Ada sedikit perkongsian daripada hujung minggu lalu...
Sabtu 4 November 2017 saya dan keluarga menghadiri satu majlis perkahwinan di Kuala Kangsar.
Kami sampai malam sebelumnya lalu menginap di homestay berdekatan.
Petang itu bertolak pula ke Ipoh.
Bersama seorang kenalan baru yang ternyata ada hubungan persaudaraan dan keluarganya kami ingin menjejak satu tempat menarik di pinggir selatan bandar raya Ipoh.
Nak sampai ke tempat tersebut kena jalan kaki masuk kawasan bukit batu kapur kemudian masuk gua terowong.
Alhamdulillah akhirnya sampai juga...
Layan gambar beramai-ramai.
Layan gambar seorang diri pula. Nak tahu apakah tempatnya lihat artikel Visiting Tasik Cermin in Gunung Rapat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Lewat petang kami pergi ke satu taman perumahan berdekatan untuk melihat masjid lama yang telah dialihkan dari satu lokasi di tebing Sungai Perak...
Masjid ini telah disentuh banyak kali dalam tulisan-tulisan lama saya. Untuk makluman ia sudah lebih sebulan dibuka kembali setelah 20 tahun ditinggalkan. Lihat artikel Masjid Teluk Memali setelah siap di lokasi baru (Teluk Memali mosque after completion at new location) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Malam itu kami menginap di rumah kenalan baru di pinggir barat laut Ipoh. Esoknya tengah hari Ahad 5 Oktober kami masuk ke pusat bandar raya.
Kami mahu mencuba hidangan terkenal Ipoh yang dipanggil "nasi ganja".
Alhamdulillah dapat juga merasa setelah beratur dan menunggu buat beberapa lama.
Dari kedai makan dah dekat dengan Masjid Panglima Kinta. Kami pun singgah untuk bersolat dan bertemu seorang kenalan yang juga ada hubungan persaudaraan.
Selepas solat kenalan tersebut membawa kami melihat makam-makam Panglima Kinta dan kaum keluarganya di halaman masjid. Selepas itu kami keluar berjalan kaki untuk melihat bandar raya Ipoh.
Adapun masjid terletak dekat dengan sebuah jambatan menyeberangi Sungai Kinta.
Saya pun mengambil beberapa gambar. Lihat Kinta river from Jalan Sultan Iskandar bridge, Ipoh.
Seberang jalan jambatan kami mengambil Jalan Laxamana...
Ia dinamakan sempena seorang moyang saudara saya Laksamana Hussain. Beliau yang bersemenda dengan keluarga Panglima Kinta pernah memiliki sebahagian besar tanah di pusat bandar raya Ipoh...
Ke hadapan sedikit setelah 650 meter berjalan kaki daripada jambatan tadi kelihatan jambatan lain menyeberangi Sungai Kinta. Lihat Kinta river from Jalan Sultan Idris bridge, Ipoh.
Kami meneruskan perjalanan menyeberangi jambatan.
Sampailah pada satu kawasan lapang yang katanya merupakan tapak masjid lama Ipoh sebelum Masjid Panglima Kinta didirikan tahun 1898.
Tentang masjid lama ini ada diceritakan dalam artikel Tentang masjid lama yang berasal dari Ipoh - Antara Bandar, Bandar Baru dan Bandar Tua. Kalau tak salah ia termasuk dalam jangkauan kawasan pendudukan Melayu awal Ipoh yang dibuka oleh Laksamana Hussain.
Perjalanan diteruskan untuk melihat beberapa tempat menarik dalam kawasan apa yang dikenali sebagai old town Ipoh - bandar lama Ipoh.
Bandar lama ini penuh dengan rumah-rumah kedai batu Cina berusia lebih 100 tahun. Asalnya kawasan ini dan sekitar adalah milik orang Melayu sebelum terlepas ke tangan...
Apa nak buat? Sekarang hampir seluruh bandar raya Ipoh adalah milik orang Cina. Begitu juga halnya kebanyakan bandar-bandar di Malaysia. Apapun ini tidak bermakna kita tidak boleh menikmati suasana yang ada. Orang Cina sini cukup bijak untuk mewarna-warnikan bandar lama menjadi tarikan pelancongan ke Ipoh. Lihat On to colorful parts of old Ipoh.
Kembali ke Masjid Panglima Kinta untuk mengambil kereta baru saya mengambil gambar makam Laksamana Hussain dalam bangun makam di halaman masjid. Tercatat beliau meninggal dunia tahun 1917 iaitu tepat 100 tahun lalu. Difahamkan selepas itu banyak tanah beliau dijual oleh saudara mara kepada bangsa lain. Daripada itu terbitlah Ipoh yang kita lihat sekarang. Al-Fatihah...