Selasa, September 27, 2022

Misi keluarga Laksamana part V - Dari Gunung Keledang ke Banjaran Bintang menunaikan hajat

Pergi pula ke hari ke-3 perjanalan baru ke Perak. Bersambung daripada Misi keluarga Laksamana part V - Beruas, Batu Dinding dan Bukit Syamsul Bahrin.



Pagi Isnin 19 September 2022. Setelah bermalam di sebuah homestay atau inap desa di Kampung Manjoi, Ipoh saya pun bersedia untuk ke tempat seterusnya.




Sudah disebut dalam artikel pertama siri iaitu Misi keluarga Laksamana part V - Persinggahan di Batak Rabit membawa ke Lambor dan Beruas bahawa tujuan utama perjalanan dibuat adalah untuk menghadiri sesi perbicaraan terbaru di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh melibatkan hal keluarga keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin (Perak) pagi itu. Maka ke mahkamahlah saya.







Kali ini masuk awal ke dalam dewan perbicaraan lalu harus menunggu lama sebelum perbicaraan bermula. Manfaatkan masa dengan menyemak beberapa perkara menggunakan komputer riba yang selalu dibawa merata. Dapat juga mengaji Al-Quran beberapa muka surat bagi meneruskan proses khatam bagi bulan Safar.



Selesai bicara terus bergerak ke arah timur pinggir bandar raya Ipoh.




Saya telah menetapkan sasaran mahu sampai ke puncak gunung yang kelihatan. Tingginya lebih 2,600 kaki dari paras laut. Namanya Gunung Keledang. Saya sudah lama menyimpan hasrat apabila terlihatnya dekat dengan rumah seorang kenalan yang disinggahi beberapa tahun lalu. Lihat artikel  Jalan-jalan Ipoh : Melacak nostalgia tanah milik Melayu yang sudah terlepas tangan... yang ditulis penghujung 2017. Sebetulnya ada kena mengena dengan hal mahkamah kerana di rumah itulah kenalan menunjukkan satu artikel yang katanya daripada suatu majalah, atau makalah di Mekah menunjukkan sejumlah hartanah di keliling Masjidil Haram yang mahu dibangunakan termasuk di atas tanah milik moyang saya Laksamana Muhammad Amin.




Alhamdulillah setelah beberapa lama tercapai hajat hendak mendaki ke puncak. Lihat artikel-artikel berikut dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH :-








Perjalanan diteruskan dengan mengambil jalan lama ke Kuala Kangsar.




Sempat singgah mandi di suatu tempat sebelum melalui Sungai Siput. Lihat Taking a dip at Lata Ulu Chepor.






Masuk ke bandar diraja untuk menziarahi makam  Laksamana Muhammad Amin di kawasan pemakaman diraja Perak di Bukit Chandan...






Perjalanan diteruskan ke arah Lenggong di mana saya singgah di satu bahagian tepian tasik kemudian tepian sungai. Lihat artikel  Jetty to Jenalik island diikuti Jetty to Kampung Beng.




Pergi pula ke masjid ini lalu singgah di makam sebelahnya. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Sumpitan diikuti Makam Penghulu Meor Alwi waktu siang (Tomb of Penghulu Meor Alwi in daytime) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Dari situ mengambil jalan rentas gunung ke arah barat untuk menyeberang Banjaran Bintang lalu mandi di air terjun tinggi ini.







Air terjun itu dan satu air terjun lain berdekatan pernah ditunjukkan dalam artikel Misi Keluarga Laksamana part III - Menyambung penyelidikan seorang diri sebelum berkejar ke Kota Raja Bersiong. Tetapi ketika itu tak sempat mandi kerana kesuntukan masa. Dan hari sudah hendak gelap pula.




Kali ini baru tertunai hajat untuk mandi di air terjun. Untuk yang di atas ini insyallah lain kali...



Perjalanan diteruskan ke arah Taiping.



Makan malam di pekan Batu Kurau. Singgah sebuah masjid sebelum itu dan satu lagi di pekan selepas makan. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Al-Kahfi, Jelai, Batu Kurau diikuti Masjid jamek (Main mosque of) Batu Kurau.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan