OK. Sekarang baru boleh masuk tentang pesta buku. Bersambung cerita daripada artikel Menyingkap sejarah keturunan raja-raja Bugis di Tanah Melayu.
Merujuk kepada artikel Tinjauan awal Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 yang dipersembahkan Isnin hampir seminggu lalu. Ada disebut di dalamnya bahawa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau PBAKL edisi tahun 2018 akan berlangsung di bangunan PWTC, Kuala Lumpur sehingga Ahad 6 Mei iaitu hari ini.
Turut disebut saya dan keluarga bercadang untuk datang lagi Selasa 1 Mei, cuti Hari Buruh. Untuk makluman tarikh tersebut adalah bersamaan 15 Sya'ban tahun Islam Hijriah, hari Nisfu Sya'aban Namun disebabkan hal tertentu kami tak jadi datang walaupun sudah keluar jauh sekitar 50 km ke KL. Lihat artikel Memenangkan kepentingan orang Melayu dan Islam melalui PRU14.
Apapun, petang Khamis 3 Mei saya datang lagi tetapi tanpa membawa isteri dan anak-anak. Begitu juga keesokannya petang Jumaat iaitu selepas menghadiri majlis ilmu di Universit Malaya. Rujuk balik artikel Menyingkap sejarah keturunan raja-raja Bugis di Tanah Melayu.
Lebih penting lagi saya harus berusaha untuk menghadirkan diri pada dua hari terakhir PBAKL2018 iaitu Sabtu-Ahad 5-6 Mei. Komitmen ini ada dinyatakan dalam artikel Tinjauan awal Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018.
Semalam pagi Sabtu 5 Mei saya pun bertolak membawa isteri dan anak-anak ke PWTC...
Terus menuju ke reruai/gerai/khemah Kafilah buku di belakang kiri dewan utama Aras 3.
Kali ini saya wajib pergi dan sampai awal kerana ada sesi bertemu penulis dan tandatangan buku bersama saya Radzi Sapiee pada jam 11 pagi sehingga 1 tengah hari.
Alhamdulilah acara mendapat sambutan yang memberangsangkan...
Walaupun saya tidaklah mendapat sambutan hebat sampai orang ramai harus beratur menunggu giliran mendapatkan tandatangan seperti biasa berlaku pada golongan selebriti, pelakon, penyanyi dan penulis novel terkenal namun tetap ada sahaja orang datang berkunjung hampir tidak putus untuk membeli buku, meminta tandatangan dan sebagainya.
Paling tidak ada sahaja yang menemani untuk berbual panjang tentang sejarah juga hal-hal seperti alam kebatinan, dunia Tasawuf, perjuangan Ahlul Bait dan peristiwa akhir zaman...
Sambil itu reruai Kafilah Buku terus menerima pengunjung dan peminat serta pembeli buku.
Memandangkan hari ini Ahad 6 Mei adalah hari terakhir PBAKL2018 insyaallah saya akan ke sana lagi jam 2 petang...
Saya akan berlegar-legar terutama di reruai Kafilah Buku sampai acara tamat jam 9 malam. Jumpa kita di sana, insyaallah... :]