Ahad, Februari 04, 2018

'Selingan' hujung minggu - Majlis perkahwinan, tahlil dan BBQ

OK. Sebelum saya menyambung lagi cerita tentang perjalanan ke Thailand 12-23 Disember biar dimasukkan satu 'selingan'.


Pagi Sabtu 3 Februari 2018 saya dan keluarga pergi ke majlis perkahwinan seorang adik sepupu di Kampung Dato' Abu Bakar Baginda dekat Bangi sana.





Turut bersama adalah ibu dan ayah saya bersama seorang bapa saudara yang datang dari Muar sebelum bermalam di rumah saya...


Kami sampai awal iaitu pada jam  11.30 pagi.


Menariknya ada tempat permainan untuk melekakan anak-anak.


Tidak berapa lama kemudian dewan majlis dipenuhi harus lebih 1,000 orang tetamu.


Pasangan pengantin muncul sekitar jam 12.55...





Esoknya Ahad 4 Februari sebelum tengah hari kami bertandang pula ke rumah seorang bapa saudara di Bukit Damansara.






Ada majlis tahlil dan doa selamat untuk seorang ibu saudara yang sedang teruk diserang penyakit kanser. Kami ada melawat beliau di hospital petang Sabtu.


Ini pula keadaan dalam sebuah masjid ketika solat Maghrib bermula beberapa jam lalu. Letaknya di Kampung Kubu Gajah.


Kami ke sana untuk makan-makan BBQ di rumah rakan. Sebelum itu sempat singgah di Pusat Sains Negara tidak jauh dari rumah bapa saudara tadi. Di celah-celah itu saya 'lari' sebentar ke masjid berdekatan. Sempat memanjat menara tinggi masjid untuk melihat pemandangan sebelum azan Maghrib berkumandang. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan