Jumaat, Januari 13, 2023

Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Berjimba di Patani walau kereta rosak.

Salam pagi Jumaat 13 Januari 2022 bersamaan 20 Jamadil Akhir 1444 Hijriah. Pergi kita pada penceritaan hari ke-6 perjalanan selatan Thailand baru ini. Bersambung daripada artikel Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Dugaan selepas makam Sheik Abdul Samad.



Awal pagi Selasa 28 Disember 2022. Melihat pemandangan betul-betul di luar bilik hotel di Patani.




Tergerak pula naik ke tingkat tertinggi hotel. Selain menikmati pemandangan sambil menunggu matahari naik dapat juga membaca beberapa muka surat Al Quran. Lihat artikel Patani skyline from the hotel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Selepas matahari terbit tergerak untuk membuat hantaran ke Facebook menggunakan gambar atas dengan teks berikut. Ia adalah kali pertama saya memaklumkan perjalanan kepada umum sejak ia dimulakan...


SEMUANYA DALAM ATURAN ALLAH JUA...

Baru selesai mengaji 4 muka surat terawal juz 3 Al Quran sebagai sebahagian daripada proses mengkhatamkan Al Quran bagi bulan Jamadil Akhir. Berhenti sebentar untuk menikmati suasana selepas matahari terbit di bandar Patani. Adapun saya, isteri dan 4 orang anak sudah masuk hari ke-6 perjalanan dari rumah untuk pusing Selatan Thailand. Perjalanan boleh diringkas begini :-

Hari pertama Khamis 22 Disember 2022 - Rawang-Teluk Intan-Beruas-Jitra

Hari kedua - Jitra- Arau-Wang Kelian-Satun-Tammalang-Pak Bara-Trang

Hari ketiga - Trang-Nakhon Si Thammarat

Hari keempat - Nakhon-Songkhla-Hatyai

Hari kelima (semalam) - Hatyai-Chana-Patani

Semalam petang kami diuji apabila kereta menghadapi masalah lalu enjin mati sekitar 55 km sebelum bandar Patani. Didapati bila main minyak baru boleh hidup, bila tak tekan minyak lalu rev turun ke bawak 1,500 RPM enjin akan mati lagi. Alhamdulillah, setelah beberapa lama akhirnya dapat masuk gear (automatik) untuk menyambung perjalanan walaupun setiap kali ada lampu merah atau banyak kereta perlahan juga road block enjin mati, brake jadi berat seperti tak mahu makan dan power steering pun tak jalan. Perlu kombinasi main minyak dan gear untuk sambung lagi perjalanan lalu dapat juga sampai ke hotel kami lewat petang.

Sekarang kereta berada dalam bengkel sementara kami anak beranak memang mahu berada di Patani sehingga esok tengah hari. Semoga perjalanan kembali lancar selepas ini dan kami dapat mencapai matlamat. Doakan ya...




Suasana di luar halaman hotel.



Apabila mendapati ada kedai makan buka betul-betul di luar hadapan hotel saya mengajak keluarga keluar bersarapan.



Tetapi cuma isteri dan anak perempuan ikut. Yang lain masih mahu berehat dalam bilik. Selepas kami sendiri selesai makan bawa bungkusan untuk anak-anak yang lain lalu dapat dimakan bersama di luar bilik yang terletak sangat dekat dengan kolam renang juga sungai...







Kiranya kali ini beri pulang untuk anak-anak menghabiskan lebih banyak masa di hotel.  Sekitar jam 1.30 petang baru hendak berjalan ke luar lalu meminta seorang kaki tangan menghantar.



Naik kenderaan ala tuk tuk kecil berupa gerabak yang ditarik dengan motosikal.



Cukuplah hingga ke masjid utama di tengah bandar Patani lalu kami minta ditinggalkan. Lihat Lawatan baru ke (New visit to) masjid pusat (central mosque of) Patani  dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)




Selepas itu berjalan kaki melihat pusat bandar. Lihat Walking through Patani town centre.




Selepas masuk ke sebuah pasar raya asalnya hendak membelok ke kiri bagi meneruskan perjalanan. Entah kenapa boleh bertukar fikiran masuk ke kanan ambil satu jalan. Tengok-tengok terserempak dengan kenalan orang tempatan yang membantu kami mendapatkan mekanik bagi melihat kereta yang bermasalah. Rujuk kembali cerita berkenaan dalam Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Dugaan selepas makam Sheik Abdul Samad.

Kebetulan ini berlaku di hadapan sebuah kedai satay yang katanya menjadi kegemaran ramai di Patani. Kami pun disarankan mencuba sambil beliau menyelesaikan satu urusan. Selepas itu boleh menghantar kami ke hotel.




Ketika makan satay sambil menunggu tiba-tiba mendapat panggilan dari mekanik mengatakan kereta kami sudah boleh berjalan dan beliau akan menghantarnya pada malam. Tapi kami pula berfikir elok ambil awal. Apabila kenalan sampai kami meminta menghantar ke bengkel ke luar sikit dari bandar.




Rupa-rupanya mekanik sedang berada di Hatyai. Namun pembantu-pembantunya ada bagi menyelesaikan urusan seperti bayaran. Inilah kereta kami di bengkel.




Walaupun barang ganti bagi alatan yang bermasalah tidak dapat ditemukan sekurang-kurangnya dapat dibaiki sehingga boleh dipakai buat suatu waktu. Cukuplah bagi meneruskan perjalanan malah mungkin boleh pakai setahun dua lagi barangan berkenaan.




Cuma apabila hendak berundur tengok-tengok tak boleh langsung. Gear sudah jadi bermasalah.




Dengan itu kereta ditinggalkan lagi ke bengkel. Adik kepada mekanik (mekanik juga adalah pemilik bengkel di hadapan rumah) pun menghantar kami kembali ke hotel dengan menaiki kereta pick up...




Sampai ke hotel saya mengambil peluang untuk menyelesaikan sedikit bacaan akademik melibatkan pengajian pasca-siswazah di ISTAC (Institut Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.




Oh. Baru teringat. Ketika berada di dalam kuil terbesar dan terpenting di selatan Thailand iaitu di Nakhon Si Thammarat pada pagi Sabtu 25 Disember penyelia tesis saya di ISTAC, Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar memberitahu melalui WhatsApp bahawa artikel saya yang ditulis bersama beliau dalam jurnal Al-Shajarah terbitan ISTAC telah pun keluar lalu beliau telah menghantar salinan edisi jurnal berkenaan melalui e-mail. Menariknya edisi itu dinyatakan terbit pada 22 Disember. Ia adalah hari pertama perjalanan selatan Thailand ini dimulakan. Lihat Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Mukadimah di Perak dan Kedah.




Lewat malam, selepas sampai ke Patani hari Ahad 26 Disember baru tergerak untuk berkongsi kegembiraan dengan meletakkan gambar-gambar atas berserta teks berikut...


Alhamdulillah. Glad to inform that my journal article written with my supervisor, the eminent world-class thinker Emeritus Professor Datuk Dr Osman Bakar has been published in the 2nd volume of the 2022 edition of the journal Al-Shajarah released on 22/12/22. For information it is a journal of international repute and status published by ISTAC, the Institute of Islamic Thought and Civilisation which is recognised as a place of world-class high intellectual persuasion especially in the Muslim world.

Sesungguhnya ini sesuatu yang membangkitkan semangat dalam perjalanan hidup saya yang sangat sayangkan ilmu. Keluarnya artikel yang ditulis bersama seorang cendekiawan Melayu Islam bertaraf dunia menunjukkan suatu macam pengiktirafan terhadap pemikiran intelektual saya. Ia boleh dicapai di sini. Sekarang menunggu masa sahaja untuk tesis diluluskan dan kajian berkenaan diiktiraf pula.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan