Isnin, Januari 11, 2021

Perjalanan di selatan penghujung 2020 - Mandi laut di Kuala Sungai Baru dan telur belangkas di Kuala Linggi

Salam hari Isnin malam Selasa 11 Januari 2021. Petang tadi telah diumumkan bahawa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang menghad pergerakan cuma dalam radius 10 km sahaja dari rumah telah dilaksanakan kembali di beberapa negeri termasuk Selangor, Melaka dan Johor. Alhamdulillah. Nasib baik saya dan keluarga sempat keluar dari Selangor untuk berjalan di Melaka dan Johor penghujung tahun lalu. Sekarang biar dipersembahkan cerita terakhir daripada perjalanan tersebut. Bersambung daripada artikel Perjalanan di selatan penghujung 2020 - Kopi 434 Muar dan air pear.


Pagi Ahad 27 Disember 2020. Selepas bermalam di rumah ibu saudara di Kampung Pulau, Masjid Tanah kami bersedia untuk meneruskan perjalanan.


Adapun rumah tersebut terletak cuma terletak 6 km lebih sahaja ke perairan Selat Melaka. Malam sebelumnya ibu saudara ada membawa saya dan isteri berjalan-jalan sehingga ke Pengkalan Balak 10 km dari rumah.


Kami juga dibawa menyusuri jalan pantai sehingga ke Kuala Sungai Baru. Paginya kami bersama anak-anak bergerak ke pekan tersebut kemudian mengambil jalan pantai lebih jauh ke arah utara/barat laut. Lihat artikel Kuala Sungai Baru coastal route di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Sampai di satu kawasan yang menenangkan kami berhenti rehat sambil memberi peluang anak-anak bermandi-manda. 


Ini gambar selepas mereka sudah puas mandi laut lalu dibilas dan tukar pakaian. Sebetulnya saya turut mandi sama. Untuk gambar-gambar pantai lihat The beach at Kampung Tengah.


Perjalanan diteruskan dengan menyusuri lagi jalan pantai sehingga ke Kuala Linggi.


Ambil satu simpang lalu sampai ke tanah perkuburan ini.


Ada sebuah makam yang dianggap istimewa oleh mereka yang tahu. Sila baca cerita berkenaan dalam artikel lama Cerita perjalanan Linggi/ Kuala Linggi. Siapa pula Tok Bali?


Tapi kali ini tujuan utama kami ke kawasan ini adalah untuk mencari pantai yang namanya seperti satu tempat istimewa bagi Kesultanan Perak. Entah ada kena mengena ke bagaimana. Letaknya hampir ke kuala Sungai Linggi yang memiliki kedudukan istimewa dalam sejarah persekitaran. Lihat Beach of Beting Beras Basah.


Selepas itu baru pergi ke tapak kota lama dekat kuala sungai. Dekat tepi kota yang terletak di atas bukit ada sebuah makam lama. Rujuk artikel lama Cerita perjalanan Linggi/ Kuala Linggi. Baru ditemui makam yang dicari... lebih sebulan kemudian!.
.

Cuma dahulu makamnya kelihatan buruk tak terjaga. Kini sudah ada batu nesan baru siap dengan nama. Lihat artikel Makam (Tomb of) Pateh Akil di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Ketika ke makam itu sudah jam 2. Semua orang sudah lapar. Nasib baik ada kedai makan dibuka di Kuala Linggi.


Menariknya ada hidangan belangkas dan telur. Sebetulnya perkara ini saya baru dapat tahu ketika mandi laut pagi. Orang tempatan beritahu bahawa di Kuala Linggi ada hidangan tersebut. Malah diberinya saya dan anak-anak seekor belangkas hidup buat main-main. Lihat video berkenaan di sini.


Selepas makan kami pun mengambil jambatan menyeberangi Sungai Linggi lalu masuk ke Negeri Sembilan.





Singgah pula makam dengan batu-batu megalith di Pengkalan Kempas. Sila cari sendiri cerita berkenaan.






Selepas itu malas dah nak singgah mana-mana lagi. Terus cari jalan terpantas ke Lembah Klang.


Jam 5 sampai ke bandar raya Kuala Lumpur.


Apabila sampai ke rumah jam 5.40 meter kereta menunjukkan kami sudah berjalan sejauh 1,013.9 km. Kalau dicampur perjalanan di Pengkalan Balak dan sekitar dengan kereta ibu saudara ada le 1,040 km.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan