Jumaat, Mac 08, 2019

Pesta Buku Selangor 2019 dan aspirasi buku baru

Salam pagi Jumaat 1 Rejab tahun 1440 Hijriah. Adapun pada awalnya saya bercadang untuk berkongsi cerita satu majlis ilmu yang dihadiri di Dewan Bahasa dan Pustaka semalam untuk pagi ini. Sambil itu saya perlu bersedia untuk bergerak ke majlis ilmu lain di tempat saya belajar iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Dunia Melayu) sebentar lagi. Tengok-tengok dalam fail koleksi gambar saya untuk bulan Mac ada beberapa cerita perlu dilepaskan terlebih dahulu. Ini untuk blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Yang lain sudah dikongsikan di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Sabtu lepas saya dan keluarga telah bermalam di kampung isteri di Tanjung Sepat, Selangor. Ahad keesokannya kami singgah di Shah Alam dalam perjalanan balik ke rumah lalu ke Pusat Konvensyen Shah Alam.








Adapun Pesta Buku Selangor 2019 telah bermula di sini pada 28 Februari iaitu Khamis lalu. 


Ia akan berlangsung sehingga hari Ahad 10 Mac  iaitu hujung minggu ini.


Pesta buku yang diasaskan beberapa tahun lalu ini dilihat semakin meriah tahun demi tahun.





Sayangnya saya tidak sempat untuk mempersembahkan buku baru di pesta ini mahupun Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini hingga awal April.





Doakan buku baru yang akan menjadi buku ke-13 saya itu dapat ditatap pembaca pertengahan tahun ini ya. Saya sekarang sedang menunggu satu penerbit jika mereka berminat. Pada masa ini mereka sedang menumpukan kepada buku-buku baru yang sudah dijadualkan mahu dikeluarkan untuk PBAKL 2019. Kalau selepas itu mereka tidak berminat saya akan berusaha untuk menerbitkannya sendiri. Sekadar melepaskan gerak untuk 1 Rejab lihat juga artikel-artikel yang telah dipersembahkan di blogspots saya yang lain :-





Istana Bandar (The Bandar Palace), Jugra


Tiada ulasan:

Catat Ulasan