Pembaca setia blogspot ini harus tahu bahawa setiap kali saya ada mengadakan acara atas nama HIKMAH (Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman) mesti ada sedikit sebanyak disebut dan diceritakan tentangnya di blogspot ini walaupun ada blogspot khas untuknya iaitu Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Namun entah kenapa kali ini, untuk acara ke-22 kami yang telah selamat berlangsung di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Kuala Lumpur pada 22 Februari 2020 terlupa langsung untuk menyebut tentangnya. Yang ada sekadar menyatakan dalam satu dua artikel bahawa ada acara perlu ditangani. Oleh itu biar artikel 'penggulungan' acara yang baru siap di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) beberapa minit tadi disalin isi untuk membentuk artikel ke 1,915 di sini.
------------------
Salam sejahtera semua. Setelah beberapa lama sampailah masa semua artikel yang telah dibuat tentang acara ke-22 HIKMAH di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) dikumpulkan pautan dalam satu artikel 'penggulungan'. Sekadar mengingatkan turutan peristiwa dan keadaan. Adapun acara di ISTAC itu adalah kesinambungan bagi acara ke-21 HIKMAH di Aceh setengah tahun lalu. Lihat Acara kedua puluh satu HIKMAH di Kompleks Makam Sultan Malikus Saleh membawa ke Muzium MAPESA/Pedir, Aceh 1-3 September 2019. Sebelum itu HIKMAH pernah berehat panjang daripada mengadakan apa-apa acara. Malah sebenarnya kami tidak mahu lagi mengadakan majlis sampai bila-bila.
Hal ini diputuskan selepas mengadakan acara ke-20 HIKMAH di bahagian lain Aceh (lihat Acara kedua puluh HIKMAH di Rumah Cut Nyak Dhien, Aceh 19 Mac 2017). Sebab musabab ada diceritakan dalam artikel Menyerahkan HIKMAH kepada orang Aceh - Ke mana hala tuju selepas ini?. Ketika itu sepanduk utama HIKMAH yang telah dibawa ke sana ke mari sejak hampir penghujung tahun 2012 (rujuk Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012) baru diserahkan kepada orang Aceh. Selepas beberapa lama sepanduk 'ditapakan' di wilayah yang sangat terkenal dengan perjuangan tinggi Islam itu baru timbul isyarat dan gerak untuk mengadakan kembali acara.
Jadilah acara ke-21 di Aceh September tahun lalu selepas sepanduk dibawa merata pusing Aceh dan utara Pulau Sumatera dalam satu pengembaraan darat yang meliputi jarak dekat 2,000 km. Lihat Kompilasi artikel perjalanan pusing Aceh dan utara Sumatera 28 Ogos - 4 September 2019 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Acara ke-22 di ISTAC pada 22 Februari 2020 pula menyaksikan sepanduk dibuka kembali di Malaysia menandakan perjuangan disambung lagi di tanah air ini. Ia juga adalah simbolik membawa semangat perjuangan Aceh yang sebenarnya ada kaitan dengan Semenanjung Tanah Melayu malah ISTAC itu sendiri. Kaitan khas dengan ISTAC ada kena mengena dengan tema acara iaitu "Salam Fakir Andalusia".

Persediaan untuk acara...
1. Acara ke-22 HIKMAH di ISTAC - Menyelami irama asyik Andalusia bagi menongkah arus zaman
2. Sedikit perkembangan terbaru tentang penganjuran acara ke-22 HIKMAH di ISTAC
3. Tatacara penggunaan ruang bagi acara ke-22 HIKMAH di ISTAC
4. Beberapa persiapan akhir bagi acara ke-22 HIKMAH di ISTAC
Apa yang berlaku sepanjang acara...
1. HIKMAH ISTAC 2020 - "Salam Fakir Andalusia", kelebihan ilmu dan signifikan mengadakan acara di ISTAC
Kertas kerja atau/dan perkongsian rasa yang telah dipersembahkan...
1. Benua Tua Melayu Sumber Peradaban Dunia – Radzi Sapiee @ Merah Silu, pengkaji dan penulis buku, presiden HIKMAH
2. Keris Sebagai Pakaian Peradaban Melayu – Tengku Ahmad Ridhaudin, penulis dan calon PhD di ISTAC dalam bidang pemikiran Islam khusus pada kajian keris, presiden ISTACSS (Persatuan Pelajar ISTAC)
3. Ilmu Kejuruteraan di Alam Melayu dan Islam – Shaiful Hakim, pensyarah kejuruteraan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan calon double PhD dalam bidang Aerospace Engineering di UPNM dan Institut National Science Applique (INSA) di Bourges, Perancis
4. Dinar dan Dirham Sebagai Wadah Kebangkitan Ummah – Hazrin Marjan, perunding kewangan Islam dan aktivis dinar dirham
5. Melayu dan Islam Berpisah Tiada – Profesor Datuk Dr Awang Sariyan, penyandang Kursi Za’aba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
6. Semangat Keilmuan Andalusia Dalam Menongkah Arus Zaman – Radzi Sapiee @ Merah Silu, pengkaji dan penulis buku, presiden HIKMAH
6. Semangat keilmuan Andalusia dalam menongkah arus zaman
Acara juga boleh diikuti melalui video klip...
Video-video sekitar acara ke-22 HIKMAH di ISTAC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan