oh. Sampai ke rumah tengah malam meter kereta menunjukkan saya telah memandu sejauh  1,176 km. Campur perjalanan dengan kereta sewa di Singapura (lihat Perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023 - Satu hari di Temasek) yang didapati memakan jarak sekitar 165 km kami telah berjalan sejauh sekitar 1,341 km.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan