Salam semua. Setelah beberapa hari sampailah masa untuk ke hari terakhir perjalanan. Bersambung daripada Perjalanan Terengganu 2022 - Daripada Walid Ibrahim ke Habib Omar. Pada ketika ini saya dan keluarga sebenarnya telah memulakan satu perjalanan baru iaitu ke Cameron Highlands. Cuma kami harus berada dahulu di Serendah sehingga selepas Asar kerana anak bongsu kami perlu hadir majlis perlimau tapak dan mandi minyak untuk silat.
Kami telah bermalam di rumah kawan di Beserah, Kuantan setelah sampai dari Terengganu selepas tengah malam. Pagi keesokannya Isnin 31 Oktober 2022 saya, isteri dan anak keluar berjalan kaki ke satu arah.
Kami mahu ke pantai berdekatan rumah bagi menunaikan hajat anak mahu mandi laut...
Tengok-tengok boleh tahan jauh juga berjalan kaki untuk ke pantai.
Kami pula sengaja pergi ke bahagian yang lebih tersembunyi sebelum ke bahagian lebih umum pantai. Lihat artikel The beach at Pantai Pelindung di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Tidak jauh dari situ pula terjumpa surau cantik boleh disinggahi untuk membersihkan diri lalu bertukar pakaian bersih. Lihat artikel Surau (Praying hall of) Al-Hidayah, Kampung Pelindung di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Tengah hari itu baru keluar bersama kawan-kawan untuk makan di pantai umum sana.
Sementara menunggu makanan dihidangkan saya pergi ke pantai untuk membaca beberapa muka surat Al-Quran. Lihat The public part of Pantai Pelindung.
Lepas itu baru layan makan...
Selepas makan kawan yang duduk di Beserah menunjukkan kubu lama tempat orang berperang di hadapan.
Nampak gaya seperti buatan British pada zaman Perang Dunia Kedua tahun 1940an...
Saya dan anak masuk sat main tembak-tembak...
Jam 2.30 petang baru bergerak untuk meninggalkan Beserah.
Masuk ke pusat bandar raya Kuantan untuk menunaikan pula satu hajat saya...
Sejak pertama kali terlihat menara yang ada iaitu dalam perjalanan ke Pantai Timur penghujung tahun 2019 saya teringat sangat hendak naik ke atas. Lihat artikel A brief look at the Kuantan waterfront diikuti Views from the Kuantan 188 tower.
Selepas itu bergeraklah kami untuk kembali ke Lembah Klang...
Dengan ini cukuplah cerita. Selepas ini harus melihat anak mandi minyak kemudian bergerak ke Cameron Highlands. Sekian, wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan