OK. Biar dibuat artikel kompilasi tentang perjalanan pertama ke Muar tahun 2022 walaupun cuma memakan tempoh 3 hari 3 malam dan cuma ada beberapa artikel tentangnya.
Perjalanan dibuat supaya dapat menghadiri satu majlis ilmu di Bukit Katil, Melaka pada pagi Ahad 6Mac 2022 juga kembali ke kampung di Muar bertemu orang tua. Jadi diputuskan pergi ke rumah mereka dahulu dengan bergerak dari rumah sendiri di Selangor hari Khamis malam Jumaat 3 Mac. Singgah ke Bukit Melaka sebelum ke rumah ibu bapa. Siang Jumaat pergi seorang diri bersolat Jumaat di Masjid Jamek Muar kemudian beriktikaf buat sejam dua.
Hari Sabtu baru membawa keluarga dan ibu bapa berjalan merata. Seperti biasa apabila ada peluang kami akan bersarapan hidangan nasi beringin di kedai berkenaan di kompleks perhentian bas tepi Sungai Muar. Ahad selepas majlis di Melaka singgah ke pusat bandar raya kemudian menuju ke Kuala Pilah lalu menziarahi lagi beberapa tempat bersejarah. Apabila kembali ke rumah meter menunjukkan kereta sudah berjalan hampir 680 km. Sedangkan perjalanan pergi balik ke rumah ibu bapa adalah 480 km. bermakna ada 200 km lagi tambahan berjalan-jalan ke sana ke mari.
1. Perjalanan pertama ke Muar tahun 2022 - Antara Bukit Melaka dengan pilihan raya negeri Johor
2. The waterfront and jetty besides the Muar river in Panchor
4. Semarak Cinta Watan : Menjejaki Permata Tuah
5. Rumah (House of) Munsyi Abdullah
6. Lawatan terbaru ke makam (Latest visit to tomb of) Sheikh Shamsuddin Sumatrani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan