Ahad, April 11, 2021

Kompilasi cerita kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003

Salam malam 28 Sya'aban. Satu perkara yang saya sendiri sangat tertunggu-tunggu. Dapat menyelesaikan semua yang perlu dikongsikan tentang perjalanan kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003 lalu dapat mempersembahkan kompilasi cerita.


 

Perjalanan ini berlaku setelah mendapat gerak hati untuk berjalan kaki 5 km dari masjid di Jalan Gombak menuju ke pusat bandar raya Kuala Lumpur selepas menunaikan solat Jumaat, Ini membawa masuk ke satu jalan selepas Hospital Tawakal di Jalan Pahang. Gerak seterusnya menyuruh untuk masuk ke sebuah kedai cermin mata lalu terlihat satu buku atau lebih tepat risalah photostat tentang Tok Pulau Manis, wali besar Terengganu abad ke-17. Ini seterusnya membawa saya untuk mengambil bas lebih 400 km ke Kuala Terengganu malam itu juga.

Perjalanan dilakukan untuk mencari makam Tok Pulau Manis lalu berlaku beberapa perkara termasuk menerima risalah yang menyatakan kaitan wali dengan Saidina Hassan, cucu sulung Nabi Muhammad SAW. Walaupun sebenarnya banyak perkara berlaku dalam perjalanan cukuplah tiga artikel untuk merangkumi segala cerita. Cukuplah untuk melepaskan gerak. Sesungguhnya hal ini terasa ada kena mengena dengan kedatangan seorang Sheikh berketurunan Tok Pulau Manis ke rumah, tiba-tiba sahaja beliau mahu bertemu lalu menghadiahkan sebuah kitab yang terkait dengan wali besar itu pada petang Khamis kurang 3 hari lalu.


1. Kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003 - Mencari wasilah ke Aceh 

2. Kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003 - Ayah Weng dan tiga malam di surau hadapan

3. Kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003 - Makam kaum kerabat di Kuala Berang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan